Esok, 22 Mei tepat dua minggu rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Dalam pilihanraya ke-14 kali ini menyaksikan kerajaan Barisan Nasional tumbang selepas 61 tahun memerintah negara dan kerajaan kini menjadi milik Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Di sebalik isu politik yang mengujakan orang ramai mengetahuinya khususnya tentang rampasan barangan di rumah bekas kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, isu beg tangan Hermes Birkin, barangan kemas, peti misteri dan banyak lagi isu lain, ada sesuatu yang mungkin sudah dilupakan oleh penyokong kuat Barisan Nasional kali ini.
Mungkin kisah DS Najib yang mengaku dia kini penganggur, DS Rosmah yang sudah dapat tidur dengan lena, Khairy Jamaluddin yang mula memberi “smash” kepada kepimpinan terdahulu yang mana bekas Menteri Belia dan Sukan itu meminta agar tiga kerusi utama Umno iaitu kerusi Presiden, Naib Presiden yang sebelum ini tidak dipertandingkan, perlu dipertandingkan sehingga menimbulkan cakap-cakap di belakang mengenai tindakannya.
Lupakan seketika soal itu kerana biar nampak remeh tetapi ia menampakkan “kesetiaan” adalah sebenarnya bersangkut paut dengan soal wang.
Ini dua situasi yang sama, atas ketika kempen piliharaya di mana banyak bendera berkibar indahIni pula bahan kempen yang masih belum dibersihkan dan seakan dipandang sepi oleh penyokong Barisan Nasional
Jika diperhatikan, banyak bahan kempen Barisan Nasional masih tidak dibuka khususnya melibatkan bendera parti yang masih memenuhi sebahagian jalan raya sedangkan tarikh menurunkan bahan kempen akan tamat esok iaitu selepas 14 hari pilihanraya diadakan pada 9 Mei lalu.
Sedikit info, calon wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri perlu meletakkan deposit sebanyak RM5000 manakala bagi Parlimen pula RM10,000. Manakala deposit bagi bahan kempen bagi Parlimen adalah sebanyak RM5000 dan bagi DUN adalah sebanyak RM3000. Kesemua bahan kempen ini perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh pilihanraya diadakan.
Ads
Tinjauan REMAJA bagi Parlimen Lembah Pantai yang menyaksikan Fahmi Fadzil dari Pakatan Harapan menumbangkan Raja Nong Chik mendapati masih banyak bahan kempen Barisan Nasional dipandang sepi biar tarikh ini semakin dekat. Tidak hanya di Lembah Pantai, DUN Kuang yang menyaksikan BN tumbang juga masih berdiri megah bekas Adun kawasan itu bergambar bersama bekas Perdana Menteri.
Bahan kempen BN masih berkibar megah pada Khamis ketika gambar ini dirakam seolah tiada siapa pedulikannyaBanyak bahan kempen BN. Tidak hanya di Parlimen Lembah Pantai tapi lokasi lain juga begitu
Tindakan ini seolah-olah membuktikan “ADA KERJA ADA DUIT”, No Money No Talk dan bukannya kerana cinta dan ada semangat kepartian itu sendiri. Satu sumber memaklumkan, kebanyakan anak muda yang bertindak memasang bahan kempen ini memperoleh RM150 seorang jika memasang bendera. Mungkin selepas Barisan Nasional tumbang, sudah tiada siapa ambil tahu, berminat untuk ambil tahu kerana tahu tiada wang kalau mereka melakukan kerja menurunkan bendera parti ini.
Masa yang sama, bahan kempen dari Pakatan Harapan sudah banyak diturunkan. Begitu juga dengan PAS berbanding bahan kempen untuk Barisan Nasional.
Menurut peraturan Suruhanjaya Pilihanraya calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi tempoh selama 14 hari selepas hari pengundian untuk membersihkan semua kelengkapan yang berkaitan dengan pilihan raya.
Ads
Sekiranya bahan kempen itu tidak dibersihkan, wang deposit bahan kempen iaitu RM5,000 bagi calon Parlimen dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri tidak akan dipulangkan.
Ini bermakna, jika kita bekerja kerana DUIT, inilah yang dapat kita lihat.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak sekian lama, Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi pendatang tanpa izin untuk memasuki negara ini yang dianggap lubuk duit oleh mereka. Statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.
Dalam pada itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pula menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.
Jika 3.3 juta secara sah, yang pendatang tanda izin (PATI) pula pasti jumlahnya lebih dari itu (pastinya angka agak menakutkan??) sehingga bila berada di tengah ibu kota khususnya di kawasan Pasar Seni seolah-olah kita berada di Dhaka, Bangladesh dek kerana kebanjiran pati ini. Kata orang sudah naik lemak!
Namun hari ini, tindakan pantas pesawat C-130H milik TUDM dari No 20 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang yang berjaya mematahkan cubaan PATI dari memasuki perairan negara wajar diberi pujian!
Ya, inilah yang kita nanti dan harapkan agar sempadan negara tidak senang-senang dibolosi. Ini kerana sebahagian dari kita sudah muak dengan sikap segelintir PATI yang adakalanya sengaja mencetuskan perbalahan dengan penduduk tempatan!
Seramai 200 orang pati dari Rohingya dihalau balik keluar dari sempadan perairan negaraPesawat ini diterbangkan oleh Mej Faizul Hussein TUDM yang sedang melaksanakan tinjauan maritim udara di perairan Langkawi apabila terserempak dengan bot pati tersebut
Pesawat yang diterbangkan oleh Mej Faizul Hussein TUDM itu sedang melaksanakan tinjauan maritim udara di perairan Langkawi dan berjaya mengesan kehadiran sebuah bot PATI Rohingya dari memasuki perairan negara pada jam 10.26 pagi, hari ini.
