
Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 sudah pun bermula. Berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4 petang nanti.
Dalam beratus peserta yang hadir, perhatian kami tertumpu kepada seorang pemuda yang merupakan kembar kepada Naib Juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
Farees Asri turut hadir mencuba nasib ke sesi uji bakat hari ini kerana dia menganggap bahawa Hero Remaja merupakan satu platform untuknya kerana Farees mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk menjadi ikon kepada para remaja.

“Saya rasa Hero Remaja boleh menjadi platform terbesar untuk saya menjadi seorang anak seni dalam industri hiburan tanah air,”
“Dalam bilik juri tadi, saya juga tidak sangka bahawa mereka akan bertanyakan soalan tentang pengetahuan am juga. Selain itu, saya juga perlu menunjukkan bakat ‘catwalk’ di hadapan juri tadi,” jelas Farees.
View this post on Instagram
Kita tengah cari port lepak malam minggu ni..ada siapa-siapa nak join tak?🤔
A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii) on
Tidak mahu dibayangi oleh Farhan Asri, Farees yakin mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak perlu untuk membandingkan dia dan abang kembarnya, Farhan.
“Sebenarnya saya berbeza dengan abang kembar saya. Saya mempunyai kelebihan yang tersendiri, manakala Farhan juga mempunyai kelebihan dia sendiri,” tambahnya lagi.
Syabas kami ucapkan kepada Farees Asri kerana berani untuk ke hadapan dan mencuba nasib di sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
Bagi korang yang tak sempat nak datang hari ini, esok kami masih lagi meneruskan pencarian di lokasi dan waktu yang sama.
Jumpa esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Azim Yusof Yakin Akan Cipta Nama Dalam Dunia Hiburan Selepas Tersingkir Dari Hero Remaja 2020

Menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam mana-mana program realiti bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak lagi ilmu dan pengalaman yang ingin dikutip, namun tidak berkesempatan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah penamat bagi perjalanan karier mereka untuk berkecimpung dalam industri seni.
Azim Yusof merupakan peserta yang terkeluar pada episode 3 Hero Remaja 2020, sekali gus menjadi antara finalis terawal yang perlu menamatkan perjalanan dalam program realiti tersebut. Mengakui bahawa dirinya masih belum puas untuk menunjukkan bakat yang ada, namun anak muda ini tetap positif menerima keputusan ini.

“Sebenarnya saya tidak sangka untuk keluar seawal ini tapi tidak mengapalah saya akur dan percaya semua ini pasti ada hikmahnya. Saya harap agar penyokong dan kawan-kawan tetap akan menyokong saya dan InsyaAllah saya tetap akan meneruskan untuk berkecimpung dalam bidang seni,” jelas Azim dengan nada sebak.

“Perkara yang saya tidak akan pernah lupa sepanjang berada di Hero Remaja adalah masa bersama dengan kawan-kawan. Saya tak pernah stay dekat hotel dan duduk ramai-ramai, kami 12 orang so macam-macam perangai yang ada. Jadi itulah antara momen yang saya akan rindukan nanti,”
Ditanya tentang apakah yang mungkin menyebabkan dia tersingkir, Azim tidak menyalahkan orang lain sebaliknya ia adalah daripada kesilapannya sendiri.
“Secara jujurnya, task tempoh hari memang agak tough dan saya pun dah lama meninggalkan aktiviti fitness, jadi mungkin disebabkan itu stamina saya dah tak kuat jika nak dibandingkan dengan peserta yang lain. Mereka semua ada kelebihan masing-masing, ada yang memang kuat dan laju. Waktu tu pun saya tak buat sehabis mungkin dan kalau boleh memang rasa macam nak buat semula. Hehe!”


“Walau bagaimanapun, banyak yang saya belajar dari Hero Remaja ini, termasuklah tentang attitude, friendship dan paling penting adalah disipilin. Saya pasti akan buat comeback dan target saya, saya akan buat sehabis baik untuk orang diluar sana melihat potensi yang ada dalam diri saya,” tambah Azim lagi.
Rata-rata peminat di luar sana turut berasa sedih tentang penyingkiran Azim namun kami percaya perjalanan pemuda ini masih jauh dan dia akan terus bersinar menjadi seorang personaliti yang hebat satu hari nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hero Remaja 2017 Alif Muhaimin Ambil Peluang Jual Kek Batik Ketika PKP

Selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh masyarakat kira-kira dua bulan lalu, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak bekerja atau pun perlu menjalani proses work from home.
Ramai yang mengambil peluang untuk berniaga makanan kerana dilihat bisnes ini tetap menjadi demand rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila ramai yang kebosanan duduk di rumah, maka mulalah mulut ni rasa nak mengunyah sahaja.
Alif Muhaimin antara selebriti yang dilihat turut menjalankan bisnes ketika musim PKP dan Hero Remaja 2017 ini nampaknya sedang aktif menjual kek batik di laman instagramnya.
View this post on InstagramBest pula hobi baru buat kek Batik! Siapa nak try boleh pm okay 😁 @notjustdessert_
A post shared by ALIF MUHAIMIN (@alipblastoff) on
“Dalam tempoh PKP ni, banyak shooting, events dan job yang kena cancel. Tapi alhamdulilah, Alif dapat bersama-sama keluarga ketika PKP ini. Ada banyak hikmah rupanya bila situasi ini berlaku kepada kita,”
“Rasa macam hubungan dengan keluarga jadi lebih kuat sebab banyak masa diluangkan bersama mereka. Solat sama-sama, makan pun sekali. Kalau sebelum ni, memang jaranglah nak dapat macam ni, lebih-lebih lagi bila Alif sedang sibuk menjalani penggambaran drama,”
“Idea nak jual kek batik ni sebenarnya keluar secara spontan ketika alif dan kakak bersembang selepas moreh. Kami bercadang dalam waktu PKP ni untuk melakukan sesuatu yang membuahkan hasil. Lagi pu keluarga Alif memang suka buat kek dan brownies. Itu yang terfikir nak jual kek batik,”
“Mula-mula tak fikir nak buat secara serius pun, hanya sekadar hobi. Tapi alhamdulillah selepas dapat beberapa tempahan, rasa seronok pula berniaga,” jelas Alif.
Alif juga turut berkongsi setiap Instagram Story yang dimuatnaik oleh pelanggan dalam instagramya.

Memang nampak happy betul Hero Remaja 2017 ni bila berpeluang berniaga kek batik. Teksturnya walaupun dilihat menerusi gambar saja, tapi dah boleh bayangkan kesedapannya.

Semoga Alif terus sukses dengan apa sahaja yang dilakukannya dan khabarnya, Alif juga sudah tidak sabar untuk meneruskan sesi penggambaran yang tertangguh.
All the best to you.
Psst, bila nak bagi kami rasa kek batik Alif? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengaku ‘Lambat Panas’ Berbanding Hero Lain, Farhan Asri Excited Berlakon Dengan Senior – Fattah Amin

Setelah penggambaran drama televisyen perlu ditangguhkan seketika kerana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak lama lagi korang dah boleh layan semula drama terbaru!
Antara drama terawal yang akan ditayangkan ialah Pink Smile yang semakin diperkatakan di media sosial.
Ini kerana drama adaptasi novel tulisan Luna Adresia ini menggandingkan beberapa nama besar seperti Fattah Amin, Sweet Qismina dan naib juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
REMAJA sempat untuk bertanyakan kepada Farhan mengenai drama Pink Smile, idolanya Fattah Amin dan pendapat orang yang mengatakan dia ‘ketinggalan’ berbanding rakan Hero Remaja lain.

“Dalam drama arahan Ayie Mustafa ini, saya membawakan watak Epol, iaitu pekerja di kafe milik Kaz (Fattah Amin). Epol juga banyak dikaitkan dengan Melati (Afifah Nasir) yang merupakan pekerja baharu di situ.
“Ini merupakan drama pertama saya di slot Lestary di saluran TV3. Tentunya, saya teruja untuk ia menemui penonton tak lama lagi setelah terpaksa ditangguhkan kerana musim PKP.
“Kami baru menyambung penggambaran selama seminggu selepas PKP dan saya lepas rindu terhadap peluang untuk kembali ke set. Alhamdullilah, pengarah gembira dengan prestasi saya membawakan watak ini lalu membuatkan saya lebih bersemangat,” kongsi Farhan lagi sewaktu dipanggil oleh REMAJA.
Untuk pengetahuan, drama Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa dan Hero Remaja 1990/1991 Esma Daniel.
Pengalaman Berlakon Bersama ‘Hero’ Idola
Farhan yang pernah muncul menerusi drama Cik Reen Cik Ngok Ngek pernah bergandingan dengan beberapa pelakon berkaliber seperti Fickry Ibrahim. Namun ini adalah gandingan pertamanya dengan seorang juara pencarian Hero Remaja.
Farhan yang dilahirkan daripada pencarian yang sama pada musim 2017 berkata ini adalah peluang yang dinanti-nantikannya. Apatah lagi apabila Fattah Amin merupakan salah seorang idola yang dekat dengan dirinya dan antara sebab utama mengapa dia menyertai Hero Remaja.
“Awal-awal tu, saya segan juga kerana tidak sangka dapat bergandingan dengan ‘hero’ saya sendiri dalam dunia lakonan. Fattah Amin yang menegur saya terlebih dahulu kerana katanya, dia faham sifat pemalu yang saya ada sebagai pendatang baru. ‘Dulu aku pun macam ni – segan,’ katanya.

“Kau sebijik macam aku dulu, segan nak berjumpa orang.” – Fattah Amin
“Aura Fattah memang lain macam di set, berlainan dengan pelakon lain yang pernah saya temui. Cara dia profesional di set, selalu ikut timing. Saya memang hormatinya sebagai senior Hero Remaja saya dan sebagai seorang teman sekerja,” kata Farhan sambil menambah bahawa Fattah masih mengingati penglibatan sebagai tetamu istimewa pada malam finale Hero Remaja 2017.

Farhan Asri ‘Lambat Panas’?
Pada zaman media sosial kini, semakin ramai pelakon (dan penyanyi) yang disunting oleh kerana jumlah pengikut ramai yang mereka miliki. Untuk seorang pelakon seperti Farhan yang masih baharu, dia sedar dia perlu lebih pantas mengejar peluang membina karier jika tidak mahu ketinggalan.
“Tahun pertama selepas saya dinobatkan sebagai naib juara Hero Remaja 2017, saya memilih untuk fokus pada pendidikan dan menghabiskan Diploma. Bagi saya pendidikan tetap diutamakan especially bila sudah belajar separuh jalan.

“Mungkin kerana setahun ‘lesap’ dan tidak terus menyambar job, ramai melihat saya agak terkebelakang berbanding rakan finalis Hero Remaja yang lain seperti Alif Muhaimin, Harris Annuar, Adam Yusuf, Nabil Aqil, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
“Mereka aktif muncul menerusi drama televisyen dan projek lain. Hanya pada tahun 2018, saya menerima tawaran berlakon. Saya mengaku saya ‘lambat panas’ berbanding mereka. Namun itu bukanlah alasan untuk saya tak berusaha untuk membina nama.
“Biarlah orang nak gelar naib juara kurang popular, saya percaya kepada usaha. Saya tetap beratur seperti talent lain di uji bakat, saya tetap mencuba nasib. Bagi saya, mengapa perlu saya malu kerana saya tahu kemampuan saya. Tak perlu nak dibanding-bandingkan.
“Alhamdulillah, tahun 2020 memberikan saya lebih banyak rezeki untuk muncul dengan drama baharu. Sekarang saya sedang perbaiki lagi skil sebagai seorang pelakon. Pada masa yang sama, saya juga sedang aktifkan diri di media sosial kerana di situlah connection saya sebagai Farhan Asri dengan pengikut saya.

“Hero Remaja 2017 sebenarnya banyak mengajar saya untuk membina nama dan kekal relevan. Saya bersyukur dengan peluang tersebut. Semua yang saya pelajari akan saya apply sekarang,” simpul Farhan.
Drama Pink Smile bakal menemui penonton di slot Lestary TV3 pada bulan Julai ini dengan 20 buah episod.
ARTIKEL BERKAITAN : Finale Hero Remaja 2020 Ditangguh Sehingga Bila?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

