Sekarang ini majoriti rakyat terkena “demam” pilihanraya. Tinggal 7 hari lagi sebelum rakyat keluar mengundi memilih calon yang disukai mereka. Sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS, undi adalah rahsia.
Rata-rata kawasan perumahan, bandar, ceruk kampung dipasang dengan poster parti masing-masing. Terasa meriah sangatkan. Pemandangan begini hanya wujud ketika musim pilihanraya sahaja. Bahkan kalau orang nak bercakap soal politik, inilah masanya kerana selepas itu, kehangatannya sudah tidak terasa.
Paling berdebar menanti sekarang ialah calon-calon yang bertanding sama ada baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, debarnya mengalahkan orang nak jabat tangan tok kadi masa nikah!
Di sebalik tak sabar menanti hari mengundi, tentu korang perasankan yang sudah banyak khemah-khemah di dirikan di tepi-tepi jalan. Paling banyak adalah di tepi sekolah! Betul tak?
Kalau tak dekat dengan sekolah pun, lokasi khemahnya agak strategik iaitu yang boleh dilihat oleh orang ramai.
Inilah pondok panas Pakatan HarapanPondok panas Barisan NasionalPondok panas PAS, khemas begini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja
Kalau korang nak tahu khemah ini dipanggil “Pondok Panas”?. Kenapa agaknya ya dipanggil Pondok Panas? Apa fungsinya? Kenapa khemah ini wujud ketika pilihanraya sahaja?
Ads
Menurut Encik Nordin yang terlibat dalam pemasangan pondok panas dan poster di Parlimen Lembah Pantai yang menampilkan calon Fahmi Fadzil mewakili Pakatan Harapan, Fauzi Abu Bakar mewakili PAS dan Dato Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin Fadzil mewakili Barisan Nasional katanya pondok panas adalah tempat berkumpulnya ahli-ahli parti pilihan masing-masing.
“Biasanya boleh dikatakan setiap malam, ahli-ahli parti duduk di sini. Sama ada makan-makan, minum, berbual dan sebagainya, pondok panas ini merupakan “gelanggang” awal untuk penyokong parti mengetahui berita terkini mengenai calon mereka, calon lawan dan sebagainya.
“Masa yang sama juga biasanya kita akan adakan ceramah berkelompok dan juga ceramah awam. Kalau ceramah kelompok, ia kecil-kecilan tetapi kalau awam, kedatangan orang lebih ramai,” katanya memaklumkan, antara fungsi lain pondok panas ialah membantu pengundi yang masih terkeliru untuk mengundi di sekolah mana yang mana semakan boleh di buat di sini dengan hanya bawa kad pengenalan masing-masing di setiap pondok panas ini,” katanya ketika dihubungi.
Fahmi Fadzil calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Lembah Pantai bagi menggantikan tempat Nurul Izzah Anwar yang bertanding di Permatang Pauh, Pulau Pinang
Ads
Pondok panas biasanya dipasang di lokasi strategik bagi mudah dilawati oleh para pengundi
Perang poster begini akan hanya dilihat ketika musim pilihanraya sahaja
Ads
Tambahnya lagi, bagi orang muda yang ingin penjelasan lebih lanjut tentang pilihan parti masing-masing, boleh menuju ke pondok panas ini kerana ia terbuka kepada semua.
Terakhir dan paling utama, kenapa pondok panas ini disebut sebegitu adalah kerana di pondok inilah penyokong-penyokong parti masing-masing akan cuba merayu kepada orang ramai untuk memilih calon mereka di hari mengundi kelak. Sebab itulah ia dinamakan pondok panas kerana peraih-peraih undi ini akan sedaya upaya “memujuk” pengundi dengan pelbagai gelagat tersendiri.
“Biasanya pada hari mengundi peraih undi dilarang berada dekat dengan kawasan mengundi. Jadi di pondok panas inilah mereka akan cuba meraih undi sebanyak mungkin agar calon pilihan mereka memenangi pilihanraya tersebut. Adakala wujud provokasi-provokasi dari parti lawan kerana masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai politik. Sebab itulah khemah ini disebut sebagai pondok panas,” katanya lagi.
Apa yang pasti, pondok panas ini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja tau!.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempoh berada di rumah mungkin adalah antara yang membahagiakan bagi sesetengah orang. Namun, ada juga yang ‘panas bontot’ apabila terkurung bersama pasangan dibawah satu bumbung.
Sama seperti di Malaysia, di Jepun juga mereka diarahkan tinggal di rumah sejak 16 April lalu bagi mengelak penularan pandemik maut itu Covid-19.
Untuk info, hal ini menyebabkan kadar perceraian di Jepun meningkat apabila pasangan suami isteri terpaksa tinggal di rumah di tengah wabak COVID-19 dengan sekitar 35 peratus perkahwinan berakhir dengan tuntutan perceraian.
Menerusi tanda pagar #coronarikon yang membawa maksud perceraian korona, ramai pengguna Twitter dalam kalangan isteri memberi respon berhubung keadaan perkahwinan mereka.
“Suami saya sentiasa melengahkan sesuatu perkara. Saya kecewa dan tidak dapat bersama seseorang yang bersikap sedemikian. Ini perceraian korona,” luah seorang wanita.
“Suara suami saya kuat. Bunyi dia batuk dan makan. Bunyi televisyen dihidupkan dengan kuat sepanjang hari. Dia berdengkur ketika berbaring di tengah ruang tamu”
“Saya sudah bertahan selama 10 hari. Berapa hari lagi? Adakah semangat saya mampu bertahan?”
