
55 tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap.
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.

Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.

Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta
![[Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta 6 [Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta](https://cdn.remaja.my/2021/08/noraini-2.jpg)
Menerusi satu helaian rasmi yang dimuatnaik ke platform media sosial, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengumumkan perletakan jawatannya daripada kabinet yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia hadir selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan, Selasa lalu,
Biarpun berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas peluang untuk berkhidmat di dalam Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Noraini akur dengan keputusan parti.
Catat kenyataan rasmi Ahli Parlimen Parit Sulong itu, “Berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawattan sebagai menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketikan Parlimen bersidang.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.” Menariknya, perutusan tersebut tidak menyentuh golongan tenaga pengajar dan pelajar.
![[Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta 7 [Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta](https://cdn.remaja.my/2021/08/noraini.png)
Perletakan jawatan secara tiba-tiba ini sekaligus menyaksikan adanya kekosongan yang perlu diisi di posisi penting tersebut. Tambahan pula dengan keadaan pandemik semasa yang memerlukan para pelajar dan kakitangan prauniversiti serta universiti untuk berusaha dengan lebih gigih lagi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
Tinjauan di laman Twitter menyaksikan respon yang bercampur baur. Ada yang terkejut beliau sanggup membuat keputusan demikian demi parti yang diwakilinya. Tidak kurang juga yang merasakan keputusan ini membiarkan para pelajar lebih terpinggir manakala sebahagian lagi tidak sabar menantikan siapakah penggantinya.
Persoalannya, siapakah yang paling layak menggalas jawatan ini? Buat masa ini, tentulah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman yang akan memangkunya. Adakah beliau akan menjawat sebagai Menteri? Sama-sama kita nantikan.
Sementara itu, bekas Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini yang pernah meletakkan jawatannya awal tahun 2020, Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Noraini. Adakah ucapan tahniah itu disebabkan keberaniaan beliau untuk melepaskan jawatan ataupun di atas sumbangan beliau selama memegang jawatan? Hhm.. you tell us.
Tahniah Dato @DrNorainiAhmad pic.twitter.com/9Yj9IgkgDK
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) August 6, 2021
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mula Dipandang Sebagai Destinasi Pendidikan, Pelajar China Pilih Universiti Di Malaysia

Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Di Malaysia kerana menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan untuk tahun ini.

Justeru itu, beberapa universiti ternama di Malaysia dan Singapura mencatat peningkatan permohonan mendadak dari kalangan pelajar China, ekoran sekatan perjalanan dan hubungan bilateral yang merudum antara negara mereka dengan negara-negara Barat.
Jika sebelum ini, pelajar China sering menyasarkan destinasi seperti Britain, Amerika Syarikat dan Australia, namun ia sudah mula berubah sejak penularan wabak COVID-19 bermula Disember lepas, menurut portal South China Morning Post.

Namun, sebilangan mereka masih menunggu kerana kebanyakan institusi di Asia, terutamanya Singapura dan Malaysia masih mengadakan kelas secara dalam talian.
Menerusi laporan itu, program This Week in Asia telah menghubungi 14 universiti di Malaysia dan Singapura, dan tiga dari lima universiti yang memberi maklum balas, memberitahu terdapat peningkatan permohonan mendadak daripada pelajar China.

Data dari Institusi Pengajian Antarabangsa China pula menunjukkan pelajar negara itu merupakan satu per tiga dari keseluruhan 1.1 juta pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat untuk tahun akademik 2018-19.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat mencatatkan penurunan minat secara mendadak daripada pelajar China apabila Presiden Donald Trump mengugut mahu menggantung visa pelajar yang membuat kajian untuk agensi China.

Pakar mengatakan walaupun institusi pendidikan di Malaysia dan Singapura dilihat sedang menunjukkan peningkatan jumlah pelajar dari China, tetapi trend ini tidak kekal dalam jangka panjang setelah vaksin COVID-19 ditemui kerana universiti di Negara Uncle Sam dan Britain masih lebih dikenali.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti tempatan.
Sumber: SCMP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Review Positif Tombiruo Ni Confirm Buat Anda Menyesal Kalau Tak Tengok Kat Wayang

Kehebatan filem Tombiruo: Penunggu Rimba masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen di laman-laman sosial dengan review positif yang dibuat oleh mereka.
Jelas sekali filem ini tidak mengecewakan dan boleh dikatakan ia adalah filem yang boleh dibanggakan.
Kenapa kami berani cakap macam ni? Apa kata anda baca sendiri thread di laman sosial milik Syukrie Suffian ini.
Sebagai seorang bukan bukan penggemar novel, bagi aku cerita ini mudah difahami. *May contain SPOILER
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
First mari kita kenal siapa Ejim atau Tombiruo. Seperti sedia maklum watak tersebut didukung oleh Zul Ariffin. Abam sado. pic.twitter.com/qxmWH3RcHJ
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Disebabkan kita kenal pelakon “Tombiruo” ni, mesti korang nak sangat tengok dia buka topeng kan. Ye aku pun suspen juga masa nak buka topeng
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Tombiruo ni mengingatkan aku tentang “Jason – Friday the 13th” Halloween – Micheal Myers”. Nope bukan seram. Tapi character dia
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Character yang membuatkan kita tertanya-tanya macam mana rupa paras mereka sekiranya “unmasked”. Sesuatu yang sangat misteri
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Tombiruo ni padat dengan aksi, jalan cerita yang menarik dan mudah difahami serta twist yang tak dijangka.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Kalau korang perasan dalam cerita ni ada Farid Kamil dan Nabila Huda bukan? pic.twitter.com/x6Z65mW62Z
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Aku memang suka lakonan Farid Kamil. Boleh kata aku ni peminat dia. Cuma aku tak minat kalau dia jadi jahat. Tapi aku layan je la cerita ni
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Aku ingat dia jahat. Rupanya tak! Dia cuma nak balas dendam sebab???? Tahniah Farid Kamil sebab menggalas tanggungjawab sebagai watak utama
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Kenapa aku cakap watak utama walaupun Zul Ariffin sebagai Tombiruo? Korang tahu kan cerita yang memakai topeng ni jarang bercakap.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
So korang kena “baca” mata dan gerak tubuh tombiruo. Berbeza dengan Farid Kamil yang menghidupkan cerita ini.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Oh ya, Farid Kamil melakonkan watak Amiruddin. Nampak la Daddy material beliau dalam cerita ni.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Memilih Nabila Huda sebagai Wan Suraya a.k.a wartawan KEPOCHI memang kena!
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Faizal Hussein antara hero otai dalam cerita ini. Pelakon yang serba boleh. Kelate boleh, sabah pun boleh bha kala kao pic.twitter.com/L0VIJgzMad
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017

Antagonis – Wong. Lakonan Micheal Chen. Tak ramai pelakon cina yang dalam Malaysia. Ada tu ada tapi mostly drama cina RTM #TombiruoMovie pic.twitter.com/n1Tk9wnl1z
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Watak Wong ni memang jahat. Aku ingatkan mamat ni melayu sabah, sekali cina. Power dia nk berlakon. Nampak psycho dia
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Banyak pelakon yang hebat tapi aku nak bagi credit dekat CGI dia. CGI yang menarik. Jangan compare dgn hollywood eh.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017

Jalan cerita yang agak terhad namun tak dragging disebabkan durasi dalam 1 Jam 50 min tak silap aku.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Kalau korang bukan penggemar novel tapi nak tengok cerita, memang disarankan. Sebab korang tak pening dah mudah faham
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Kalau bagi korang yang dah baca novel dan tengok cerita ni, mungkin korang dah expect every scene cuma nak realisasikan imaginasi tu je
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Cerita ni tidak menghampakan aku tapi membuat aku teruja. Tak sangka filem tempatan dah hebat. Aku bagi 8/10.
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017

Tahniah Zul Ariffin sebab bawa watak Tombiruo. Dialog yang ciput tapi gerak tubuh yang boleh dibaca
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Fighting scene yang paling best. Sama kuat sama padan pic.twitter.com/Bii8U7En2E
— Syukrie Sufian (@syukriesufian) October 13, 2017
Amacam, masih nak tunggu DVD ke? Baik korang tengok dekat panggung wayang. Puas hati wey
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

