Masih tidak terlewat untuk ucapkan tahniah buat Nynaa & suami!
Bagaikan sudah lama tidak mendengar khabar peserta Dewi Remaja 2019 seorang ini. Seorang yang pandai ‘berahsia’ juga ya, akhir bulan lalu aktres cantik manis ini memaklumkan dirinya sudah berbadan dua dan menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon Nynaa Harizal berkongsi khabar gembira apabila sudah genap tujuh hari dia dan suami tercinta yang juga usahawan, Fahmi Ilyas, menimang cahaya mata pertama mereka.
Dalam hantaran dibuat Top 3 Dewi Remaja 2019 itu, bayi yang tidak didedahkan jantinanya selamat dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Ads
“Alhamdulillah for everything. 29.1.23 , #7DaysOld,” coret bintang meningkat naik itu.
Khabar gembira berkenaan turut diumumkan suaminya menerusi platform yang sama, dengan memaklumkan mereka kini sudah bertiga.
Ads
“Now we are three…. 29.1.2023,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tentunya kehadiran orang baharu sekaligus menyuntik rasa teruja para pengikutnya termasuk rakan artis yang mendoakan ibu dan anak dalam keadaan sihat selain tidak sabar melihat wajah bayinya itu yang masih belum didedahkan umum.
Ads
Untuk rekod, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah persediaan yang memakan masa berbulan lamanya, akhirnya pereka fesyen Hatta Dolmat boleh menarik nafas lega pada hari ini.
Pada acara anjuran organisasi Miss Universe Malaysia pada hari ini, Hatta, 39 telah diumumkan sebagai pereka fesyen terpilih bagi mempersiapkan kostum kebangsaan dan busana gaun untuk Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam yang bakal bertanding tidak lama lagi.
Ini merupakan kali pertama Hatta terlibat dalam dunia ratu cantik dan platform apa lagi yang lebih eksklusif melainkan pentas Miss Universe.
Sewaktu ditemui oleh REMAJA pada acara berkenaan, Hatta menjelaskan serba sedikit mengenai inspirasi di sebalik rekaan kostum kebangsaan yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak ini.
“Pada peringkat awal, saya telah siapkan beberapa lakaran dengan mengambil idea wayang kulit, wau bulan, burung Kenyalang, rama-rama, Raja Brookes (dari Sarawak). Akhirnya apabila difikirkan semula, kita sebenarnya mempunyai satu mercu tanda semulajadi yang cantik iaitu Gunung Kinabalu di Sabah.”
“Sebagai salah satu daripada puncak tertinggi di dunia, saya rasakan pertandingan Miss Universe adalah momen terbaik untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia. Lagipun, saya baru sahaja balik dari Sabah dan terus terinspirasi dengannya.
“Tapi, saya tidaklah nak bawa batu ke apa ke atas pentas. Gunung Kinabalu itu hanyalah simbolik kepada elemen dan penceritaan yang ada pada kostum tersebut.
“Antaranya seperti mesej kemampanan (sustainability), kitar semula (recycle), guna semula (upcycle) dan matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals atau SDG). Kita nak bawa mesej-mesej ini ke peringkat universe supaya mereka tahu kita adalah komuniti yang cintakan alam semulajadi.
Dalam dunia fesyen di Malaysia, sememangnya Hatta Dolmat merupakan di antara pelopor gerakan fesyen lestari.
Pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 Ogos lalu, Hatta telah memperkenalkan penggunaan fabrik yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula demi menyahut inisiatif Program Alam Sekitar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Badan Penyelaras di Laut Asia Timur (COBSEA) dalam menyelesaikan isu pencemaran plastik.
Bagi kostum kebangsaan ini, Hatta secara kreatif telah menggunakan bahan seperti plastik terbuang, kayu terbuang dan fabrik lama dari Kloth yang pernah digunakannnya bagi koleksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
Berkenaan kerjasamanya dengan Lesley Cheam, Hatta menggambarkan gelaran yang dibawa oleh Lesley itu begitu dekat dengan idea memperkenalkan Gunung Kinabalu di mata dunia. Baginya, puncak gunung setinggi 4,095m dari paras laut itu selari dengan Lesley yang berada pada kedudukan tertinggi sebagai seorang wanita setelah dinobatkan Miss Universe Malaysia 2022.
“Kita cuba cari apa yang tertinggi di Malaysia. Bila dia (Lesley) pakai, dialah yang tertinggi di Malaysia. Kita juga cuba untuk lari daripada kostum-kostum yang pernah dicipta untuk wakil negara terdahulu. Selain makanan dan unsur kebudayaan, kita terlupa yang Malaysia juga mempunyai landmark secantik Gunung Kinabalu,” jelasnya.
“Bila bercakap tentang harapan, mestilah semua orang berharap Malaysia akan membawa pulang kejuaraan dan mahkota Miss Universe itu. Tapi saya cuma berharap Lesley untuk menjadi diri sendiri dan melakukan yang terbaik di New Orleans kelak.
“Tentang kategori Kostum Kebangsaan terbaik pula, saya tidak pernah pun terfikir untuk menang memandangkan ini adalah perlibatan pertama saya bagi persediaan pertandingan ratu cantik. Bila saya langkah keluar dari butik pagi tadi, saya sudah tetapkan mindset untuk menerima apa saja pandangan orang ramai,” ujar Hatta.
Tambahnya lagi kepada REMAJA, beberapa sentuhan akhir bakal dilakukannya pada kostum nasional dan gaun Lesley Cheam sebelum dia ‘terbang’ ke Amerika Syarikat tak lama lagi. Sama-sama kita nantikan sentuhan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi laporan media tempatan, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perubahan itu dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.
Beliau turut memaklumkan corak baharu yang dipilih berlatar belakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket.
Rekaan kali ini juga menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.
“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.
“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara ‘mengaum’ di kota Paris nanti,” katanya.
Selain itu, beliau memberitahu corak dan motif lebih terang itu diharapkan bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen, malah yang lebih penting melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian atlet untuk berjuang atas nama negara.
Sebelum ini, pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.
Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan drama rantaian panjang baharu berjudul Angkara Cinta di saluran Astro Prima sejak Isnin lalu telah mula menarik perhatian ramai peminat drama tempatan.
Tarikan tersebut bukan hanya sekadar disebabkan oleh kelibat para pelakon remaja seperti Hun Haqeem, Wanna Ali dan Meerqeen dari Hero Remaja 2020. Malah, ramai juga tertarik dengan jalan ceritanya yang menyatukan dua orang sahabat baik dengan rupa paras seakan sama.
Seorang dibesarkan dalam serba kemewahan (Luqmanul) manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan (Haqeem).
Rupa-rupanya, wakak Luqmanul dan Haqeem yang dibawakan oleh Hun dan Meerqeen di dalam cerita ini adalah adik beradik kepada seorang bapa yang sama. Haa, sama ada Luqmanul dan Haqeem ini adalah pasangan kembar, itu penonton kenalah tunggu untuk episod-episod seterusnya kerana konflik keluarga mereka berdua ini memang sarat dengan drama.
Cuma satu perkara yang membuatkan penulis tertanya-tanya apabila menonton beberapa episod pertama Angkara Cinta ini.. adakah benar pasangan kembar boleh mengesan diri masing-masing?
Adakah pasangan kembar mampu membaca fikiran masing-masing seperti yang selalu diperkatakan?
Jom lihat di antara fakta dan auta si pasangan kembar.
Boleh Baca Fikiran Masing-Masing
Selalu kan kita tonton dalam drama bersiri popular seperti Full House di mana kembar boleh pantas mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh pasangannya. Kata orang, ada telepati. Malangnya, fakta ini adalah auta dan tidak pernah dibuktikan oleh kajian
Simptom yang dikenali sebagai extra-sensory perception (ESP) ini boleh berlaku, namun tak semestinya di kalangan pasangan kembar saja. Dengan sahabat karib kita pun boleh secara tidak sengaja.
Apapun, ada juga kajian yang mengatakan, walaupun kembar tidak mempunyai telepati, mereka boleh berkomunikasi menerusi bahasa tubuh tanpa bercakap. Ini kerana mereka telah menghabiskan masa yang lama with each other sedari di dalam rahim ibu mereka lagi.
Jawapan : AUTA
Boleh Rasa Kembar Sakit
Banyak sebenarnya eksperimen yang pernah dilakukan oleh pakar untuk mengkaji teori ini.
Namun sekali lagi, ini adalah teori auta apabila pasangan kembar yang diuji tidak dapat merasai apa-apa kesakitan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka.
Apa yang dirasai oleh kembar sebenarnya adalah perasaan empati yang selalu dipupuk apabila kita rapat dengan seseorang. Di situ, kita dapat merasai kesakitan emosi yang dialami mereka.
Jawapan : AUTA
Semua Kembar Seiras
Obviously, teori ini salah. Ada kembar yang seiras dan ada yang tidak. Walaupun Shazli dan Shaznin kelihatan seiras, sebenarnya lebih ramai pasangan kembar di luar sana yang tidak sama fizikalnya.
Bagaimanapun, fakta yang benar adalah pasangan kembar akan kelihatan seiras sekiranya tali pusat mereka bercantum ke plasenta yang sama.
Jawapan : AUTA
Atuk & Nenek Kembar Juga Adalah Kembar
Selalunya, ibu bapa yang mempunyai adik beradik kembar akan menurunkan genetiknya kepada anak korang.
Walaupun tak dapat mengenal pasti sama ada anak kembar korang kelak akan seiras ataupun tidak, peluang korang untuk menimang cahaya mata kembar itu tinggi.
Jawapan : FAKTA
*
Itu tentang pasangan kembar. Bagaimana pula dengan anak tunggal?