Kenal Di Sekolah Menengah, Sofyank Selamat Bernikah Selepas 7 Tahun Menyulam Kasih

Share

Siapa tak kenal pemuda bernama Sofyank ini. Kehebatannya dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.

ARTIKEL BERKAITAN : Memang ‘Paling Style’, John Cena Cakap Melayu Dalam Video Terbaharu Sofyank

Foto Via Mstar

Sofyank atau Mohad Sofian Abdullah, 26, yang selamat dinikahkan degan pilihan hatinya, Nabilah Ramli, 24, Sabtu pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Tengku Mahmud dan pengantin perempuan menerima mas Kahwin 18 dinar. Pengantin lelaki turut berbalas lima dulang hantaran dalam majlis serba ringkas dan indah yang berlangsung di Calamaya Garden, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam masa itu, Sofyank yang ditemubual sejurus masjlis sempat bercerita tentang titik perkenalan bersama gadis tersebut.

 

“Kami kenal di sekolah menengah, tujuh tahun lepas. Masa itu saya datang ke sekolah menengah saya untuk mengajar student. So, masa itu la dia kenal saya, lebih kurang macam itu.”

“Masa tu saya tengah ambil Diploma Perakauanan di Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Tapah. So kami kenal kira online je, jumpa dua tahun lepas kenal. Lepas kenal dah jumpa, terus decide

untuk relationship“, ujarnya.

Menurut Sofyank, dia juga lega apabila selepas majlis itu yang mana ia menjadi puncak kepada tujuh tahun perkenalan antara mereka.

Dalam pada itu, Sofyank turut membuat siaran langsung majlis perkahwinannya menerusi laman Istagramnya. Diruangan komen, rata-rata follower menitipkan ucapan tahniah diatas perkahwinannya itu. Malah, netizen turut tak sabar dan teruja ingin menonton video perkahwinannya nanti.

Untuk info, pada April lalu, video suntingan Sofyank turut mendapat perhatian aktor Hollywood, Ryan Reynolds.

Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Tahniah kami ucapkan buat Sofyank dan pasangannya.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN