Kumpulan lelaki popular Korea Selatan, WINNER bakal kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi siri jelajah Asia mereka ‘OUR MOMENT Tour 2025’ pada November ini.

Berita ini disahkan oleh penganjur konsert, CQ Entertainment menerusi pengumuman rasmi di media sosial mereka pada 8 Julai lalu dan Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu destinasi konsert yang dinanti-nantikan peminat selepas kali terakhir WINNER menjejakkan kaki ke pentas Kuala Lumpur pada tahun 2020.

Jelajah ini hadir selepas kejayaan konsert tiga hari mereka yang berlangsung di Olympic Hall, Seoul pada awal Julai. Konsert yang dianjurkan oleh YG Entertainment itu telah mencetus spekulasi dalam kalangan peminat mengenai perancangan lebih besar oleh WINNER termasuk kemunculan semula mereka di pentas antarabangsa.

Kembali Sekali Lagi Selepas 5 Tahun! WINNER Bakal Gegarkan Kuala Lumpur November Ini

Ads

Untuk pengetahuan, Inner Circle (gelaran peminat WINNER), jelajah ‘OUR MOMENT’ akan membuka tirai di Macau pada 23 Ogos ini sebelum ke beberapa lokasi utama seperti Bangkok, Taipei, Jakarta, Hong Kong dan akhirnya Kuala Lumpur.

Ahli kumpulan yang terdiri daripada Kim Jin-woo, Lee Seung-hoon, Mino dan Kang Seung-yoon dijangka bakal menghidupkan semula nostalgia dengan persembahan bertenaga serta seleksi lagu-lagu hits mereka.

Ads

Kembali Sekali Lagi Selepas 5 Tahun! WINNER Bakal Gegarkan Kuala Lumpur November Ini

Ads

Buat masa ini, butiran lanjut mengenai lokasi, tarikh konsert serta penjualan tiket masih belum diumumkan. Para peminat disarankan untuk terus mengikuti akaun media sosial rasmi WINNER atau CQ Entertainment bagi maklumat terkini.

Jadi  Inner Circle! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah WINNER di Kuala Lumpur. Pastikan korang bersedia untuk meraikan “OUR MOMENT” bersama-sama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads