Asalnya nak gelak kerana kejadian seperti ini berlaku di plaza tol.
Alih-alih, kita pula naik malu bila melihat tak semua rakyat Malaysia sudah mengubah mentaliti mereka. Dan kekayaan tidak menjamin nilai moral yang tinggi.
Seorang lagi pemandu Malaysia ditangkap cuba untuk mengelak daripada membayar duit tol. Insiden sebegini memang biasa berlaku setiap hari.
Namun, apa yang membuatkannya 'out of the box' pada kali ini adalah apabila si pemandu gagal pada kali pertama, sanggup membelakangkan kereta (reverse) dan cuba untuk KALI KEDUA di plaza tol bersebelahan!
Semua berlaku dalam tempoh masa 30 saat saja, semata-mata untuk mengelak bayaran tol.
Aduh, come on man.
Video tersebut telah dimuat naik oleh akaun rasmi My_CrimeWatch di Twitter melalui kamera rear dash yang dipasang oleh sebuah kenderaan.
Ads
Ia jelas menunjukkan sebuah kereta jenama Honda cuba mengekor rapat sebuah kenderaan untuk mengelak. Pemandu di hadapan perasan akan motif kereta Honda itu dan sengaja menghentikan kederaan selepas melepasi tiang tol.
Pelaku tidak mempunyai cara lain dan terpaksa membelakangkan kereta.
Apa yang mengejutkan adalah apabila dia segera ke lorong tol sebelah dan mencuba sekali lagi.
Kenderaan pertama tadi tidak mahu pelaku terlepas begitu saja. Lalu, dia segera ke kanan untuk menghalang kenderaan tersebut berlalu begitu saja.
Ads
Cer tengok video yang dikongsikan ini.
Ikut rapat kereta di hadapan untuk elak bayar tol, sekali kemalangan & terus cabut lari. Ingat, tak semua yang pakai H banyak duit! pic.twitter.com/RjjgLXPgXt
Menurut seorang netizen, dia mendapati pemandu kereta Honda itu pernah menerima sama sekerap LAPAN kali yang berjumlah RM1,500.
Buat masa ini, satu laporan polis telah dibuat kerana identiti pelaku telah dikenal pasti atas cara pemanduan yang tidak berhemah. Malah, akaun Facebook-nya juga dilaporkan telah ditutup kerana takut dengan pendedahan ini.
Inilah yang dikatakan sebagai sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!
*
HEY GIRLS WE'RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya, fenomena mengamalkan pemakanan madu semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang kita. Lebih-lebih lagi sejak ramai yang menyedari kebaikan memakan sekali sarang lebah kerana manfaatnya lebih banyak sekaligus mendapat nikmat yang tidak terhingga saat mengunyah sepah madu itu sendiri.
Foto – madulebah.org
Untuk tujuan perubatan, ramai jelas tentang manfaatnya untuk memulih (sebagai penawar) serta mencantikkan fizikal luar dan dalaman manusia.
Tapi katanya ‘Manuka Honey’ dari New Zealand ini lagi berkhasiat. Betul ke?
Berbeza daripada madu yang lain, ternyata Madu Maduka punya khasiat berlipat kali ganda yang cukup istimewanya, selain harganya cukup membuatkan korang berfikir banyak kali untuk membelinya.
Kenapa Mahal?
Madu Manuka dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand.
Spesies berbeza tumbuhan itu tumbuh di bahagian lain dunia namun ia tidak menghasilkan bunga diperlukan dalam pembuatan madu, menjadikan Manuka lebih mahal dengan balang kecil dijual sehingga ratusan dolar.
Khasiat Madu Manuka
Madu Manuka popular kerana kandungan dan nutrisi yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, dari penyakit ringan hingga yang serius. Jika madu biasa mengandungi besi, kalsium, kalium dan beberapa jenis vitamin B, madu Manuka miliki khasiat lain yang bermanfaat.
Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Manuka mempunyai kelebihan yang tiada pada madu lain iaitu mengandungi agen antibakteria “UMF”.
10 Khasiat lain Madu
Mengurangkan Angin Dalam Badan – Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air suam bersama madu. Serta-merta anda dapati angin semakin kurang dan rasa selesa.
Meningkatkan Sistem Imunisasi – Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral. Ianya mempunyai kesan anti bakteria luaran serta dalaman sekaligus meningkatkan sistem ketahanan diri.
Membuang Toksin – Daripada mengambil kopi, cuba amalkan minum air suam yang hangat bersama madu setiap pagi, kalau boleh ketika perut masih kosong. Jangan lupa, hirisan lemon untuk memberikan tenaga sepanjang hari.
Kulit Makin Cantik – Ini semua orang tahu, amalan minum madu setiap hari baik untuk kulit anda. Apabila banyak toksin disingkirkan melalui perkumuhan, darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar dalam tubuh badan. Malahan juga, menjadikan kulit cantik dan semakin berseri.
Kulit Wajah Cerah – Madu mempunyai banyak ciri-ciri antibakteria dan anti-kulat. Itu sebabnya, minum campuran madu bersama ais suam hangat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Malahan juga, membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
Awet Muda – Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.
Mengurangkan Berat Badan – Setiap kali rasa mahu makan benda yang manis, ambil sahaja madu kerana manisnya datang daripada gula secara semulajadi. Untuk pengetahuan anda, madu juga dapat mengurangkan 64% kalori dalam badan.
Pulihkan Sakit Tekak – Anda batuk dan sakit tekak? Cuba minum madu bersama air suam, ianya akan melegakan rasa gatal pada tekak. Begitu juga jika anda demam, amalan ini dapat mengurangkan panas dalam badan.
Daya Ingatan – Manfaat madu yang lain adalah madu akan meningkatkan fungsi otak. Cuba untuk mengambil madu secara rutin satu sudu makan sebelum tidur, maka daya ingat anda semakin tajam.
Bibir Hitam – Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga.
Berita baik untuk penduduk Lembah Klang, Comvita, pengeluar Madu Manuka No. 1 New Zealand yang mempunyai hampir lima dekad pengalaman profesional dalam penternakan lebah, telah membuka kedai pertamanya di Malaysia yang bertapak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sejak permulaannya pada tahun 1974, Comvita telah berkembang menjadi sebuah syarikat Madu Manuka terkemuka dan dipercayai ramai di New Zealand yang berteraskan penyelidikan sains dengan budaya warisan yang kukuh.
Sempena pembukaan kedai pertamanya di Pavilion Bukit Jalil, Comvita menjemput orang ramai untuk menyertai acara ‘Journey of Health and Taste’ untuk alami rahsia terbaik di Aotearoa New Zealand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna jalan raya yang bakal menggunakan lebuh raya bagi tujuan pulang ke kampung halaman, bercuti mahupun bekerja sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 berpeluang menikmati tol percuma pada 20 dan 21 Januari ini.
Berita baik tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudahkan perjalanan orang ramai selain perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya terlibat.
“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi.
“Dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Difahamkan pengecualian yang dibuat merangkumi semua jenis kenderaan di mana kerajaan yang menyerap kos pengecualian tol ini yang dilaporkan bernilai mencecah RM40 juta bagi tempoh dua hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penularan COVID-19 kini dikategorikan sebagai pandemik oleh PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO). Amaran itu dikeluarkan susulan 118,000 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan seluruh dunia meliputi 110 negara.
Sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa pada ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19.
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) WABAK COVID-19
Menerusi kenyataan media beliau yang dimuatnaik dilaman facebook rasminya, Dr Zukifli menasihatkkan pihak masjid serta orang ramai untuk ambil langkah berjaga-jaga termasuklah mengambil wuduk dari rumah lagi. Hal ini bagi mengurangkan risiko wabak COVID-19.
Antara syarat lain yang dinyatakan ialah :
1. Khutbah dipendekkan 2. Orang ramai berwuduk di rumah lagi. 3. Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit. 4. Pihak masjid atau jemaah yang wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.
Dr Zulkifli juga menjelaskan bahawa wabak COVID-19 berada di tahap tidak terkawal, Solat Jumaat boleh tidak dilakukan namun wajib diganti dengan solat Zohor.
Rata-rata netizen yang membaca kenyataan ini memberikan komen lega dan jelas dengan apa yang disampaikan berkenaan isu solat Jumaat esok!
So korang yang lelaki tu jangan tak pergi solat Jumaat pula. Mari la kita berdoa, moga-moga cepat la berakhir wabak yang mengancam nyawa ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!