Korang pernah tak perasan, bateri telefon korang boleh tahan seharian kalau duduk rumah, tapi bila nak jalan balik kampung je, tiba-tiba bateri turun mendadak walaupun tak main sebarang aplikasi pun? Fenomena ini memang kerap berlaku, dan sebenarnya ramai yang tak tahu sebab kenapa bateri telefon boleh cepat ‘kong’ masa dalam perjalanan.

Menerusi sebuah perkongsian oleh pengguna Threads yang bernama @abe.had atau BeyHad, beliau menjelaskan bahawa perkara ini berlaku bukan sebab aplikasi beroperasi di ‘background’ atau GPS aktif, tapi lebih kepada proses yang berlaku antara telefon dan pencawang telekomunikasi sepanjang perjalanan.

Jelasnya dalam bahasa teknologi, proses ini dipanggil “Cellular Handover”. Jadi, bila korang duduk diam di rumah, telefon hanya berhubung dengan satu menara telekomunikasi, maka tenaga bateri lebih jimat. Tapi bila bergerak laju atas lebuh raya, jarak dengan menara asal makin jauh dan itu menyebabkan signal semakin lemah.

Bateri Telefon Cepat ‘Kong’ Bila Balik Kampung? Ini Sebab Sebenar & Tip Jimat Bateri Yang Korang Perlu Tahu! Bateri Telefon Cepat ‘Kong’ Bila Balik Kampung? Ini Sebab Sebenar & Tip Jimat Bateri Yang Korang Perlu Tahu! Bateri Telefon Cepat ‘Kong’ Bila Balik Kampung? Ini Sebab Sebenar & Tip Jimat Bateri Yang Korang Perlu Tahu!

Ads

Sebelum line internet putus, telefon korang akan guna tenaga tambahan untuk cari dan kunci pencawang baru di depan. Proses ini akan berulang-ulang sepanjang perjalanan, contohnya dari Johor sampai Perlis ke atau Melaka ke Kelantan, hanya untuk nak pastikan lagu atau video korang tidak terganggu.

Kesan daripada proses ini ialah bateri phone cepat habis dari biasa kerana pergerakan laju atas lebuh raya dan pertukaran pencawang yang kerap buat telefon seolah-olah berlari marathon tanpa rehat, walaupun korang tengah tidur dalam kereta atau ETS.

Pada masa yang sama, untuk menjimatkan bateri semasa travel, BeyHad sempat mencadangkan para pengguna untuk aktifkan “Airplane Mode” semasa perjalanan. Ini boleh bantu phone korang rehat dan tak payah berhempas pulas cari signal yang korang tak guna.

Ads

Bateri Telefon Cepat ‘Kong’ Bila Balik Kampung? Ini Sebab Sebenar & Tip Jimat Bateri Yang Korang Perlu Tahu!

Bateri Telefon Cepat ‘Kong’ Bila Balik Kampung? Ini Sebab Sebenar & Tip Jimat Bateri Yang Korang Perlu Tahu!

Ads

 

View on Threads

 

Selain tu, tip lain termasuk bawa powerbank, cas penuh sebelum bertolak, dan guna pengecas kereta supaya telefon sentiasa dalam mod ‘ready’ sepanjang perjalanan. Langkah-langkah ini penting terutama bila nak balik kampung atau semasa musim perayaan.

Jadi, sebelum keluar berjalan, pastikan korang ‘prepare’ segala keperluan termasuk telefon dan bateri. Hati-hati juga semasa memandu atau naik pengangkutan awam, dan jangan lupa jaga keselamatan diri serta keluarga sepanjang musim perayaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads