Kena Check : Bunga Isme Realisasi Impian Ada Lagu Bersama Joe Flizzow

Share

 

Masih berbekas dalam minda penulis akan temuramah yang pernah dilakukan bersama rapper hijabi muda Malaysia, Bunga akhir tahun lalu sewaktu penggambaran halaman depan Majalah Remaja Februari 2021 dilaksanakan.

Kongsi rapper berusia 21 tahun ini, salah satu impiannya pada tahun 2021 adalah untuk membawa ibu bapanya mengerjakan umrah di tanah suci. Obviously, impian tersebut perlu ditangguhkan seketika hingga dunia yang sedang berdepan keadaan pandemik sekarang lebih mengizinkan.

Namun, satu lagi impian yang disemat Bunga adalah untuk berkolaborasi bersama idolanya dalam dunia rap, Joe Flizzow.

Sejak Bunga mula mencuri perhatian ketika menjayakan persembahan 16 Baris bersama Joe sehingga menjadi tular, Bunga sudah meletakkan Joe selaku senior yang dia amat hormati dalam industri ini. Disebabkan Joe; pintu peluang kepada rapper

generasi muda telah terbuka luas.

Nampaknya, Bunga berjaya merealisasikan impiannya itu apabila baru-baru ini tampil dengan single kolaboratif bersama Joe dan seorang lagu rapper muda, Hullera. Kolaboratif pertama di antara mereka bertiga ini adalah menerusi lagu berjudul Kena Check dan ia  terhasil sempena projek istimewa realme Malaysia: Fan Festival 2021 pada hujung minggu lalu.

Tambahan pula, Joe, Hullera dan Bunga sama-sama telah dilantik sebagai duta realme 5G buat masa ini. Jadi tidak hairanlah apabila merekalah yang menjayakan Kena Check. 

Duta realme 5G terdiri daripada Joe Flizzow, Bunga dan Hullera.

“Pertama sekali, saya bersyukur dan berterima kasih kepada realme Malaysia atas peluang untuk berkolaborasi dalam single bersama Joe Flizzow dan Hullera.” – Bunga

“Sememangnya, ini adalah impian saya untuk bersama-sama mereka (Joe Flizzow dan Hullera). Ia membuktikan, andai pada bila-bila masa saya terasa seperti ingin menyerah kalah, perjalanan saya dalam industri ini akan menjadi sia-sia,” katanya. Jadi kepada mereka di luar sana, jangan mudah menyerah okay!

Bercakap mengenai Kena Check, lagu ini sama-sama diterbitkan oleh Joe dan bertemakan mesej ‘Dare To Be You’ ataupun berani menjadi diri sendiri terutamanya dalam mengejar impian peribadi (ahem – seperti Bunga), menentukan imej dan stail korang serta terus mencabar potensi diri dari semasa ke semasa.

Tambah menarik apabila video muziknya baru saja dilancarkan pada tengah hari tadi.

Bak kata Joe, Kena Check memberi peluang kepada lebih ramai rapper generasi baharu di Malaysia untuk ke hadapan. Beliau juga berharap agar pendengar akan menyukainya.

Kepada korang yang ingin mendengarkan Kena Check, strim lagu tersebut di platform UMG seperti Apple Music, Spotify, YouTube, JOOX, KKBox dan Deezer.

IKLAN