Adakala kita mendengar bunyi sendawa di meja makan sebelah. Ada ketika kita bergurau sesama kita siapa sendawa paling kuat. Tapi rupanya budaya sendawa ini tiada di Mesir malah Islam juga melarang kita mengeraskan sendawa sebenarnya.
Baca perkongsian ditulis oleh Aflah Sabawi yang berkongsi di fbnya mengenai sendawa dan hadis berkaitan dengannya. Sangat bermanfaat untuk pengetahuan kita agar tidak menjadi orang paling lapar di akhirat kelak.
Sendawa
Hampir 8 tahun saya berada di mesir, belum pernah saya mendengar mana-mana rakan arab yang bersendawa di hadapan saya.
Jauh benar perbezaan adat bersendawa ini bagi rakan-rakan malaysia. Saya pun, apa kurangnya. Bila kenyang, sendawa itu ibarat perkara wajib yang mesti dilakukan.
Ads
Adik lelaki saya marah benar jika bersendawa di hadapan meja makan. Pernah saya bersendawa selepas berbuka puasa, terus perangainya berubah. Ditanya soalan, tidak dijawab. Makan pun, hanya menghadap pinggan. Jangan harap dia bersuara selepas itu.
Sendawa ini makruh hukumnya. Nabi sendiri menegah kita bersendawa di khalayak ramai secara sengaja ataupun tidak. Ini mungkin disebabkan bauan kurang enak yang dapat dihidu oleh orang sekeliling.
Ada sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:
Ads
تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda: Jauhilah sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat.
Riwayat Al-Tirmizi (2478)
Sendawa ini, bukan perkara yang boleh di buat main-main. Lihat sahaja ayat 'merekalah yang paling lapar pada hari kiamat nanti.'. Silap hari bulan, merana kita di sana.
Ads
Kita dapat lihat, bahawa sendawa itu dilarang dari sudut larangan perbuatannya yang membawa kepada sendawa. Kenyang dengan makanan.
Adapun sendawa disebabkan faktor kesihatan, ia di berikan sedikit kelonggaran. Namun adab dalam bersendawa juga perlu di titik beratkan. Bukan boleh main suka-suka bersendawa sini sana.
Antara adab dalam bersendawa ialah merendahkan suara, tidak menghembuskan udara sendawa ke arah wajah orang lain, tidak di hadapan khalayak ramai dan sebagainya.
Semoga saya dan kalian sama-sama menjaga hukum dan adab ketika bersendawa. Aameeeen.
.
Aflah sabawi
Penulis jalanan FB
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapkan pagar, pagar makan padi! Inilah perumpamaan yang boleh disamakan dengan pemimpin yang menjadikan rasuah makan harian mereka demi kepuasan diri sendiri. Tanpa rasa segan mereka rakus menggunakan wang rakyat demi kepentingan diri sendiri.
Terbaharu, isteri bekas Presiden Honduras, Rosa Elena Bonilla telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun akibat menyeleweng dana yang dikhususkan untuk membantu kanak-kanak miskin di negaranya.
Menurut Kementerian Awam, wanita berusia 55 tahun itu membelanjakan kira-kira 12.2 juta lempiras (bernilai kira-kira USD 590 ribu ketika itu) yang merupakan dana untuk kanak-kanak berpendapatan rendah untuk pembayaran kad kredit peribadi, yuran sekolah anak-anaknya dan pembinaan hartanah persendirian.
“Rosa Elena Bonilla telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan sebulan kerana jenayah penipuan berterusan dan penyelewengan dana awam yang diperuntukkan untuk program sosial,” kata Carlos Silva, jurucakap Mahkamah Agung kepada pemberita.
Bonilla sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 58 tahun dalam perbicaraan terdahulu. Namun keputusan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Honduras pada awal 2020 dengan alasan hujah yang tidak konsisten. Mahkamah Agung kemudiannnya memerintahkan perbicaraan semula oleh mahkamah rendah, yang mendapati Bonilla bersalah pada Mac tahun ini.
Suaminya Porfirio Lobo telah dipilih sebagai Presiden Honduras pada akhir 2009 selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Manuel Zelaya ketika itu. Beliau berkhidmat sehingga 2014.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena tunggu habis PKP ni la jawabnya…”
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.
Bahan-bahan
8 Ekor ikan kembung
Garam
Ajinamoto
Tepung ubi atau tepung sagu
Cara membuat keropok lekor rangup!
Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adik Putera Abdul Mateen, Putera Wakeel, tidak kurang menarik perhatian di istiadat perkahwinan diraja Brunei yang berlangsung dengan mewah dan gah baru-baru ini.
Majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang berlangsung bukan hanya pengantin diraja menjadi tumpuan, bahkan ahli keluarga pengantin juga tidak terkecuali. Ini termasuklah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel yang merupakan adinda kepada Putera Mateen.
Mempunyai penampilan yang kacak dan menawan, berikut adalah beberapa gambarnya.
Kredit foto: @bruneiroyalfamily
Fakta Ringkas Tentang Putera Wakeel
Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006. Nama penuhnya ialah Pengiran Muda Abdul Wakeel, anak ke-11 Sultan Hassanal Bolkiah hasil perkahwinan ketiga baginda dengan Azrinaz Mazhar Hakim.
Kelahirannya disambut dengan menembak 21 meriam di sekitar Istana Nurul Iman. Baginda mendapat gelaran Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda. Walaupun mereka berbeza ibu, Putera Wakeel kelihatan agak rapat dengan abangnya, Putera Mateen.
Azrinaz Mazhar Hakim, ibu kandung Putera Wakeel, adalah bekas wartawan yang berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005, dan bercerai pada 2010. Selepas bercerai, Azrinaz meninggalkan istana dan terpaksa meninggalkan dua anaknya di bawah jagaan bapanya supaya dia masih boleh menerima gelaran bangsawan. Pada masa itu, Putera Wakeel baru berusia 4 tahun.
Bukan sahaja Putera Mateen menjadi idola. Dengan ketampanannya, Putera Wakeel ternyata menjadi idola anak muda di Brunei Darussalam dan Malaysia. Malah, agak ramai netizen membandingkan kekacakannya dengan oppa Korea. Dia juga dikatakan sebagai idola baru di Brunei.
Apa yang jelas sudah semestinya rupa paras yang dimiliki baginda datang dari ayahanda dan juga bonda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!