Penyampai radio Hot FM, Keymi atau nama sebenarnya Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila tampil sarat hamil di acara Anugerah Melodi Terhangat 2025.
Namun, penampilannya itu turut mengundang komen kurang menyenangkan daripada seorang individu yang dilihat tidak selesa melihat dirinya dalam keadaan sebegitu.
Tidak berdiam diri, Keymi tampil memberikan respon menerusi satu hantaran di Threads dan mendedahkan keadaan sebenar dirinya ketika menghadiri majlis tersebut.
“Saya tak pasti sama ada anda pernah hamil atau tidak, tapi saya sungguh-sungguh berdoa anda tidak perlu lalui apa yang saya rasa sekarang.
“Saya sedang hamil dan menghidap skoliosis. Saya duduk dalam dewan selama lebih dua jam tanpa bangun,” tulisnya.
Tambah Keymi lagi, dia sebenarnya menahan sakit belakang dan kaki bengkak sepanjang majlis, malah terpaksa menggenggam erat tangan suaminya semata-mata untuk kekal kuat di tempat duduk.
Ads
“Bila nama saya diumumkan, saya cuba bangun dengan cepat dengan bantuan suami supaya tak ganggu kelancaran program.
“Sakit dari tulang belakang hingga ke kaki buat saya rasa nak menjerit, seperti yang biasa saya buat di rumah, tapi saya diam dan tahan,” katanya lagi.
Ads
Dalam perkongsian sama, Keymi turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang hadir selepas pernah melalui detik kehilangan cahaya mata pertama mereka.
“Di atas pentas, suara saya bergetar. Fikiran saya teringat kembali segala kepayahan iaitu kehilangan anak pertama, kemudian usaha untuk hamil semula.
“Saya jadi sebak. Saya tak pernah sangka detik ini akan jadi hadiah sebesar ini dari Tuhan,” tulisnya lagi.
Ads
Selain itu, Keymi turut menitipkan doa buat individu yang memberi komen tersebut, dengan harapan agar orang itu juga dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan urusan.
Pada malam anugerah tersebut, Keymi telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pilihan Superstar Proton X50, sekaligus membawa pulang sebuah Proton X50 dan trofi kemenangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat siri drama Korea The Penthouse pastinya sudah tidak sabar menunggu musim kedua yang dijadualkan tayangannya pada 19 Februari ini. Tak sabar nak tunggu kesinabungan yang dijangka lebih hangat dan mendebarkan penonton.
Menurut SpoTV News, episod pertama The Penthouse 2 akan diklasifikasikan untuk tontonan 19 tahun ke atas. Sumber terdekat juga mengesahkan bahawa episod pertama telah diputuskan sebagai 19+ setelah membuat penilaian dalaman.
Mungkin juga disebabkan kandungan plot cerita untuk episod ini mempertaruhkan perang psikologi yang dashyat di antara kesemua watak membuatkan ia hanya sesuai untuk tontonan 19 tahun ke atas sahaja.
Keputusan untuk penarafan episod kedua masih lagi belum dibuat.
Musim pertama berakhir dengan catatan penting dengan kematian Shim Soo Ryun (Lee Ji Ah) akibat perbuatan zalim Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) dan Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon).
Tak pernah gagal untuk mencuri perhatian remaja di Lembah Klang terutamanya, Urbanscapes kembali lagi pada bulan November ini di sekitar hot spots menarik di Kuala Lumpur.
Urbanscapes merupakan festival seni kreatif paling lama pernah dianjurkan di Malaysia.
Dibawakan khas pada tahun ini oleh U Mobile dari 16 hingga 24 November akan datang, Urbanscapes akhirnya mengumumkan tarikan dan jadual penuh persembahan serta aktiviti yang akan mereka sediakan.
Buat julung kalinya, ia melibatkan projek kolaborasi di antara warga kreatif dari Malaysia dan Singapura berjudul URBN.SENI: The Inaugural Triennial Malaysia-Singapore Cultural Showcase yang melibatkan pameran seni, persembahan teater, muzik, filem dan kulinari di The Godown KL.
Manakala program berjudul HuRu-HaRa pula mengambil tempat di Medan Pasar.
Itulah antara kelebihan yang ada pada Urbanscapes; ia mengajak korang untuk mengintai tempat baru yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Nampak je ibu negara kita ini kecil tetapi ada banyak lagi lorong-lorong dan tempat tersorok yang korang tak pernah lihat.
*
Antara yang menarik perhatian penulis adalah lineup persembahan muzik yang menghimpunkan nama-nama yang jarang ada di Malaysia.
Jom lihat siapa yang terlibat dengan acara Unlimited Grooves Festival Closing Party nanti..
01
SALES
(Amerika Syarikat)
02
Loca B
03
Hullera
04
Glass Animals
05
Iqbal M
06
No Party For Cao Dong
07
Gard Wuzgut
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita yang menggemparkan peminat Kpop apabila dua orang ahli iKON iaitu Jinhwan dan Junhoe dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi tadi.
Menurut laporan eksklusif daripada Kyungnam Domin, pada jam 3.40 pagi waktu Korea, sebuah van yang dinaiki Junhoe dan Jinwhan tergelincir di jalan yang lincin menyebabkan kenderaan tersebut merempuh tembok. Kedua-dua anggota iKON dan pemandu van dilaporkan cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pemandu van tersebut kini dalam siasatan kerana dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol. Polis percaya bahawa kemalangan itu disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan dan sedang menyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, agensi mereka iaitu YG Entertainment masih belum lagi memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.
Di laman sosial, rata-rata peminat kumpulan iKON bimbang tentang kondisi Jinwhan dan Junhoe dan mereka berasa lega apabila mengetahui idola mereka hanya cedera ringan.
Malah, ada yang terlebih concern dan menyalahkan YG Entertainment serta mahu pemandu tersebut diberhentikan kerana bimbang keadaan yang sama berlaku lagi.
Sudah tentu peminat setia kumpulan iKON risau tentang keselamatan ikon mereka. Diharap Jinwhan dan Junhoe lebih berhati-hati selepas ini.
LKM digital JPJ akan menggantikan sepenuhnya pelekat bercetak bermula 1 Februari 2026, selaras dengan usaha pendigitalan JPJ dan pengurangan dokumen fizikal.