Aktor versatil, Aedy Ashraf mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan dirinya sebagai penerbit menerusi filem sulung, Tarung: The Unforgiven, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya.
Pelakon berusia 33 tahun itu mengakui keputusan tersebut bukan mudah kerana menuntut komitmen tinggi serta ketahanan mental untuk berdepan pelbagai persepsi, termasuk kritikan sinis terhadap hasil kerjanya.
‘Pandangan Rendah Sudah Jadi Kawan’
Menurut Aedy, dia tidak mudah terkesan dengan pandangan negatif, sebaliknya menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses mematangkan diri dalam industri.
“Pandang rendah itu perkara biasa bagi saya. Saya tidak pernah anggap ia sebagai sesuatu yang boleh menghentikan langkah.
“Orang yang memandang rendah ini seolah-olah ‘kawan baik’ saya. Jadi, saya tidak tergugat kerana apa yang saya lakukan adalah demi impian sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi, segala usaha yang dilakukan hari ini adalah demi memenuhi impian dirinya pada masa lalu.
Ads
“Saya cuma mahu ‘budak itu’ (dirinya ketika kecil) berasa bangga dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Itu matlamat saya,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan tayangan treler rasmi filem berkenaan di Banglo 289.
Cabaran Besar Hingga Hampir Mengalah
Dalam pada itu, Aedy tidak menafikan perjalanan menghasilkan filem tersebut penuh dengan cabaran besar sehingga pernah terdetik untuk berputus asa.
“Sebenarnya, setiap hari saya rasa nak menangis. Setiap hari juga saya rasa nak mengalah.
“Bila bangun tidur, saya persoalkan kenapa saya buat semua ini. Tetapi saya ingat kembali tujuan asal dan itu yang buat saya terus kuat,” katanya.
Ads
Tiada Pendidikan Formal, Tapi Yakin Dengan Usaha
Walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan formal dalam bidang perfileman, Aedy tetap optimis bahawa minat dan usaha mampu membawa kejayaan.
“Saya tak habis sekolah dan tak pernah belajar filem, tetapi saya boleh buat.
“Saya nak buktikan kepada pembikin filem muda di luar sana, kalau saya boleh, kenapa mereka tidak boleh?” katanya.
Filem aksi Tarung: The Unforgiven yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi poster awal kini melangkah ke fasa seterusnya dengan pelancaran treler rasmi berdurasi satu minit 45 saat.
Treler tersebut memaparkan konflik perebutan takhta organisasi elit dikenali sebagai MARGA, selain menampilkan babak aksi pertarungan antara watak Hatta lakonan Mierul Aiman dan Isa yang dibawakan Aedy sendiri.
Barisan Pelakon Hebat & Tarikh Tayangan
Filem arahan Razaisyam Rashid ini turut dibintangi nama-nama popular seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Amir Ahnaf.
Naskhah terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures serta Astro Shaw itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persaingan sengit dalam pertandingan pageant kini bukan saja terarah kepada peserta lelaki.
Malah kini, pertandingan yang melibatkan peserta lelaki juga semakin menjadi perhatian sedunia.
Harapan besar Malaysia kini berada di bahu Danial Hansen yang sedang bersiap sedia mewakili negara ke Mr Tourism World 2020. Dijadualkan akan berlangsung pada Januari 2020 di Malta, Danial yang kini berusia 24 tahun berkata pertandingan ini bukan saja mementingkan paras rupa.
Malah kini, kriteria ilmu pengetahuan dan personaliti menarik juga penting bagi menyakinkan juri.
Foto: IZWAN ZAINAL
“Di atas pentas kelak, saya tiada masa untuk teragak-agak kerana di situlah faktor kebijaksanaan dan personaliti saya bakal teruji.
“Sebagai contoh, kini saya sedang mendalami subjek pelancongan yang berkait rapat dengan Mr Tourism
“Saya juga sedang giatkan lagi latihan di gym bagi mendapatkan berat badan ideal secara natural. Sepanjang 4 tahun ini, latihan saya dipantau rapat oleh ayah saya yang juga merupakan jurulatih. Hasil displin ini memang menunjukkan impak.
