Musim keempat drama bersiri Netflix, The Crown mula menemui penonton pada 15 November lalu.
Selain kemunculan karakter baharu pada musim ini iaitu Perdana Menteri wanita pertama Great Britain, Margaret Thatcher, satu lagi karakter yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah mendiang Puteri Diana.
Setelah lama ‘drama’ yang menyebulungi kehidupan Puteri Diana tidak diperkatakan secara terbuka di dada akhbar, musim keempat ini kembali memberi ‘spotlight’ kepada mendiang apabila peminat The Crown bercakap mengenai kepayahannya menyesuaikan diri dengan kehidupan di Istana Buckingham.
Puteri Diana dilakonkan semula oleh Emma Corrin manakala Josh O’Connor melakonkan watak Putera Charles sejak musim ketiga.
Susur galur hidup Puteri Diana dari sebelum mengenali Putera Charles, berkahwin dengan baginda sehinggalah keretakan rumah tangga mereka ditonjolkan oleh penerbit The Crown.
Ads
Dan tindakan berani untuk ‘mendramakan’ lagi beberapa babak di antara Putera Charles – Puteri Diana – Camilla Parker-Bowles dikatakan TELAH mendapat perhatian kerabat diraja Britain.
Menurut laporan berita diraja saluran ABC di Amerika Syarikat iaitu Omid Scobie, pihak Istana gusar jika penonton musim ini akan mempercayai 100 peratus babak The Crown yang disiarkan.
Watak Camilla Parker Bowles yang merupakan kekasih gelap Putera Charles walaupun setelah berkahwin dengan Puteri Diana.
“Putera Charles dan Camilla telah menghabiskan berdekad lamanya untuk memperbaiki imej mereka di mata khalayak. Dan kini setelah mereka diterima di United Kingdom, penyiaran musim keempat ini boleh memberikan risiko kepada mereka berdua,” katanya.
Bukan hanya Putera Charles dan Camilla saja yang mungkin terkesan. Malah dua orang putera kesayangan mendiang Puteri Diana iaitu Putera William dan Putera Harry juga mungkin berdepan kesan emosi yang sama apabila ibu mereka digambarkan sebagai seorang yang mempunyai pelbagai isu peribadi sepanjang kehidupannya.
Ads
Kebetulan Atau Tidak?
Suka juga untuk penulis katakan di sini bagaimana beberapa babak daripada musim keempat The Crown ini seakan memberikan gambaran mengenai situasi semasa yang sedang berlaku kepada keluarga diraja Britain. Walaupun apa yang digambarkan adalah pada era 80-an, tetapi perkara yang sama seakan sedang berlaku sekarang.
Ads
Sebagai contoh, Putera Andrew, Duke of York iaitu anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Putera Philip digambarkan sebagai seorang yang mempunyai skandal seks.
Putera Andrew lakonan Tom Byrne
Manakala, cara layanan keluarga diraja kepada Puteri Diana mempunyai persamaan dengan cara layanan yang didakwa diterima oleh Meghan Markle sehingga memaksa Duchess of Sussex itu berpindah ke Kanada bersama Putera Harry.
“How many times this family made the same mistake, paying the consequences each time..” – kata karakter Puteri Margaret lakonan semula Helena Bonham Carter.
Kes bunuh diri yang terjadi dalam masyarakat dunia hari ini semakin membimbangkan. Tidak hanya berlaku di luar negara, malah masalah ini turut terjadi dalam negara kita sendiri.
Terbaru, seorang wanita berusia 26 tahun nekad terjun dari tingkat atas bangunan pusat membeli-belah di Klang dipercayai kerana rasa bersalah telah menyusahkan rakan dan keluarganya membayar hutang 'along'.
Menurut laporan Harian Metro, gadis itu bekerja sebagai seorang kerani restoran dan ditemui mati oleh orang awam kira-kira 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa mengesahkan anak perempuannya gagal mengawal perasaan dan hampir pengsan.
Menurut sumber lagi, mangsa pernah berhutang sejumlah wang dengan tiga kumpulan 'along' dan meminta rakan serta keluarganya membayar semua pinjaman berkenaan.
Seorang rakannya telah menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kelmarin dengan meminta mangsa supaya berubah dan tidak meminjam dari 'along lagi.
Namun, mangsa membuat status di laman sosial Facebook menyatakan dirinya meminta maaf kerana menyusahkan keluarga serta rakannya sebelum terjun bangunan.
Ramai yang bersimpati dengan nasib gadis ini dan menasihatkan kepada yang lain agar jangan melibatkan diri dengan 'perniagaan along'.
Malah, ada juga yang memberi solusi sekiranya berhadapan dengan situasi ini, apa yang perlu korang buat adalah buang rasa takut dalam diri terlebih dahulu sebelum berniat untuk membunuh diri.
Ya, mungkin juga kerana tertekan membuatkan gadis ini nekad untuk membunuh diri.
Sebaiknya jika kita mempunyai sebarang masalah, berkongsilah dengan individu yang boleh dipercayai. Jika mereka tidak boleh membantu dari segi wang ringgit, mungkin boleh mencari solusi dan memberikan nasihat yang lebih baik.
Jangan simpan seorang diri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.
Penggunaan pelitup muka Covid-19 merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Namun, sesetengah daripada cuma menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai di campak merata-rata. Dan kalau korang perasan juga, banyak sampah-sampah berupa facemask di tepi jalan. Betul tak?
Tiada kesedaran sivik dan sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin boleh mengundang ancaman buat bumi kita. Menurut laporan Sinar Harian, tahun lalu sahaja dianggarkan lebih 1.56 bilion daripada kira-kira 52 bilion pelitup muka yang dihasilkan pada 2020 menjadi ancaman kepada hidupan laut.
Pelitup muka bukan bersifat bio-degradasi dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 450 tahun untuk terurai.
Sikap tidak bertanggungjawab!
Pelitup muka dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 450 tahun untuk terurai kerana mikroplastik yang dikeluarkan daripada pelitup muka itu akan memasuki rongga hidupan laut yang memberi kesan buruk kepada kitaran hidup haiwan.
Mikroplastik yang dikeluarkan daripada pelitup muka itu akan memasuki rongga hidupan laut yang memberi kesan buruk kepada kitaran hidup haiwan akuatik. Tanda-tanda hidupan laut semakin tergugat boleh dilihat apabila jumlah pendaratan ikan di Malaysia semakin berkurang.
Kalau korang termasuk dalam golongan individu yang buang pelitup muka merata-rata ni, mungkin korang bertanggungjawab menyebabkan pengurangan hasil laut. Bila hasil laut berkurang tak seiring dengan peningkatan permintaan, maka lebih mahal lah harganya.
Foto Via: Courtesy of OceansAsia
Jadi, korang tahu tak macam mana nak buang face mask?
Pertama, jangan sesekali korang recycle pelitup muka. Dah sekali guna tu terus buang.
Kedua, kalau korang nak buang pastikan korang betul-betul di dalam tong sampah. Kemudian, ikat sebaik-baiknya dan asingkan daripada sampah orang lain.
Ketiga, kalau korang tak jumpa tong sampah sekiranya berada di tempat awam, bawa pulang ke rumah dan lakukan pelupusan di rumah. Jangan buang sesuka hati tau sebab ini sebenarnya membahayakan orang lain dan juga membahayakan bumi yang kita huni ini.
Korang boleh juga ikuti langkah mudah melupuskan pelitup muka pakai buang yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti di bawah:
Tanggalkan pelitup muka
Pastikan tangan tidak menyentuh bahagian luar pelitup muka
Lipat dua pelitup muka yang sudah digunakan
Gulung pelitup muka
Masukkan pelitup muka ke dalam beg plastik atau kertas
Jika sebelum ini ada laporan yang menyatakan jumlah penduduk China turun buat kali pertama pada 2022 dalam dalam beberapa dekad, yang dijangka membawa kesan jangka panjang kepada ekonomi domestik dan global.
Hal ini juga disebabkan beberapa faktor antaranya adalah pertumbuhan ekonomi negara yang pesat, urbanisasi dan peningkatan tahap pendidikan.
Cuti Bergaji Selam 30 Hari
Mengambil serius tentang perkara ini, beberapa wilayah di China merombak dasar cuti kahwin selama tiga hari negara itu kepada 30 hari sebagai usaha mencari jalan untuk menangani kemerosotan kadar kelahiran yang turut menjejaskan ekonomi.
Berdasarkan artikel Taipei Times, negara itu kini memperkenalkan cuti bergaji selama 30 hari kepada pasangan pengantin baharu.
Perubahan besar-besaran itu dibuat untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin dan mempunyai anak. Kelayakan dan faedah cuti kira-kira sebulan kepada pengantin baharu itu menjadi harapan kepada China untuk menangani kadar kelahiran yang semakin menurun.
Walaupun cuti perkahwinan selama 30 hari diterima beberapa wilayah, namun sebilangan wilayah lain telah menetapkan tempoh selama 10 hari.
Sebagai contoh, di Wilayah Gansu dan Shanxi menawarkan cuti selama 30 hari manakala Shanghai 10 hari. Di Sichuan masih kekal tiga hari, demikian kenyataan Taipei Times.
Tingkatkan Kadar Kesuburan
Dekan Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial, Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya, Yang Haiyang berkata, melanjutkan cuti perkahwinan adalah satu cara berkesan untuk meningkatkan kadar kesuburan di negara China.
“Cuti perkahwinan dilanjutkan di beberapa wilayah dan bandar yang mengalami perkembangan ekonomi yang agak perlahan,” ujarnya.
Fuh, menarik juga langkah yang diambil oleh negara China ini. Di Malaysia agak-agaknya ada tak akta sebegini?
Sebelum ini, satu kajian majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!