Masih berbekas dalam minda penulis akan temuramah yang pernah dilakukan bersama rapper hijabi muda Malaysia, Bunga akhir tahun lalu sewaktu penggambaran halaman depan Majalah Remaja Februari 2021 dilaksanakan.
Kongsi rapper berusia 21 tahun ini, salah satu impiannya pada tahun 2021 adalah untuk membawa ibu bapanya mengerjakan umrah di tanah suci. Obviously, impian tersebut perlu ditangguhkan seketika hingga dunia yang sedang berdepan keadaan pandemik sekarang lebih mengizinkan.
Namun, satu lagi impian yang disemat Bunga adalah untuk berkolaborasi bersama idolanya dalam dunia rap, Joe Flizzow.
Sejak Bunga mula mencuri perhatian ketika menjayakan persembahan 16 Baris bersama Joe sehingga menjadi tular, Bunga sudah meletakkan Joe selaku senior yang dia amat hormati dalam industri ini. Disebabkan Joe; pintu peluang kepada rapper generasi muda telah terbuka luas.
Nampaknya, Bunga berjaya merealisasikan impiannya itu apabila baru-baru ini tampil dengan single kolaboratif bersama Joe dan seorang lagu rapper muda, Hullera. Kolaboratif pertama di antara mereka bertiga ini adalah menerusi lagu berjudul Kena Check dan ia terhasil sempena projek istimewa realme Malaysia: Fan Festival 2021 pada hujung minggu lalu.
Tambahan pula, Joe, Hullera dan Bunga sama-sama telah dilantik sebagai duta realme 5G buat masa ini. Jadi tidak hairanlah apabila merekalah yang menjayakan Kena Check.
Ads
Duta realme 5G terdiri daripada Joe Flizzow, Bunga dan Hullera.
“Pertama sekali, saya bersyukur dan berterima kasih kepada realme Malaysia atas peluang untuk berkolaborasi dalam single bersama Joe Flizzow dan Hullera.” – Bunga
“Sememangnya, ini adalah impian saya untuk bersama-sama mereka (Joe Flizzow dan Hullera). Ia membuktikan, andai pada bila-bila masa saya terasa seperti ingin menyerah kalah, perjalanan saya dalam industri ini akan menjadi sia-sia,” katanya. Jadi kepada mereka di luar sana, jangan mudah menyerah okay!
Bercakap mengenai Kena Check, lagu ini sama-sama diterbitkan oleh Joe dan bertemakan mesej ‘Dare To Be You’ ataupun berani menjadi diri sendiri terutamanya dalam mengejar impian peribadi (ahem – seperti Bunga), menentukan imej dan stail korang serta terus mencabar potensi diri dari semasa ke semasa.
Ads
Tambah menarik apabila video muziknya baru saja dilancarkan pada tengah hari tadi.
Bak kata Joe, Kena Check memberi peluang kepada lebih ramai rapper generasi baharu di Malaysia untuk ke hadapan. Beliau juga berharap agar pendengar akan menyukainya.
Kepada korang yang ingin mendengarkan Kena Check, strim lagu tersebut di platform UMG seperti Apple Music, Spotify, YouTube, JOOX, KKBox dan Deezer.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Daripada imej penari 'nakal' di jalanan, komuniti B-Boys di Malaysia enggan lagi dipandang sepi dan negatif oleh masyarakat.
Ini telah dibuktikan oleh penari B-Boy negara, Sam Jee Lek (lebih dikenali sebagai Lego Sam) setelah dia mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA Filipina, Ahad lalu.
Menurut penari yang mencipta kemenangan dengan skor 12 markah penuh itu, dia tak dapat menidakkan rasa bangga menjadi wakil negara pertama yang bergelar penari B-Boy yang memenangi pingat emas di acara sukan dwi-tahunan itu.
"Saya telah lama mempersiapkan diri untuk membuktikan diri di atas pentas dan untuk membuatkan Malaysia berbangga.
"Akhirnya dengan kejayaan ini, saya berharap agar kerajaan Malaysia sedar akan potensi yang ada di kalangan penari B-Boy di Malaysia dan boleh menyokong kami untuk meningkatkan prestasi budaya tarian ini.
"Apabila melihat perkembangan break dance dalam tempoh beberapa tahun ini, ia masih terasa seperti mimpi. Tanpa mengira sama ada menang atau kalah, saya rasakan kesemua B-Boy yang bertanding di Filipina adalah pemenang pada hari pertandingan lalu.
"Kami semua adalah sebahagian daripada atlet yang mencipta sejarah kali pertama bertanding di peringkat ini. Saya sendiri tak sabar untuk mengulangi kejayaan ini dan mungkin terlibat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, kelak," kata Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Congrats Sam! Harapnya budaya break dance akan lebih berkembang secara positif selepas ini dengan sokongan ramai pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas meraih anugerah sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), Nik Amir Mustapha berkata, beliau tidak menjangkakan filem arahannya, Imaginur akan dipilih sebagai Filem Terbaik.
Menurut Nik Amir (39), beliau bersama penulis skrip Imaginur, Redza Minhat hanya berserah dan melihat filem Abang Adik mempunyai potensi untuk dipilih sebagai pemenang.
“Bukan hanya kerana filem itu sudah berjaya memenangi berapa anugerah di luar negara, tetapi juga telah berjaya menarik perhatian penonton di Malaysia”
Kredit: Instagram Nik AmirKredit: Instagram Nik AmirKredit: Instagram Nik Amir
“Malah saya amat mengagumi hasil kerja pengarah Jin Ong kerana beliau bijak dan berpengetahuan luas. Saya harap dapat belajar dengannya suatu hari nanti,” katanya.
Mengulas kejayaan Imaginur, Nik Amir berkata, sejak awal lagi, beliau dan Redza tidak pernah membayangkan filem itu akan dipilih sebagai Filem Terbaik, sementelah mereka sendiri mengolah draf Imaginur sebanyak 11 kali.
Kredit: Instagram Nik AmirKredit: Instagram Nik AmirKredit: Instagram Nik Amir
Ujarnya, fokus mereka adalah untuk menghasilkan cerita yang menarik dan dikongsikan bersama penonton.
“Selepas sambutan yang diterima tahun lalu, saya dan Redza memang sudah terfikir untuk menghasilkan filem lain. Cuma buat masa ini kami masih fikirkan genre apa yang akan dipilih,” ujarnya.
“Tentu sekali, kejayaan di FFM33 ini menyuntik semangat untuk terus hasilkan lebih filem dan kalau boleh, kami tidak mahu hasilkan filem bergenre sama,” jelasnya yang pernah memenangi trofi sama pada FFM26.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...