“Jadi kini saya sedang teruskan latihan selama 6 kali seminggu, 2 jam bagi setiap sesi,” kata Danial yang menolak penggunaan steroid kerana takutkan kesan jangka panjang.
Danial Hansen untuk Majalah Remaja isu Okt-Dis 2019.
Kini seperti peserta lain di Mister Tourism memerlukan sokongan korang untuk mengundinya bagi pertandingan ini.
Kategori ‘The World Choice Award’ ini memberi peluang untuk Danial mendapatkan tiket fast track ke pusingan seterusnya semasa finale Mister Tourism pada 11 Januari kelak.
Cara adalah dengan melawat Facebook & Instagram Mister Tourism World Official dan berikan like sebanyak yang mungkin di foto Danial (seperti di atas). Senang kan?
All the best kepada Danial!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang membesar di Kuala Lumpur, Petrosains antara lokasi pilihan ibu bapa yang dijadikan sebagai tempat menimba ilmu pada musim cuti sekolah.
Kini, sudah 20 tahun Petrosains beroperasi dan telah banyak sumbangan mereka dalam bentuk pendidikan terhadap masyarakat, dan antaranya adalah dengan menganjurkan pameran keselamatan jalan raya yang dikenali sebagai PETRONAS StreetSmart.
Pameran ini diperkenalkan untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya terutamanya kepada golongan muda.
Ha, jangan ingat kesedaran keselamatan jalan raya macam ni hanya untuk kanak-kanak saja, tapi ia juga sebenarnya sangat berguna kepada gologan dewasa.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh Petrosains untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, jadi dalam hal ini mereka memaparkan sains di sebalik keselamatan jalan raya yang melibatkan banyak konsep dan prinsip Fizik, yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa di jalan raya.
Pengunjung dapat merasai pengalaman di PETRONAS StreetSmart
Pameran ini bukan hanya paparan statik, tetapi ia menggabungkan teknologi tinggi. Mereka juga mempunyai pasukan fasilitator yang menjalankan aktiviti dan program untuk korang merasai pengalaman sendiri di sana.
Pameran PETRONAS StreetSmart ini kini berada di Tingkat Bawah (G), Central i-City Shah alam dari 1 Ogos sehingga 31 Disember. Paling best, masuk adalah percuma.
Jom datang beramai-ramai, sambil berhibur kita boleh belajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya untuk menangkap SEORANG penceroboh, syarikat recording terkenal Korea Selatan iaitu SM Entertainment memerlukan TIGA PULUH orang anggota polis untuk berada di tempat kejadian.
Kejadian pencerobohan masuk ke dalam bangunan SM yang terletak di Gangnam, Seoul ini berlaku kira-kira tengah malam tadi.
Ketika kebanyakan staf tiada di pejabat kerana cuti hujung minggu, penceroboh lelaki yang namanya dirahsiakan itu mengetuk cermin bangunan di aras basement sehingga pecah dan menceroboh masuk.
Dia kemudiannya menggunakan tangga kecemasan dan mencuba setiap pintu masuk ke dalam pejabat.
Kebetulan, pintu di aras 7 bangunan tidak berkunci dan penceroboh bertindak masuk sebelum ahli keselamatan menyedari kehadirannya.
30 orang anggota polis terlibat dalam operasi selama sejam untuk menenangkan lelaki tersebut sebelum dia diberkas. Mengikut undang-undang, dia boleh dikenakan cas tindakan menceroboh.
Walaupun identiti lelaki tersebut dirahsiakan, laporan daripada media Soompi berkata dia seakan tidak siuman. Ini kerana dia mendakwa mendengar ‘suara penyanyi Korea’ memanggilnya ke dalam bangunan.
Err, agak-agak Red Velvet ke yang panggil dia? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!