Bot tersebut yang sarat dengan kira-kira 200 orang PATI Rohingya yang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak dikesan di kedudukan 70 batu nautika dari barat Pulau Langkawi.
TUDM seterusnya menghubungi kapal TLDM iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR yang terus digerakkan ke lokasi pengesanan. KD LEKIU dan KD LEKIR kemudiannya telah berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM dan mengekang pergerakan masuk bot tersebut.
KD LEKIU dan KD LEKIR kemudiannya telah berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM dan mengekang pergerakan masuk bot tersebut.
Dengan keadaan penempatan serta kehidupan yang daif di tempat asal mereka, adalah sangat dibimbangi kumpulan PATI yang cuba memasuki Malaysia sama ada melalui jalan darat atau jalan laut akan membawa kluster baharu COVID-19 ke negara ini.
Namun, atas dasar kemanusiaan, anak kapal KD LEKIU telah mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI tersebut sebelum mengiringi bot tersebut keluar dari memasuki perairan negara.
Tahniah dan syabas kepada juruterbang dan anak kapal C130H yang berjaya melaksanakan tugas tinjauan maritim udara dan bertindak pantas mengekang pencerobohan oleh kumpulan PATI.
Ini adalah satu usaha yang bersepadu di antara TUDM dan TLDM khususnya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan maritim negara. Operasi pengawasan maritim udara ini akan terus dipergiatkan tambahan di dalam krisis dunia yang dilanda pandemik COVID-19 yang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan kumpulan PATI. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istiadat perlatikan Menteri Besar Perak pada hari ini berlangsung bukan dalam nada keraian seperti yang berlaku kebiasaannya, sebelum ini. Sebaliknya, istiadat yang terpaksa dilakukan akibat krisis politik di negeri Perak ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan kerana ia berpunca daripada kegagalan sebuah pentadbiran.
Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, istiadat pada hari ini merupakan istiadat perlantikan Menteri Besar ketiga sejak Pilihan Raya Umum keempat belas, pada tahun 2018.
“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.
“Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi dikota; atau kata akan bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.
“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaandan harta. Lalu, lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, sebaliknya menjelma sifat sombongdan gelagat bongkak.”
Sumbe Foto: Jabatan Penerangan
Tambah Baginda lagi, perubahan sifat seorang pemimpin itu akan lebih cepat berlaku apabila seseorang dikelilingi dengan orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.
Baginda turut mengingatkan kepada pemimpin untuk tidak sesekali membenarkan diri terlekadan terawang-awang dalam awan biru khayalan sehingga lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. “Rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang, gersang kerana terlalu lama tidak lagi disirami hujan.”
Dalam keadaan pandemik semasa di mana rakyat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan pada tahun ini, Sultan Nazrin juga menitahkan agar rakyat tidak sesekali diabaikan.
“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi. Janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”
Untuk menonton titah penuh Sultan Nazrin, klik video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian mengejut chef televisyen popular, Anthony Bourdain pada usia 61 tahun membuatkan selebriti Hollywood, para chef dan peminatnya tergamam tanpa kata.
Gordon Ramsay berkata dia terkejut ketika mendengar berita tersebut melalui Twitter, sebentar tadi.
“Beliau telah membawa masuk dunia luar untuk tontonan kita semua di rumah. Kita telah banyak belajar mengenai budaya dan bandar orang melalui makanan mereka – dan melalui Anthony.”
Sementara itu, saluran The Travel Channel (TVC) yang kini sedang menerbitkan rancangan mendiang, No Reservations musim ke-9 berkata; “Kami terkejut dan sangat bersedih untuk mendengar dunia kini tanpa dutanya, Anthony Bourdain.
“Beliau merupakan seorang yang sangat berbakal dan menunjukkan kepada kita tempat paling indah, sedap dan unik. His wit will be missed. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau pada waktu yang sukar ini,” kata mereka.
Menurut laporan BBC, tubuh Anthony Bourdain telah ditemui di sebuah bilik hotel di Strasbourg Perancis, di mana mendiang sedang menjalani penggambaran untuk sebuah episod rancangan Parts Unknown untuk saluran CNN.
CNN juga melaporkan bahawa punca kematian beliau adalah gantung diri.
Beberapa lagi selebriti popular Hollywood serta chef selebriti memuat naik ucapan takziah mereka di media sosial. Di samping itu, mereka juga berharap agar sesiapa yang mempunyai isu depresi, kemurungan atau gangguan emosi menghubungi talian bantuan, terlebih dahulu.
Megyn Kelly, pengacara NBC Megyn Kelly Today.
Gordon Ramsay, chef selebriti.
Chrissy Teigen, model dan pengacara.
Nigella Lawson, chef selebriti.
Rose McGowan, pelakon.
Mandy Moore, pelakon dan penyanyi.
Ryan Seacrest, pengacara, penyampai radio dan penerbit eksekutif.
Jamie Oliver, chef selebriti.
Henry Golding, pelakon.
Berita ini sangat mengejutkan selepas kita telah kehilangan beberapa orang ternama tahun ini disebabkan isu bunuh diri. DJ Avicii, pengusaha fesyen Kate Spade dan kini Anthony Bourdain.
Jika menghadapi sebarang masalah, lebih wajar jika kita merujuk kepada yang pakar dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.