Bintang pop terkenal, Taylor Swift baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan bakal melancarkan album ke-12 berjudul ‘The Life of a Showgirl’ pada 3 Oktober ini.
Pengumuman yang dibuat secara langsung menerusi episod terbaru podcast ‘New Heights’ yang dikendalikan oleh teman lelakinya, Travis Kelce, bersama abangnya, Jason Kelce, dan disahkan di media sosial rasmi Taylor atau pemilik nama sebenar Taylor Alison Swift itu sendiri.
Dalam pada itu, album ini juga menandakan fasa baru buat Taylor selepas kejayaan besar ‘The Tortured Poets Department’ yang dilancarkan pada April 2024. Kali ini, beliau tampil dengan 12 lagu yang dikatakan membawa sentuhan glamor dan introspektif, sesuai dengan tajuk albumnya yang dramatik.
Antara lagu yang bakal dimuatkan termasuk kolaborasi bersama Sabrina Carpenter untuk lagu utama The Life of a Showgirl, serta beberapa tajuk menarik seperti Elizabeth Taylor, Ruin the Friendship, Honey, Actually Romantic, CANCELLED!, Eldest Daughter, Father Figure, Opalite, dan The Fate of Ophelia.
Ads
Apa yang lebih menarik, Taylor sekali lagi bekerjasama dengan penerbit terkenal Max Martin dan Shellback, selain turut bertindak sebagai penerbit bersama. Selain itu, keseluruhan proses rakaman dilakukan di Sweden ketika beliau dalam siri jelajah dunia Eras Tour yang mengutip lebih USD 2 bilion sepanjang hampir dua tahun penganjuran.
Sementara itu, kulit album yang telah didedahkan memperlihatkan Taylor dalam suasana dramatik, separuh tenggelam dalam air dengan gaun bertatah batu permata. Visual ini seolah-olah menggambarkan mood album yang menggabungkan elemen kemewahan dan introspeksi.
Ads
Bagi peminat koleksi fizikal, The Life of a Showgirl bakal ditawarkan dalam pelbagai format termasuk CD edisi khas, kaset, dan piring hitam berwarna jingga berkilau yang membawa tema “Sweat and Vanilla Perfume” dan ia dijangka menjadi rebutan peminat tegar pelantun lagu ‘Cruel Summer’ itu di seluruh dunia.
Ads
Pada masa yang sama, Taylor turut melancarkan senarai main khas di Spotify bertajuk ‘And, baby, that’s show business for you’, yang dipercayai menyimpan pelbagai petunjuk dan ‘Easter eggs’ berkaitan album ini. Seperti biasa, beliau terkenal dengan cara kreatifnya berinteraksi dengan peminat menerusi simbol dan mesej tersembunyi.
Menerusi pelancaran album ini juga, peminat menjangkakan Taylor Swift sekali lagi bakal mendominasi carta muzik global. Lebih menarik, ia dilihat sebagai peralihan daripada nada gelap album sebelumnya kepada vibe yang lebih ceria dan optimistik, selari dengan kehidupan peribadinya yang kini tampak lebih stabil dan terbuka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat menitipkan kata-kata semangat buat anak saudaranya, Ahmad Daiyan atau mesra dipanggil Amad, selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program realiti Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu.
Menurut Siti, nyanyian Amad sudah cukup baik namun beliau mengingatkan bahawa aspek persembahan pentas juga menjadi elemen penting dalam menambat hati penonton serta juri.
“Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah antara tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.
Kena usaha lebih lagi untuk final (minggu akhir). Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” katanya menerusi hantaran di Instastory.
Dalam masa sama, biduanita negara itu turut mengucapkan tahniah buat Amad selain menasihati agar anak saudaranya itu terus belajar daripada kesilapan dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh.
“Alhamdulillah tahniah Amad, belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu selesa,” pesannya.
Untuk info, persembahan Amad menerusi lagu Apokalips telah berjaya meraih tempat kedua minggu lalu sekaligus melayakkan dirinya ke pusingan akhir TTMM.
Di final nanti, Amad bakal berentap bersama lima lagi peserta hebat iaitu Thalita, Auddra, Marsya, Ammar dan seorang lagi finalis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu kalau nak bagi hadiah dekat orang, mesti kita beli pembalut hadiah atau nak senang, cari je paper bag yang dah siap jual.
Tapi kalau nak lebih murah dan menjimatkan, apa yang korang boleh buat adalah ambil saja surat khabar lama, then buat paper bag sendiri.
Nak buat pun bukan susah sangat. Jom kita tengok tutorial ni sat. Confirm korang boleh ikut.
Bahan-bahan:
– Surat khabar
– Tape
– Gunting
Cara membuat:
1. Lipat surat khabar kepada dua bahagian, tapi tinggalkan sedikit seperti dalam gambar
2. Lipat pula bahagian kecil surat khabar tersebut
3. Kemudian, tampal bahagian tersebut dengan tape
4. Kenal pasti point A dan point B seperti yang telah dilukis pada gambar
5. Lipat seperti berikut untuk dapatkan point C dan point D
6. Selepas itu, lipatkan point A kepada point C dan point B kepada point D. Lipat dengan kemas
7. Kertas tersebut akan jadi seperti ini
8. Pada penghujung kertas, lipatkan sedikit dan tampal dengan tape
9. Pasti kan ia jadi seperti ini
10. Kemudian, bahagian tepi dibuka
11. Jadikan kertas tersebut seperti ini untuk dijadikan beg
12. Siap!
Mudah je kan? Walaupun hanya menggunakan surat khabar lama, tapi nampak style juga paper bag ni. Kalau korang nak buat sebagai goodie bag untuk majlis kahwin pun macam onz je!
Paling penting murah dan jimat kan?
Kredit: Eyqa Ley
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sukses dengan drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop ASTRO comeback dengan drama berlatarbelakangkan zaman dahulu terbaru MBC yang berrjudul “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.
Cha Eun Woo akan berlakon di samping Shin Se Kyung yang terkenal dengan beberapa drama hit antaranya Black Knight: The Man Who Guards Me, dan The Bride Of Habaek. Shin Se Kyung yang memegang watak Goo Hae Ryung. Watak seorang ahli sejarah pada abad ke-19 yang dilatih untuk menjadi ahli sejarah istana. Sifatnya yang optimistik untuk menunjukkan bahawa kehidupan dalam istana sama saja dengan orang awam. Tiada pangkat dan darjat.
Tentu sekali, Goo Hae Ryung akan berhadapan dengan konflik dimana dia bakal jatuh cinta dengan watak putera yang dilakonkan oleh Cha Eun Woo. Watak Putera Yi Rim, yang mempunyai dua kehidupan dimana dia seorang putera yang sepi tanpa cinta dalam masa yang sama seorang novelis cinta terkenal di bandar Hanyang (China).
Shin Se Kyung memberi tahu Soompi bahawa dia teruja dan meletakkan kesungguhan maksima dalam memainkan watak ahli sejarah wanita. Dia juga turut menyatakan agar peminat setia kdrama terus menunggu kemunculan dia dan Cha Eun Woo dalam drama terbaru mereka.
LKM digital JPJ akan menggantikan sepenuhnya pelekat bercetak bermula 1 Februari 2026, selaras dengan usaha pendigitalan JPJ dan pengurangan dokumen fizikal.