Ramai yang menangis kerana tidak percaya tapi masih ramai juga mengucapkan syukur dengan keputusan mahkamah semalam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam. Pendek kata ada penyokong DS Najib dan ada yang tidak menyukainya dan menyifatkan keputusan mahkamah semalam tepat.
Jika masih ramai tak boleh move on apatah lagi melihat tulisan kecewa Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham yang jelas kecewa kerana penjarakan sosial tidak dijaga semasa perhimpunan semalam tentu ramai antara kita masih tertanya-tanya kenapa DS Najib tidak di penjara terus walau disabitkan tujuh kesalahan.
Bacalah perkongsian dari peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co mengenai isu mengapa DS Najib tidak di penjarakan walau sudah sabit kesalahan.
Eh? Kenapa DSN tak terus dipenjarakan?
Kenapa serentak? Kenapa tak asing-asing.
Sejak semalam ramai yang bertanya macam-macam dihujani soalan dari Whatsapp, komen di ruang FB dan juga messenger. Saya jawab di sini ya, supaya semua faham prosesnya.
Ads
Begini, asas konsep kemanusiaan di mana-mana negara membangun adalah "right to be heard" atau hak untuk didengar. Melainkan negara yang diperintah oleh diktator. Masih ada beberapa negara begini di dunia dan rakyatnya tiada hak berhak bersuara, begitu juga diadili dengan sistem keadilan yang betul.
Di Malaysia ini, kita bukanlah negara diktator ketenteraan atau bersifat diktator. Oleh yang demikian semua ada hak untuk membela diri di mahkamah.
Begitulah juga dalam mana-mana kes yang pernah dituduh sebelum ini, semua boleh membela diri. Tidak kiralah misalnya mediang Karpal Singh yang pernah dituduh dan didakwa untuk kes Akta Hasutan. Semuanya ada hak membela diri.
Setelah diputuskan di mahkamah walaupun diputuskan adalah bersalah dan menghadapi hukuman masih lagi hak tertuduh yang didapati bersalah didengar melalui rayuan.
Ini yang berlaku dalam kes DSN, iaitu DSN mempunyai hak untuk merayu di mahkamah yang lebih tinggi. Di sini sekali kes DSN akan didengari oleh tiga orang hakim yang berbeza dalam Mahkamah Rayuan. Manalah tahu sabitan dan hukuman dikekalkan atau dilepaskan dan dibebaskan.
Ads
Begitulah proses di mahkamah, tertuduh akan didengar melalui pembelaan dan rayuan. Jadi sementara menunggu rayuan, entah kalah atau menang, tertuduh boleh meminta penangguhan hukuman penjara.
Mana tahu kalau kes rayuannya menang di mahkamah, sabitan dan hukuman diketepikan. Bagaimana sekiranya hukuman penjara telah dijalankan sejak keputusan dibuat? Siapa yang hendak mengembalikan semula waktu-waktu yang dihabiskan dipenjara?
Berbeza dengan wang denda hukuman, memang perlu dibayar segera. Jika sudah dibayar setelah keputusan didapati bersalah dan kemudian rayuan berjaya diperingkat seterusnya. Wang denda ini boleh dipulangkan. Tidak sama macam penjara, tiada galang gantinya waktu yang telah berjalan. Bagaimana hendak pulangkan?
Ads
Walaupun denda perlu dibayar segera tetapi pihak pembelaan (peguam-peguam DSN) perlu membuktikan keadaan istimewa sekiranya mereka ingin memohon bagi penangguhan bayaran denda.
Jadi dalam kes ini pasukan pembelaan telah berjaya berhujah dan penangguhan diberikan, namun demikian mahkamah memerintahkan agar jumlah jaminan DSN perlu dinaikkan kerana denda RM210 juta tidak dibayar segera. Jaminan tambahan tersebut perlu dibayar hari ini.
Seterusnya, berkenaan dihukum serentak. Memang bagi kes-kes jenayah di mahkamah sekiranya terdapat sabitan dan hukuman bagi lebih 1 kesalahan, hukuman pemenjaraan biasanya dijalankan serentak. Bukan untuk kes DSN sahaja tetapi rata-rata kes jenayah pun begitu.
Dari sudut ini, wajar atau tidak hukuman serentak ini? Ada beberapa kes undang-undang diputuskan dan didebatkan tentang isu ini di mahkamah. Saya minta maaf tak sempat hendak buat kajian dalam penulisan ini.
Cukup saya maklumkan, memang kes-kes jenayah yang diputuskan di mahkamah memang dihukum serentak.
Oleh Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang ketika percutian keluarganya di The Dusun Hill, Pantai Seremban yang memasuki hari ke 9 membawa penemuan mengejutkan apabila gerakan mencari menemui mayat seorang perempuan berkulit putih dalam keadaan masih sempurna di lokasi Nora Anne Quoirin dilaporkan hilang sebelum ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan penemuan mayat itu pada 1.57 tengah hari ini.
“Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu. Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang,” katanya.
Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu ketika bercuti dua minggu di Malaysia bersama keluarganya sehinggalah penemuan satu mayat yang belum dikenal pasti hari iniKenderaan polis dilihat memasuki kawasan mayat wanita berkulit putih ditemui
Operasi bagi mengesan Nora Anne sehingga semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.
Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.
Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.
Terdahulu, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi mayat itu ditemui.
Keluarga kepada remaja berkenaan turut dilihat masuk ke lokasi penemuan mayat berkenaan dengan menaiki kereta. Sidang media berhubung penemuan itu akan diadakan petang nanti.
Deretan wartawan dalam dan luar negara yang membuat liputan kehilangan gadis remaja ini
Mayat dibawa keluar menaiki helikopter
MAYAT wanita kulit putih yang ditemui ketika pencarian Nora Anne Quoirin, 15, dijangka dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, menggunakan helikopter. Sebuah helikopter dilihat mendarat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai sebelum meninggalkan lokasi 6.30 petang tadi.
Pesawat berkenaan dilihat terbang semula ke arah bukit dipercayai untuk mengambil mayat seterusnya ke Unit Forensik HTJ.
Terdahulu, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi mayat itu ditemui. Keluarga kepada remaja berkenaan turut dilihat masuk ke lokasi penemuan mayat berkenaan dengan menaiki kereta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Najwa Shihab merupakan wartawan penyiaran dari Indonesia yang boleh dikatakan sebagai seorang ‘pengantara’ masyarakat untuk membela nasib rakyat tatkala negara sedang berhadapan dengan masalah serius seperti wabak pandemik COVID-19.
Sebelum ini dia telah membongkar tentang kisah penggali kubur yang terlalu penat kerana setiap hari ada sahaja jenazah mangsa COVID-19 yang perlu dikebumikan. Video itu juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Indonesia yang rata-ratanya masih memandang isu ini sebagai perkara remeh.
Terbaru, dalam sebuah program televisyen yang dikenali sebagai Mata Najwa, personaliti dikatakan sudah berulang kali menjemput Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto namun yang ada hanya kerusi kosong (tidak hadir).
Walau bagaimanapun, di hadapan kerusi kosong itu, Najwa telah mengutarakan beberapa soalan ‘pedas’ yang bakal diajukan kepada Menteri Kesihatan mereka.
Soalan-soalan tersebut dikumpulkan daripada masyarakat yang sering tertanya-tanya tentang bagaimana langkah yang diambil kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19 yang berlaku di Indonesia.
Kiranya Najwa Shihab ni seperti menjadi suara rakyat la kan?
Antara soalan yang ditujukan adalah, “Mengapa menghilang pak? Anda jarang sekali muncul di hadapan masyarakat untuk memberi penjelasan selama wabak pandemik ini berlaku. Rasanya Menteri Kesihatan yang paling low profile di seluruh dunia sepanjang wabak ini berlaku hanya Menteri Kesihatan Republik Indonesia,” tanya Najwa secara sinis.
Video yang turut di muat naik di YouTube dan laman instagramnya, mendapat sokongan daripada masyarakat di Indonesia kerana menganggap Najwa telah bersuara untuk rakyat.
Sehinggi kini, Indonesia merekodkan kes positif COVID-19 sebanyak 278,722 dengan 10,473 kematian dicatatkan.
Marilah sama-sama doakan agar kita semua dilindungi daripada wabak pandemik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang viral di Korea akan menjadi kegilaan dan ikutan masyarakat di negara kita.
Fuh, Hebat penangan k-pop ni!
Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan ‘penangan’ roti korean cheesy garlic bread. Ramai yang kecewa juga bila roti ini selalu out of stok kerana permintaan yang terlalu banyak.
So, kali ini apa kata kita try buat sendiri Korean Cheesy Garlic Bread ni.
Ini resepi dari Amanda Tan yang dikongsikan dalam group Resepi Air Fryer [Malaysia]
RESEPI KOREAN CHEESY GARLIC BREAD
Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Jom saya kongsikan cara cepat untuk menyediakannya. Selamat mencuba.
NOTA KAKI:
1. Model : Air Fryer Philips HD9216
2. Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.
3. Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.
4. Boleh guna pinggan besi yang dijual dikedai Eco.
5. Boleh juga campur sos cili kedalam adunan cheese jika nak rasa yang pedas.
6. Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.
7. Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa ikut ketuhar.
8. Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis, bun wholemeal dan lain lain.
BAHAN BAHAN
Inti
100g Cream Cheese
30ml Whipping Cream
2 sudu besar Madu
Sos
100g Mentega
1 labu Bawang Putih dicincang
2 sudu besar Herba Parsley Kering
2 sudu besar Keju Parmesan
1 biji Telur
Cara Penyediaan setiap bahan:
1. Potong roti bun ke 6 bahagian . Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.
Cairkan mentega pada api kecil / sederhana. Tutup api.
Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.
Bila mentega sedikit sejuk, baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.