Juara sulung Raise The Star Malaysia (RTSM) musim pertama, Didie Shazry membuat keputusan menyentuh hati apabila memilih untuk menghadiahkan separuh daripada ganjaran RM30,000 yang dimenanginya kepada kakak sulungnya, Asniza Norsita.
Bagi Didie, kakaknya yang kini berusia 33 tahun bukan sekadar seorang kakak, malah insan istimewa yang sanggup mengorbankan masa remajanya demi membesarkan adik-beradik selepas perceraian ibu bapa mereka.
“Separuh daripada wang kemenangan saya akan beri kepada kakak saya dan selebihnya saya akan menggunakan untuk berkarya.
“Saya berasakan kakak memang selayaknya mendapatkan wang kemenangan ini. Ceritanya dulu sewaktu umur sembilan tahun, ibu bapa saya bercerai. Masing-masing bawa haluan sendiri.
“Kakak baru berusia 16 tahun sanggup berhenti sekolah sebagai pengorbanan supaya adik-adik yang lain dapat bersekolah,” katanya kepada Remaja.
Ads
Anak kelima daripada tujuh beradik itu turut mendedahkan, hadiah tersebut akan diberikan sebagai kejutan tanpa pengetahuan kakaknya.
“Saya tidak memberitahu dia mahu membahagikan wang kemenangan bersama. Ini merupakan satu kejutan buat kakak.
“Memang sudah berniat mahu berkongsi wang kemenangan ini. Dia memang layak mendapatkan apa yang saya terima ini. Pada malam ini (Ahad), kakak hadir melihat saya di pentas akhir.
Ads
“Di minggu separuh akhir pun dia sanggup datang dari Sabah untuk lihat saya membuat persembahan,” ujarnya.
Menurut Didie, kakak sulungnya itu juga sanggup berhenti sekolah ketika Tingkatan Empat demi memastikan adik-adik lain dapat bersekolah kerana keadaan keluarga yang tidak berkemampuan.
Didie juga berkongsi bahawa kehidupannya pernah berubah apabila dibesarkan oleh keluarga angkat yang membuka jalan untuknya mengenali dunia muzik.
Ads
“Saya tinggal dengan kakak sejak usia sembilan tahun hingga 12 tahun. Selepas itu saya diambil sebagai anak angkat oleh arwah abah angkat saya dan dialah yang banyak mengajar saya tentang muzik.
“Saya hidup dengan keluarga angkat sampai Tingkatan Empat kerana bapa angkat meninggal dunia dan kemudiannya tinggal semula dengan kakak sehinggalah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perak,” katanya lagi.
Semalam, Didie diumumkan sebagai juara RTSM musim pertama sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Gaji saya RM2000, berapa harga rumah saya layak beli?” “Gaji saya RM2500, berapa je bank dapat bagi untuk pembiayaan perumahan?” Ini adalah antara soalan yang sering bermain difikiran sama ada kita layak atau tidak membeli rumah.
Secara asasnya pihak bank akan melihat DSR, CCRIS dan CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta aspek-aspek lain. Seterusnya, bank akan tengok gaji dan pendapatan korang. Jadi, macam mana nak kira?
Ikuti penjelasan ringkas yang telah dikongsi oleh saudara Amir Syahir ini.
Kalau korang nak tahu, ada satu akses secara percuma melalui Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan secara online boleh korang semak.
Laporan ini mengandungi kelayakan individu/bersama nisbah khidmat hutang, penilaian, kelayakan pinjaman maksimum untuk pinjaman perumahan sehingga 15 bank dalam satu laporan.
Ini dapat membantu dan memperbaiki proses semakan pembiayaan korang yang sedia ada. Bukan untuk yang bergaji saja, yang bekerja sendiri pun boleh buat semakan dengan mudah.
Ini mungkin anggaran kasar saja dan akan berbeza keputusannya jika korang betul-betul nak mohon pembiayaan rumah nanti. Tapi, sekurang-kurangnya korang dah tahu had maksimum kelayakan harga korang untuk beli rumah, tak ada la bank tolak permohonan korang pula nanti. Hiks!
Kalau nak lebih clear, korang boleh refer pada gambar dibawah:
Paparan depan laman webPilih sama ada makan gaji atau bekerja sendiriKeputusanPilih teruskan, untuk melihat 15 bank yang lain. Masukkan email untuk keputusan penuhLaporan yang diterima melalui email
Apa lagi gaiss, check sekarang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pasti syarikat-syarikat di Malaysia akan muncul dengan pelbagai idea pemberian kepada wakil media seperti kami di REMAJA.
Antara jenis pemberian yang selalu datang sebelum Raya ini termasuklah hamper kuih raya, kurma, soft toys (yes!) dan juga sampul duit raya. Bercakap mengenai sampul ini, masing-masing tak nak kalah dengan rekaan berbeza pada setiap tahun. Jom kita tengok macam mana rupa sampul jenama besar di Malaysia ini, in random order.
Konflik hubungan antara pengarah filem dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, sebentar tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib kira-kira pukul 10.30 pagi, 5 September 2024 dan mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujud pelanggaran taklik oleh Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.
Kredit: KosmoKredit: Kosmo
Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof (40), Azmi Mohd. Rais sebelum ini mengesahkan pelakon berkenaan sudah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.
Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.