Menurut Chie Goto, seorang peguam pakar dalam kes perceraian di Pejabat Undang-Undang Felice di Nishinomiya, punca pasangan menghadapi situasi konflik rumah tangga ini disebabkan para suami perlu bekerja dari rumah atau ada yang kehilangan pekerjaan dan anak-anak pula perlu menghadiri kelas dari rumah.
“Rumah kini telah menjadi tempat bekerja dan itulah penyebab utama masalah penceraian di sini.
“Ia berikutan pasangan berasa tertekan dengan perubahan mendadak disekeliling dan menjadi penyebab keretakan rumah tangga,” ujarnya.
Bagi menghalang penceraian korona terus berlaku, sebuah firma di Jepun menawarkan khidmat sewaan pangsapuri sepanjang tempoh perintah berkurung disasarkan kepada pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga.
Syarikat Kasuko yang beroperasi di Tokyo itu menyediakan pangsapuri lengkap dengan perabot sebagai ‘tempat sementara’ untuk mendapatkan ketenangan.
Jurucakap Kasoku, Amano memberitahu AFP, syarikat itu menawarkan sewaan pangsapuri dengan harga 4,400 yen (RM177) sehari.
Setakat ini lebih 20 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka selepas kempen pemasaran giat digerakkan mulai 3 April lalu.
Katanya, mereka turut menawarkan khidmat konsultasi perceraian oleh pegawai undang-undang selama 30 minit. Kebanyakan pengguna perkhidmatan tersebut adalah golongan isteri yang berdepan pergaduhan besar dengan suami.
Untuk rekod, Jepun telah mencatat lebih 6,000 kes positif COVID-19 dengan 98 kematian telah dicatatkan. Manakala lebih 700 orang telah dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas sembuh daripada wabak yang telah membunuh lebih 100,000 orang di seluruh dunia.
Sejak 21 Januari lalu, pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan peperiksaan utama lain bermula Februari hingga Mac 2021 telahpun pulang ke sekolah masing-masing bagi menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.
Meskipun keputusan kerajaan itu mendapat respon bercampur-aduk daripada rakyat, ia masih diteruskan demi persediaan para pelajar yang lebih teratur dan fokus.
Malang sekali apabila Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bentong di Pahang dilaporkan baru saja berdepan kes beberapa pelajar sekolahnya yang disahkan positif COVID-19.
Selain daripada lima pelajar berkenaan, seramai tiga orang pekerja dewan makan sekolah juga disahkan postif COVID-19. Berikutan perkembangan yang mendukacitakan ini, lebih 100 orang pelajar MRSM Bentong diarahkan untuk kuarantin di blok asrama masing-masing.
Berita tersebut telahpun disahkan oleh Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Bahari Awang Ngah.
Cuma, apa yang tidak enak sedikit adalah apabila timbul khabar angin yang mengatakan bahawa pihak sekolah dikatakan cuba merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan awam.
Mengambil kira khabar angin itu, MARA dalam satu kenyataan berkata, pihak sekolah sentiasa memberikan maklumat terkini kepada ibu bapa dan kakitangan sekolah berkenaan akan situasi semasa sebenar. Tiada arahan untuk ‘mendiamkan perkara’ ini telah dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Kenyataan tersebut juga menambah, “MRSM Bentong telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan Jawatankuasa Bencana COVID-19 MRSM Bentong bagi menguruskan kes yang berlaku.
“Seramai 38 pelajar, 5 pekerja dewan selera, 6 staf yang bertugas di asrama dan seorang guru yang didapati sebagai kontak rapat kepada pelajar yang disahkan positif untuk menjalani ujian saringan di maktab.”
Sepanjang tempoh kuarantin selama 10 hari itu, MRSM Bentong akan memastikan makanan mencukupi dihantar kepada para pelajar. Mereka juga dibekalkan peranti bersesuaian agar mereka boleh mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian dengan berkesan bagi menghadapi SPM peperiksaan kelak.
Pada masa yang sama, segala kerja-kerja sanitasi di kawasan asrama, bilik kuliah dan sekitar kompaun sekolah telah mula dilakukan oleh pihak Bomba.
Salam takziah kami sampaikan kepada seluruh keluarga Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas pemergian ibunda tercinta, pada hari yang mulia ini.
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Pada usia 87 tahun, Allahyarhamah juga merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Perkhabaran tersebut baru saja diberitahu oleh Datuk Seri Najib sendiri menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Ia berbunyi;
Selain daripada Datuk Seri Najib, Allahyarhamah meninggalkan empat lagi orang anak.
Mereka ialah Datuk Ahmad Johari Razak (bekas Pengarah Eksekutif Ancon BHD), Datuk Mohamed Nizam Razak, Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak (arkitek dan ahli perniagaan) dan Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga merupakan bekas Pengerusi CiMB Group Malaysia.
Setelah Allahyarhamah mengahwini Tun Abdul Razak, kakak beliau iaitu Suhaila pula berkahwin dengan Perdana Menteri ketiga negara, Tun Hussein Onn dan itulah bagaimana Datuk Seri Najib dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menjadi sepupu.
Terdahulu semalam, tinjauan REMAJA pada perkongsian Datuk Seri Najib di Facebook pula mendapati beliau merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kunjungan diraja ke wad di hospital tersebut.
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan. pic.twitter.com/idB2VKRj7f
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...