
Kellie’s Castle adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Dibina pada tahun 1905, kini istana ini merupakan antara salah satu tarikan pelancong yang terdapat di negeri Perak.

Sinonim dengan kisah-kisah ‘seram’ yang berlaku di istana tersebut, sepanjang Oktober ini Kellie’s Castle telah pun menganjurkan Kellie’s Night Tour V.3 pada setiap Jumaat dan Sabtu. Khabarnya, pengunjung juga diberi free night guided tour bagi sepanjang kunjungan mereka ke sana.
Fuh, ada berani? Hiks!


Antara tarikh yang dipilih untuk acara Kellie’s Night Tour V.3 ini adalah seperti berikut:
02 & 03 Okt 2020
09 & 10 Okt 2020
16 & 17 Okt 2020
23 & 24 Okt 2020
30 & 31 Okt 2020
Ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa melawat Kellie’s Castle. Kata mereka, istana ini kalau dilawati pada waktu siang pun memang seram. Betul ke?





Uish kalau dah macam ni kisahnya, korang berani ke tak nak ke Kellie’s Night Tour ni? Hiks!
Sumber: BackPackerz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sinar Apa? Sinar Harian? Just Let Me Go” Puteri Sarah Mohon Suami Lepaskan Cara Baik

Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu suaminya yang juga penerbit terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikannya kerana percaya bahawa ikatan perkahwinan mereka masih mempunyai sinar untuk berdamai.
Menerusi video dimuat naik oleh OhBulan! di aplikasi TikTok, pelakon drama Suri Hati itu mengatakan bahawa pengarah filem Munafik berkenaan enggan melepaskannya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Cukuplah Dengan Play Victim” Puteri Sarah Minta Suaminya Usah Putar Belit Cerita

“Tak nak, dia tak nak lepaskan Sarah. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian?” selorohnya.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Syamsul masih percaya bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk berdamai berbanding berpisah.
“Dia kata, masih boleh berdamai lagi, dan dia kata masih ada sinar. Apa yang ada sinarnya lagi? Just let me go. Sarah masuk hospital hari itu pun, dia tidak jenguk tanya khabar.

“Sinar apa? Sarah tak tahu kenapa dia buat macam itu. Seperti biasa, dia ada berhubung mengenai anak-anak sewaktu pergi menunaikan umrah, baru-baru ini.
“Sekarang ini, nak mencelah pula. Just let me go, Mohd Shamsul, Sarah dah malas,” luahnya sewaktu ditemui media.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan Sunscreen & Losyen Badan Beri Kesan Buruk Pada Hidupan Batu Karang

Sudah menjadi kebiasaan orang ramai apabila melakukan aktiviti rekreasi di luar, mereka akan menggunakan sunscreen dan juga body lotion bagi mengelakkan kulit daripada terbakar. Lebih-lebih lagi individu yang melakukan aktiviti di pulau seperti snorkeling dan diving.
Namun begitu, sedarkah korang bahawa penggunaan losyen badan dan krim pelindung matahari yang digunakan itu boleh mengancam kepupusan batu karang?
Menurut Bernama, pakar penyelidik batu karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Tan Chun Hong mengatakan sunscreen dan losyen badan berfungsi dengan membentuk satu lapisan atas permukaan kulit untuk menghalang cahaya matahari.
Jadi, jika seseorang itu berada di dalam laut, kajian menunjukkan losyen badan dan sunscreen akan larut dalam air yang mana ia akan menyebabkan bahan kimia yang ada diserap dan terkumpul dalam badan batu karang.

Sehingga mencapai tahap tertentu, ia boleh mengakibatkan kelunturan warna, merosakkan DNA, menyebabkan tumbesaran terbantut dalam tahap juvenil dan juga boleh mengakibatkan kematian batu karang jika kuantiti yang diserap terlalu tinggi.
Kandungan dalam krim pelindung matahari yang berbahaya kepada batu karang antaranya seperti Oxybenzone, Benzophenone-1, Benzophenone-8, OD-PABA, 4-Methylbenzylidene camphor, 3-Benzylidene camphor, nano-Titanium dioxide, nano-Zinc oxide, Octinoxate dan Octocrylene.
Namun begitu, jelas beliau lagi, kesalahan ini tidak boleh ditunding kepada pelancong semata-mata kerana mereka tidak tahu mengenai impak aktiviti rekreasi itu, kerana tidak diberi kesedaran dan pendidikan yang mencukupi.
Beliau juga menegaskan penggunaan sunscreen dan losyen badan yang organik dapat membantu mengurangkan ancaman kemusnahan terhadap batu karang.

Antara faktor-faktor ancaman kemusnahan batu karang adalah arus ombak kuat serta tsunami dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global seperti El Nino, seterusnya berlaku fenomena kelunturan warna yang menyebabkan batu karang itu mati.
Kami pasti individu yang gemar melakukan aktiviti scuba ini adalah seorang pencinta alam sekitar. Jadi selepas ini, diharap korang akan lebih peka dan menggunakan produk organik sahaja bagi penggunaan sunscreen dan losyen badan untuk tidak memberi kesan kepada tumbuhan dalam air.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu Berubah Menjadi Negara Republik. Barbados Bakal Singkirkan Queen Elizabeth II Sebagai Ketua Negara.

Pernah dengar tentang negara bernama Barbados? Kalau nak tahu, Barbados merupakan negara kepulauan yang terletak di persempadanan. Laut Caribbean dan Lautan Atlantik.
Popular dengan industri pelancongan, negara ini memiliki pengaruh kuat Britain kerana pernah jajah oleh negara tersebut.
Walaupun telah merdeka pada tahun 1966, Ratu England iaitu Queen Elizabeth II masih memegang tampuk Ketua Negara atau dikenali sebagai Head of State. Walaupun berstatus sebagai ketua negara, Queen Elizabeth II bukanlah sentiasa ke negara kepualuan itu sebaliknya baginda diwakili oleh Gebenor Jeneral. Kerajaan negara ini pula diterajui oleh Perdana Menteri.

Terbaru dalam laporan BBC News dan CNN, kerajaan Barbados akan menggugurkan Queen Elizabeth II sebagai ketua negara sekaligus menjadikan kerajaan negara tersebut sebagai kerajaan republik sepenuhnya tahun hadapan.
Dalam ucapan yang ditulis oleh Perdana Menteri Mia Mottley, dia menyatakan bahawa rakyat Barbados mahukan seorang ketua negara yang berasal dari negara tersebut. “Ini adalah pernyataan keyakinan mutlak mengenai siapa kita dan apa yang kita mampu capai,” ujar Mottley dalam ucapan itu.
Peralihan ini disifatkan sebagai satu anjakan yang untuk membawa negara itu ke satu tahap yang lebih tinggi bersempena dengan kemerdekaan yang ke-55 negara itu pada bulan November 2021.
Kalau korang nak tahu, Barbados merupakan negara kelahiran selebriti popular Rihanna!
****P/S- Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan. Hormatilah dan hayatilah kebebasan yang dimiliki dengan rasa bertuah kerana kita memiliki Ketua Negara, iaitu Yang Dipertuan Agong dalam memastikan kestabilan negara serta mengasihi rakyat. Selamat Hari Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

