Keluarga Mohon Rakyat Doakan Kesihatan Tun Mahathir – Marina

Share

 

Sedikit perkembangan lanjut mengenai keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah beliau dimasukkan kembali ke Institut Jantung Negara (IJN) buat kali kedua dalam bulan Januari 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh anak sulungnya, Datin Paduka Marina Mahathir sebentar tadi, beliau memaklumkan bapanya telah dirawat di IJN sejak Khamis lalu lanjutan daripada prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,”catat kenyataan itu.

Marina Mahathir pernah digandingkan bersama kedua-dua ibu bapanya menerusi Majalah Nona edisi Jun 2016.

Untuk pengetahuan, Tun Dr Mahathir telah dibenarkan keluar dari IJN enam hari setelah beliau menjalani perubatan elektif awal bulan ini.

Manakala pada 16 Disember lalu, beliau pernah dimasukkan ke institusi perubatan yang sama bagi tujuan pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember 2021.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan Tun Dr Mahathir bertambah baik, InsyaAllah.

ARTIKEL BERKAITAN : Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN Sekali Lagi. Pengamal Media Mula Berkumpul Dan PM Datang Melawat – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN