Semalam memberikan satu kenangan manis buat skuad pelumba trek Malaysia apabila mereka berjaya mengungguli kedudukan satu-dua dalam acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021.
Bertempat di Velodrom Anna Meares, Brisbane, pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mengenepikan saingan sengit daripada rakan sepasukan dan juara bertahan, Azizulhasni Awang yang berpuas hati di tepat kedua.
Manakala, tempat ketiga dilengkapkan oleh pelumba tuan rumah, Matthew Richardson.
Bukan mudah ya untuk melakar kejayaan di bumi asing, apatah lagi mengatasi pelumba ‘The Pocket Rocketman’ yang diketahui ramai mempunyai stamina dan kelajuan luar biasa. Mungkin ini juga adalah hasil daripada strategi skuad Malaysia yang mempunyai kelebihan setelah dua pelumba negara berjaya layak ke pusingan akhir.
Lantas, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya Shah Firdaus, pelumba trek negara berusia 25 tahun ini.
Ads
Ini merupakan lima fakta menarik mengenainya.
.
01
Pemililik nama penuh Muhammad Shah Firdaus Sharom ini merupakan seorang atlet kelahiran Muar, Johor.
.
02
Shah telah diintai sebagai atlet trek pelapis negara sejak beberapa tahun yang lalu apabila dia semakin ‘garang’ melaungkan keringat di velodrom dan dilihat berpotensi untuk meneruskan kejayaan Malaysia dalam sukan tersebut.
Ads
Antara pencapaian yang masih diingati adalah semasa Shah meraih pingat perak dalam acara Keirin di Kejohanan Asia di Jakarta pada tahun 2019.
.
03
Ini sebenarnya bukanlah kejohanan pertama yang menyaksikan Shah mengenepikan Azizulhasni. Pada Februari lalu, pencapaian satu-dua yang sama telah diraih olehnya di Kejohanan Keirin Victoria.
Shah dan Azizulhasni masing-masing telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan Julai depan. Lalu, kejohanan yang disertai mereka pada awal tahun ini dianggap sebagai satu sesi latihan serta simulasi untuk kejohanan terbesar dunia itu.
.
05
Ini juga bakal menjadi penampilan pertama atlet berketinggian 181cm ini di Sukan Olimpik. Sebelum ini, dia melangkah ke Sukan Komanwel pertamanya pada tahun 2018 di Gold Coast, Australia.
Biapun dia gagal menghadirkan sebarang pingat pada waktu itu, ia ternyata satu pengalaman bermakna untuknya membuktikan potensi di arena sukan sebesar itu.
Tahniah Shah Firdaus & Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Muhammad Azeem Mohd Fahmi sinonim dengan acara pecut di Malaysia ketika ini. Baru sahaja melabuhkan tirai Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dengan menggungguli acara 100m, dia terus terbang ke Jepun untuk menghadapi cabaran olahraga di sana.
Dalam acara 200m yang disertainya, anak jati negeri Perak ini berjaya mencatat masa 20.98 saat untuk menduduki tangga kelima cabaran. Biarpun tidak berjaya berada dalam kedudukan tiga ke atas, namun prestasi cemerlang yang ditonjolkan meletakkan atlet muda itu sebagai pelari pecut yang konsisten.
Catatan masa terbaharu ini merupakan catatan masa keempat terbaik yang dirakamkan bawah 21 saat untuk tahun ini. Catatan masa peribadi terbaiknya adalah 20.83 saat ketika memenangi perlumbaan saringan pusingan awal 200m pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos lalu.
Azeem ketika mengungguli pingat emas 100m SUKMA 2022 baru-baru ini.
“Saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan catatan masa yang dibuat Azeem di sini, selepas mencatatkan 21s pada separuh akhir. Walaupun tamat saingan di tempat kelima, yang penting adalah konsistensi.
“Selepas ini beliau akan membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat,” kata jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, ketika dihubungi oleh Bernama.
Dua minggu lalu di SUKMA 2022, selain menang pingat emas untuk acara 100m, Azeem turut menggondol pingat perak untuk acara 200m dan 4 x 100m.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk berjaya bukanlah mudah, tidak kira seseorang itu memiliki latar yang kaya mahupun kurang berkemampuan usaha menjadi penanda aras untuk mencapai kejayaan.
Seperti yang berlaku kepada Nurul Syazwani Muhamed Zabidi, gadis berusia 24 tahun ini tidak menjadikan kehidupan yang susah sebagai alasan. Sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk dirinya lebih berjaya.
“Saya tidak datang dari keluarga yang senang dan ibu saudara saya merupakan tempat saya berkongsi kasih sepenuhnya setelah nenek saya meninggal pada 2017.
“Pengorbanan fizikalnya, kewangan dan mental membesarkan saya hasil pendapatan cukup makan sebagai penoreh getah membuatkan saya tekad mengubah nasib keluarga dan membalas jasanya.
“Saya amat bersyukur apabila niat untuk tidak membebankannya termakbul apabila saya berjaya ke menara gading hasil tajaan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB),” kongsinya.
Membanggakan ibu saudara yang selama ini membesarkan dirinya, pada istiadat konvokesyen Universiti Putra Malaysia kali ke- 47 Nurul Syazwani telah dinobratkan sebagai penerima Hadiah Endowmen Sultan Idris Shah.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ini dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Bukan calang-calang orang yang dipilih, gadis berkulit hitam manis ini memanjat kesyukuran.
“Syukur atas penganugerahan ini dan inilah hadiah terindah buat arwah nenek serta ibu saudara saya. Lebih indah lagi sekiranya nenek ada di sini untuk meraikan kegembiraan ini,” ujarnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penerjun wanita ini telah melalui musim 2021 yang agak mencabar disebabkan oleh pandemik COVID-19. Namun itu tidak bermakna Dhabitah Sabri membenarkan wabak untuk mengganggu konsistensinya.
Hari ini, Dhabitah Sabri, 22 telah mencipta sejarah buat dirinya, skuad terjun serta kepada Malaysia apabila dia layak bertanding di peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tapi sebelum itu, penulis ingin mengimbas semula beberapa kisah kejayaan Bitah pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Bitah pernah membawa pulang sebutir pingat perak dan dua gangsa pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. Pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 pula, Bitah sekali lagi cemerlang dengan dua pingat gangsa.
Kita perlu ingat, penerjun ini baru berusia 22 tahun dan dia juga seperti remaja lain inginkan kehidupan yang bebas. Namun demi Malaysia, Bitah tiada pilihan selain perlu gigih berlatih di bawah kendalian jurulatih.
8 jam latihan itu sudah menjadi kewajipan Bitah. Agaknya, apa lagi yang perlu dilakukan Bitah untuk naik ke atas podium?
Ada beza tak jadi penerjun senior sekarang?
DS: Dulu saya selalu depend dekat senior bila nak berlatih. Saya beruntung kerana senior tak lokek ilmu dan sedia membantu. Sekarang, saya lebih yakin untuk mencabar kemampuan diri dengan terjunan yang lebih sukar.
Bagi saya, tiada jurang di antara penerjun senior dan junior kerana kami perlu saling menolong dalam banyak perkara.
Rutin harian sebagai penerjun
DS: Enam hari seminggu, saya akan berlatih tujuh ke lapan jam sehari. Jadi masa saya memang banyak diisi dengan latihan. Kalau nak berjaya memang kena sacrifice masa. Dan disebabkan selalu sibuk berlatih, saya lebih suka habiskan masa berehat di rumah bila free.
Dhabitah bersama Tracie Ang (Gimnastik Artistik) dan Niena Azman (Futsal) untuk Majalah Remaja Isu Januari – Mac 2018.
Ramai tak kenal Bitah semasa di luar?
DS: Yes! Dulu saya pelik kenapa masyarakat nak bergambar dengan saya. Iyalah, saya bukannya selebriti. Sekarang saya sudah terbiasa dengan keadaan ini.
Sebagai atlet negara, saya ada tanggungjawab dalam bidang sukan dan itu melibatkan imej negara. Pastinya mereka ingin bergambar untuk dibuat kenangan. Cuma saya tidak selesa jika terlalu diganggu terutamananya di media sosial.
“Di luar kolam renang, saya just remaja biasa dan bukannya selebriti.” – dhabitah sabri
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.