Oktober adalah bulan kesedaran kanser. Berdasarkan laporan dari Institut Kanser Negara (IKN), kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018.
Dalam pada itu, 10 jenis kanser yang paling kerap dicatatkan di negara ini ialah kanser payudara yang mencatat kanser kematian tertinggi.
Diikuti kanser Kolorektal, Paru-paru, Limfoma dan Nasopharyxn. Di kedudukan keenam adalah leukimia, kelanjer prostat, hati, servik dan akhir sekali ovari.
Walau berapa di kedudukan ke 10 kanser yang menyerang rakyat negara ini, pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.
Sempena bulan kesedaran kanser ini, ada tujuh tanda-tanda pengesanan awal yang boleh dilakukan oleh golongan wanita untuk mencegah dari terkena kanser ovari.
Berikut adalah tanda kanser rahim / ovari yang perlu diketahui oleh setiap wanita.
1.Pendarahan selepas menopaus
Antaranya simptom yang paling jelas, terutamanya selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.
Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4.
2. Haid tidak teratur dan banyak
Ads
Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.
Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim ataupun sudah menopaus.
3. Perut Tidak Selesa
Selain 2 tanda kanser rahim paling jelas di atas, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
4. Mudah Letih
Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini.
Ads
Seperti yang dijelaskan oleh sumber laman web kesihatan, hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.
5. Kerap membuang air kecil
Minum air macam biasa. Nak dikata mengandung, tidak. Kenapa sejak-sejak ini terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu.
Walaubagaimanapun, tanda kanser rahim ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.
6. Sakit seakan senggugut
Ads
Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit.
Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.
7. Perubahan berat badan secara drastik
Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik.
Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.
Jangan ambil mudah
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat anda ada yang menghidap kanser payudara atau ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Sumber : Klinik Avisenna
Sempena kesedaran Oktober bulan kanser ini, saksikan Power Talk FIGHT AGAINTS CANCER pada 18 November 2020 secara langsung di fb Mingguan Wanita #NIfightagainstcancer
Kalau sudah minat namanya, apa-apa pun kita sanggup lakukan.
Projek khas jenama fesyen terkenal Perancis, Louis Vuitton sempena ulang tahun kelahiran pengasasnya yang ke-200 pada bulan Ogos ini telah dinamakan sebagai Louis 200.
Menerusinya, 200 orang individu penting daripada pelbagai bidang dan yang datang seluruh pelusuk dunia dijemput untuk sama-sama memeriahkan ulang tahun ini dengan mencipta 200 rekaan ‘suitcase’ atau beg pakaian khas mengikut kreativiti masing-masing.
Kesemua rekaan tersebut kemudiannya dipamerkan di stor Louis Vuitton terpilih di seluruh dunia. Ada beg pakaian yang mendapat sentuhan pereka fesyen Marc Jabobs, arkitek Frank Gehry, astronaut Alyssa Carson, syarikat LEGO dan bermacam-macam individu lain.
Menariknya, salah seorang (or should we say, salah sebuah) individu yang terlibat ialah kumpulan sensasi dari Korea Selatan, BTS. Sebagai duta antarabangsa Louis Vuitton, BTS diberikan penghormatan tersebut untuk mencipta sebuah suitcase yang menggabungkan idea serta kreativiti mereka bertujuh.
Sejak berita ini diumumkan pada minggu lalu, peminat BTS seperti kebiasaan mempamerkan keterujaan mereka di atas penghormatan yang diberikan ini dan masing-masing cuba untuk menilai maksud sebenar rekaan suitcase BTS ini.
*
Pada bahagian atasnya tertera corak berjalur ungu, kuning, jingga, merah jambu dan putih dengan logo ‘LV’ di bahagian tengah berserta tanda tangan Jungkookdi bawah.
Di keempat-empat bahagian sisinya dipenuhi lakaran ahli BTS lain. Untuk mengetahui milik siapakah setiap lakaran tersebut, mereka sanggup ‘zoom in’ ke bahagian tanda tangan masing-masing!
Bahagian ikan paus adalah milik Vdan Jimin.
Jika korang perasan, ekor dan kepala ikan paus yang berada di atas permukaan air itu membentuk huruh L dan V.
Bentuk hati milik J-Hope manakala tote bag berwarna hijau dilukis oleh Jin.
Tanda tangan J-Hope dan Jimin.
Turut tertera pada sisi yang satu ini adalah lobak merah dengan corak monogram Louis Vuiton. Ia merupakan simbol kepada rekaan beg pouch yang diperagakan oleh Jin semasa acara pertunjukan fesyen Louis Vuitton Seoul 2021.
Fun Fact : Pouch sebenar itu telahpun mula dijual sejak hujung minggu lalu atas permintaan ramai.
Suitcase ini bertambah unik dengan penggunaan perkataan ‘Louis Vuitton’ dalam tulisan Hangul pada bahagian tengah. Ia kemudiannnya diulang banyak kali bagi mencipta rekaan baharu di salah satu sisi suitcase.
Ia adalah hasil ciptaan Suga.
RMpula menyiapkan logo LV berwarna coklat.
Jangan dilupa, ada satu lagi bahagian yang tidak kelihatan iaitu bahagian bawah suitcase ini. Mungkin ada lagi lakaran ‘tersembunyi’ pada bahagian tersebut.
Imej keseluruhan suitcase rekaan BTS.
Untuk pengetahuan, kesemua 200 rekaan beg pakaian ini telah dicetak dan dipamerkan di jendela stor Louis Vuitton di seluruh dunia termasuklah di Korea Selatan (dan mungkin sekali di stor Louis Vuitton Malaysia bertempat di Suria KLCC).
Setiap dua hari sekali, ia akan digantikan dengan rekaan berlainan. Bagi cetakan yang telah diturunkan dari jendela stor itu, ia akan digunakan semula sebagai kertas pembalut.
*Siapa yang dapat kertas pembalut BTS ini memang akan kaya! Just saying ~*
Menerusi pameran ulang tahun ini, Louis Vuitton mendermakan sejumlah 2 juta pound kepada 200 buah badan organisasi seluruh dunia. Wow, itu bermaksud 10,000 pound bagi setiap badan. Sumbangan ini adalah untuk membantu generasi muda dan golongan tidak berkemampuan untuk menceburi bidang seni artistik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang pernah tak mencuba pelbagai cara untuk memutihkan gigi sehingga ke tahap menukar bermacam-macam jenama ubat gigi?
REMAJA ingin kongsikan cara mudah dan murah untuk korang dapatkan gigi yang bersih, putih dan bersinar.
Tadaa! Tanpa perlu menghabiskan duit untuk rawatan, caranya ialah dengan menggunakan kulit pisang. Ya, kulit pisang telah dibuktikan mampu memutihkan gigi tanpa memerlukan bahan kimia.
Ini kerana kulit pisang mengandungi kalium, magnesium dan manganese yang membantu mengurangkan kotoran pada enamel.
Caranya sangat mudah.
Pilih buah pisang yang matang tetapi elakkan pisang yang sudah hitam kulitnya. Setelah menghabiskan buah pisangnya, gosok kulit pisang ke seluruh gigi dan biarkan selama 10 minit tanpa mencuci.
Sementara itu, buka mulut dan jauhkan gigi dari bibir. Mungkin ini akan membuatkan korang tidak selesa. But this is how it works best.
Selepas 10 minit, beruslah gigi dengan berus gigi yang kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 hingga 3 minit. Kemudian, basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang pada gigi. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kenapa Badan Sentiasa Berbau Sedangkan Mandi 3 Kali Sehari!” Mungkin ini persoalan biasa yang ada diantara kamu sering persoalkan. Seolah rasa dunia ini cukup tidak adil. Percayalah, sesiapa pun tak ingin mempunyai masalah bau badan.
Tapi sayangnya masalah ini boleh menimpa sesiapa sahaja, terutamanya dengan keadaan cuaca tropika seperti negara kita. Perkara pertama yang kamu perlu ketahui ialah setiap orang mempunyai bau badan yang khas masing-masing. Tapi kenapa badan boleh berbau?
Yang nyata jika tidak mandi, bersihkan badan dan menggunakan produk seperti sabun, deodora atau pewangi masalah itu pasti akan muncul. Tapi ada juga orang yang lakukan semua itu tetap berdepan masalah ini. Bagaimana ia boleh berlaku?
Jom ikuti 7 fakta tentang bau badan yang harus kamu tahu.
1. Badan ada dua kelenjar berbeza
Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan errrr… sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.
2. Rambut boleh mengeluarkan bau
Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.
3. Deodoran penyelamat ketiak
Remaja ingin tegaskan di sini; kepada remaja di luar sana terutama yang berada di sekolah menengah, sila gunakan deodoran. Kamu bukan lagi kanak-kanak dan seiring dengan perkembangan tubuh kamu yang mengalami perubahan akil baligh. Deodoran ialah ‘pertahanan utama’ untuk melawan bau ketiak yang busuk. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.
4. Jalani terapi medik
Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.
5. Pengaruh makanan
Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.
6. Jangan lakukan secara berlebihan
Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.
7. Akibat stres
Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!