Penyanyi lagu Casablanca, Naufal Azrin akhirnya tersingkir pada konsert minggu ketiga Big Stage musim kali ini yang bersiaran secara langsung di dewan MBSA Shah Alam semalam.
Meskipun telah diselamatkan dengan Imuniti-X minggu lepas, nampaknya rezeki beliau terhenti sampai di situ sahaja apabila menduduki tempat terakhir keseluruhan buat kali kedua.
Naufal yang menyanyikan lagu Only dari Lee Hi hanya mampu meraih markah sebanyak 62.33% dari barisan juri. Penyingkiran beliau juga diumumkan setelah gagal mendapatkan sokongan undi dari penonton di rumah yang akhirnya menjadi titik akhir bagi perjalanan beliau dalam arena pentas Big Stage kali ini.
Berikut merupakan carta kedudukan markah juri kepada peserta bagi konsert minggu ketiga Big Stage:
Waode (Sang Dewi) – 90.67%
Putera Muhammad (True Love) – 86.67%
Nadeera Zaini (Rahmatun Lil’Alameen) – 79.33%
HoonDoo (Can’t Help Falling In Love) – 76.00%
Farhan Shah (Dari Mata) – 71.00%
Puteri Khareeza (Satu) – 66.33%
Aufahanie (Anugerah Terindah) – 65.00%
Dem Lepak Boyz (Inikah Cinta) – 64.67%
Firdaus Rahmat (Diari Seorang Lelaki) – 64.00%
Naufal Azrin (Only) – 62.33%
Coex (Touch) – 58.33%
Meer Nash (Hari Ini) – 57.33%
Ads
Turut hadir menggamatkan konsert minggu ketiga kali ini ialah Ernie Zakri yang tampil sebagai juri jemputan. Manakala bagi posisi Presiden Netizen di galas oleh pelakon terhangat tahun ini, Mierul Aiman yang akan membacakan komen-komen ‘pedas’ dari penonton di rumah.
Dengan tema ‘Asmaraloka’, rata-rata peserta tampil menyanyikan lagu cinta dengan konsep mereka yang tersendiri. Namun, antara yang mencuri perhatian ialah persembahan memukau dari Nadeera Zaini yang bermotifkan kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah S.A.W.
Puteri Khareeza juga ternyata tidak salah memilih lagu apabila persembahannya dipuji oleh juri tetap, Ajai. Lagu nyanyian asal band Dewa tersebut berjaya disampaikan penuh emosi oleh penyanyi berusia 25 tahun itu dengan harapan agar penonton di rumah kembali kepada fitrah asal maksud cinta itu sendiri iaitu ikatan cinta kepada Sang Pencipta.
Ads
Di samping itu, persembahan nyanyian yang penuh lakonan dan penghayatan dari Putera Muhammad berjaya meraih tempat istimewa di hati juri apabila beliau diumumkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik.
Tidak dilupakan duo sensasi dari Korea Selatan, HoonDoo yang menyanyikan lagu Can’t Help Falling In Love berjaya membawa pulang anugerah Persembahan Paling Pa-Wa (hasil undian penonton). Memang stail habis persembahan mereka minggu ini!
Ads
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu paling ramai pengikut di media sosial. Kehebatannya dalam dunia sukan bola sepak sudah tidak lagi boleh disangkal, malah ketika berusia 37 tahun beliau masih mampu berada di kesebelasan utama pasukan.
Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi di Manchester United, kelab terkininya selepas berpindah dari Juventus dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM121 juta).
Bergelar seorang ayah kepada empat orang anak, bintang bola sepak ini juga mempunyai kekasih yang cantik jelita bernama Georgina Rodriguez. Tidak dinafikan kekasihnya itu juga terkena ‘tempias’ populariti apabila dia kini mempunyai siri realiti sendiri di platform penstriman digital Netflix.
I Am Georgina mempunyai enam episod dan apa yang menariknya, siri realiti televisyen ini membongkar rahsia perkenalan mereka yang bermula dari tempat kerja Georgina.
Rupa-rupanya wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini adalah seorang pekerja Gucci dan Ronaldo terpikat dengannya ketika berbelanja di butik mewah itu. Siapa sangka daripada gadis biasa yang tidak punya apa-apa, kini kehidupan Georgina berubah sepenuhnya.
“Dulu saya menjual barangan mewah, kini saya menggayakannya di karpet mewah”
Ada banyak lagi perkara menarik yang dibongkarkan dan korang juga pastinya teruja melihat kehidupan mewah pasangan popular ini. Bagi peminat setia Cristiano Ronaldo, korang boleh tonton siri realiti I Am Georgina yang kini sedang ditayangkan di Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan terlalu taksub nak nampak ramping dengan ilusi tinggi lampai, ramai anak gadis yang memilih untuk menggayakan skinny jeans.
Malah, trend ini juga seakan berjangkit kepada kaum lelaki kerana ada juga segelintir daripada mereka yang turut menggayakan fesyen seluar ketat ini.
Namun begitu, sedar tak sedar gaya pemakaian seluar skinny ini sebenarnya boleh mengundang kesan negatif pada tubuh badan jika dipakai secara berterusan.
Berikut merupakan kesan-kesan bahaya yang patut korang patut ambil kira sebelum terus menggayakan skinny jeans.
1. Wanita yang kerap memakai skinny jeans cenderung untuk mengalami risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang. Hal ini dijelaskan oleh Ketua Unit Fisioterapi, Zunaidah Abu Samah dalam memberi pencerahan terhadap isu ini.
2. Menurut pakar ginekologi Tami Rowen pula, memakai seluar ketat dapat menyebabkan kemaluan terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran kasar di antara seluar dan kulit.
3. Akibat tekanan tinggi yang berlaku pada saraf pelvis, ia dapat membuatkan seseorang individu itu kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, menjadi sensitif apabila disentuh dan berasa tidak selesa pada bahagian celah paha.
4. Pemakaian yang ketat mampu mendatangkan rangkaian masalah tulang dan otot yang serius.
5. Dalam kesan jangka panjangnya pula, hal ini dapat menyebabkan paha dan kaki kebas dan penyakit ini dikenali sebagai meralgia paresthetica.
Ha, bila dah tahu kesan negatif pakai skinny jeans ni, korang masih ada lagi yang berani nak pakai tak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem aksi lakonan teraju utama Hairul Azreen, The Assistant akhirnya bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Selepas penangguhan tayangan filem ini, The Assistant kini boleh ditonton mulai 19 Mei 2022.
Sumber: Sony Pictures
Filem arahan Adrian Teh ini telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali.
The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen).
Istimewanya kali ini, Remaja ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana The Assistant pada minggu hadapan. Korang juga berpeluang bertemu dengan barisan pelakon filem ini seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Henley Hii dan Farali Khan pada malam tayangan perdana itu. Selain itu juga, kami turut menawarkan merchandise istimewa bagi filem The Assistant.
Tarikh: 18 Mei 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Sumber: Sony PicturesSumber: Sony Pictures
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang bagi memudahkan urusan penebusan tiket. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi dua tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!