
Siapa sangka superhero nostalgia era 90-an, Keluang Man, kini kembali menggegarkan layar perak dalam versi live-action yang lebih segar, lucu dan penuh aksi! Menjadi taruhan besar Astro Shaw, filem ini bakal ditayangkan serentak di 154 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini.
Apa yang menjadikan naskhah ini lebih istimewa? Sudah tentu keunikan watak utamanya, Keluang Man sendiri iaitu seorang pesakit mental dengan keperibadian ‘gila-gila’ yang menjadi superhero secara tidak sengaja.
“Keluang Man adalah surat cinta kepada generasi yang membesar pada tahun 90an, satu generasi yang penuh semangat dan nilai yang masih relevan hingga ke hari ini.
“Filem ini bukan sekadar projek hiburan, tetapi merupakan usaha menghargai warisan budaya pop Malaysia yang pernah mencorak zaman dan mencipta kenangan bersama,” kata pengarah.
Lagu-lagu ‘throwback’ seperti Tragedi Oktober, Sha Na Na dan Terhangat di Pasaran bakal menceriakan lagi pengalaman menonton. Malah, lagu tema asal Keluang Man turut diberi nafas baru melalui kolaborasi Krisya x S.O.G.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan kebangkitan semula Keluang Man di pawagam berhampiran anda. Tiket kini boleh dibeli bermula 21 Mei!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.