
Sabar ya Mail..
Kalau benda dah nak jadi, jadi juga kan?
Itulah yang melanda penyanyi, Ismail Izzani semalam apabila dia berkongsi kejadian yang menimpa lengan kanannya. Kejadian tidak disengajakan itu berlaku di kawasan tangga menurut Mail melalui video di Instagram Story-nya.

“Bagi semua yang bertanya, Mail terjatuh di kawasan tangga dan dengan tak sengaja terduduk di atas lengan kanan. Mail terus melakukan pemeriksaan bersama doktor dan beliau mengesahkan tiada kesan patah ataupun retak pada lengan dan tapak tangan.
“Cuma, ada tisu bengkak di bahagian dalam dan doktor menasihati saya untuk memakai arm sling ini serta tidak terlalu menggunakan tangan kanan agar cepat pulih. Tetapi saya okay saja,” katanya.
Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Mail di Instagram sejurus selepas itu berserta status “Kecundang”, lebih 1,100 komen telah menghujani ruang komen untuk memberikan kata-kata semangat kepada Mail.

Antaranya termasuklah pesanan, “Get well soon baby”, “Hope you can dance and sing soon” dan “Kau tetap ada walaupun diriku tak sempurna.”
Amboi, komen sampai terkeluar lirik lagu Bidadariku! Apa-apa pun REMAJA doakan agar Mail cepat sembuh & menjaga kesihatan sebaiknya sementara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Peperiksaan PALING SUKAR Di Dunia, Berasap Kepala Nak Menjawap!

Kalau ditanya orang Malaysia peperiksaan apa yang dianggap paling mendebarkan, rata-rata mungkin akan menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM.
Exam SPM tu paling susah di dunia? Anda silap besar! Ini 10 exam paling susah yang korang tak tahu.
Terdapat 10 peperiksaan dikategorikan sebagai paling sukar di dunia dan memiliki peratusan lulus yang rendah.

1.Gaokao Exam di China
Dianggap sebagai salah satu peperiksaan paling sukar di dunia, Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan (NCEE) atau Gaokao ialah peperiksaan kemasukan kolej untuk pelajar yang berada di tahun akhir sekolah menengah mereka. Diadakan setiap tahun, selama dua hari, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian sarjana muda dikehendaki hadir untuk Peperiksaan Gaokao.
Diadakan pada awal Jun, pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan Gaokao boleh menantikan kerjaya yang cemerlang dan juga prospek perkahwinan yang baik.
Durasi peperiksaan: 9 jam
2.IIT JEE Advanced
IIT JEE Advanced ialah salah satu peperiksaan paling sukar di India. Calon yang ingin mendapatkan kemasukan ke Institut Teknologi India (IIT) yang popular dikehendaki hadir untuk peperiksaan Lanjutan IIT-JEE. IIT JEE Advanced ialah peperiksaan peringkat kebangsaan dan satu-satunya peperiksaan kemasukan untuk kemasukan ke kursus sarjana muda yang membawa kepada ijazah sarjana muda, ijazah sarjana Bersepadu, atau Ijazah Dwi Sarjana Muda dalam Kejuruteraan, Sains atau Seni Bina.
Durasi peperiksaan: 3 jam
3.Civil Services Exam (CSE)
Salah satu lagi peperiksaan paling sukar di India ialah Peperiksaan Perkhidmatan Awam atau peperiksaan IAS adalah untuk calon India yang ingin berkhidmat kepada negara dalam jawatan pentadbiran.
Dikendalikan oleh UPSC (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC), Peperiksaan Perkhidmatan Awam ialah peperiksaan peringkat kebangsaan yang diadakan dalam tiga peringkat iaitu Prelims, Mains dan pusingan temu duga untuk merekrut calon ke Indian Administrative Services (IAS), Indian Police Services (IPS) dan pelbagai lagi Perkhidmatan Awam Pusat.
Durasi peperiksaan: 2-3 jam
4. All Souls Prize Fellowship Exam
Peperiksaan All Souls Prize Fellowship ialah gabungan unik persaingan tinggi, tumpuan dwi pada pengetahuan khusus dan luas, permintaan untuk keaslian dan pemikiran kritis, soalan yang tidak konvensional, dan menjadi tekanan besar untuk kecemerlangan. Hanya segelintir pemohon yang disenarai pendek setiap tahun, menjadikan ia saingan sengit. Ia menarik minda yang cemerlang merentasi bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial.
Durasi: Ada beberapa peringkat.
5.USMLE
Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat (USMLE) ialah siri peperiksaan yang ketat yang mesti dilalui oleh doktor perubatan di Amerika Syarikat. Daya saing peperiksaan ini digariskan oleh peranan pentingnya dalam kemasukan program residensi dan perkembangan kerjaya. Meliputi pengetahuan perubatan yang komprehensif dan kemahiran klinikal merentas pelbagai kepakaran, impak USMLE terhadap kerjaya perubatan di seluruh dunia mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu peperiksaan yang paling sukar di seluruh dunia.
Durasi: Persediaan beberapa bulan.
6.Master Sommelier Diploma Exam
Ini adalah peperiksaan untuk anda yang ingin menjadi pakar pembuat wine di mana Master of Sommeliers telah ditubuhkan pada tahun 1977 lagi. Peperiksaan Diploma Sarjana Sommelier terdiri daripada tiga bahagian: peperiksaan teori (peperiksaan lisan dan bukan bertulis), rasa deduktif enam wine dan peperiksaan perkhidmatan wine praktikal.
Durasi: Part 1 – 50 minit
Part 2 – n/a
Part 3 – 25 minit
7.ICAI CA/ ICMAI CMA Exams
Dikendalikan oleh Institut Akauntan Bertauliah India (ICAI), peperiksaan ICAI atau peperiksaan CA dan peperiksaan Akauntan Kos dan Pengurusan (CMA) yang dikendalikan oleh The Institute of Cost Accountants of India (ICMAI) adalah dua daripada peperiksaan paling sukar di India yang memenuhi pangkalan khalayak yang serupa. Graduan perdagangan yang ingin meneruskan kerjaya dalam perakaunan, pengauditan, pengurusan kos, kewangan atau percukaian dikehendaki hadir untuk salah satu daripada kursus profesional ini.
Durasi: 2-3 jam untuk satu kertas peperiksaan.
8.CCIE (Cisco Certified Internetwork Expert)
Pakar Internetwork Bertauliah Cisco (pensijilan CCIE) ialah satu siri pensijilan teknikal untuk profesional perangkaian kanan yang dalam reka bentuk, membina, melaksana, menyelenggara dan menyelesaikan masalah infrastruktur rangkaian perusahaan yang kompleks.
Durasi: 2 jam
9.Mensa International
Ditubuhkan pada tahun 1946 di England, Mensa bukanlah peperiksaan, ia adalah kumpulan ahli yang telah mendapat markah dalam 2% atas populasi umum pada ujian kecerdasan yang diluluskan. Kumpulan Mensa tidak berpolitik dan bebas daripada semua perbezaan kaum atau agama. Terdapat lebih 145,000 ahli Mensa di kira-kira 90 negara di seluruh dunia.
Tujuan tunggal kumpulan itu adalah untuk mengenal pasti dan memupuk kecerdasan manusia untuk faedah manusia sendiri seperti menggalakkan penyelidikan tentang sifat, ciri, dan penggunaan kecerdasan dan menyediakan persekitaran intelek dan sosial yang merangsang untuk ahlinya.
10. CFA
Chartered Financial Analyst atau CFA ialah salah satu jawatan yang paling dicari untuk bidang pelaburan profesional di seluruh dunia. Kursus CFA dianggap sebagai jawatan yang paling dihormati dan diiktiraf di dunia dalam pengurusan kewangan dan pelaburan.
Durasi: 3-4 jam satu kertas
*Yang mana satu anda nak cuba? Tapi, pastikan peperiksaan SPM cemerlang dulu ya!
BACA LAGI : Model Transgender “Paling Cantik” Dilarang Masuk Dubai Kerana Pasport Lelaki, Ini Fotonya!
Sumber: Shiksha Study Abroad
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua Pelajar Mati Ditembak Rakan Sekolah, Saksi Trauma Lihat Insiden Depan Mata

Bila mendengar kes tembak-menembak di kalangan pelajar sekolah ini rasa risau dan takut pula melihat keadaan seperti ini boleh berlaku di kawasan persekolahan.
Beberapa hari lalu, satu insiden telah berlaku di Santa Clarit, California, iaitu membabitkan seorang remaja lelaki menembak mati dua rakannya pada sambutan hari lahirnya yang ke-16, manakala tiga lagi pelajar cedera dalam kejadian yang berlaku di Sekolah Tinggi Saugus.
Menurut polis, remaja tersebut cedera parah selepas menembak dirinya dan berjaya ditahan oleh pihak berkuasa yang tiba di sekolah itu selepas menerima laporan insiden.

Seorang saksi yang juga merupakan pelajar di sekolah tersebut, Mich Turner memberitahu CBS bahawa semasa dia mendengar bunyi tembakan, dia baru sahaja mendengar bunyi tembakan.
“Saya melihat dia menembak tiga kali dan pada waktu itu, saya terus terfikir untuk mencari kakak saya,” kata Turner yang ditemu bual pada hari kejadian.

Selain itu, seorang pelajar baru di sekolah tersebut sempat berlari ke rumah yang berhampiran untuk berlindung ketika insiden tembakan tersebut dan memberitahu Associated Press bahawa dia baru sahaja mendengar ramai kanak-kanak menangis dan menjelaskan mereka dalam ketakutan.

Menerusi satu sidang media yang diadakan, Kapten Wegener menjelaskan bahawa detektif yang meneliti video insiden itu menunjukkan suspek mengeluarkan pistol dari dalam beg galasnya, lalu melepaskan tembakan yang mengakibatkan lima remaja cedera sebelum menembak kepalanya sendiri.
Mangsa yang maut masing-masing adalah pelajar perempuan dan lelaki berusia 14 tahun dan 16 tahun. Tiga lagi pelajar cedera, iaitu lelaki dan dua perempuan, berusia antara 14 hingga 15 tahun.
Pasti masyarakat tidak menyangka yang sekolah sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu bertukar menjadi tragedi yang mungkin akan memberi ketakutan kepada pelajar sekolah yang lain.
Semoga kisah ini dijadikan teladan dan dijauhkan daripada berlaku di kalangan masyarakat kita.
Sumber: time.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Uncle Kentang Turun Padang Sumbang 20 Tilam Kepada Unit Kecemasan Hospital Serdang

Selain daripada Ustaz Ebit Lew, hero rakyat Malaysia juga adalah Uncle Kentang yang sering turun padang memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah pun menghulurkan sumbangan sebanyak 20 tilam kepada Hospital Serdang bagi keperluan pesakit COVID-19.


Kenyataan ini telah di muat naik oleh laman Facebook rasmi Slumberland Malaysia dan khabarnya, tilam-tilam tersebut akan ditempatkan di bahagian kecemasan.
Uncle Kentang dilihat turun padang untuk menyerahkan sendiri tilam-tilam tersebut kepada pihak Hospital Serdang.


Tindakan Uncle Kentang mendapat pujian ramai kerana keprihatinannya membantu masyarakat yang ditimpa musibah.




Kita patut bersyukur kerana masih ada individu-individu yang berhati mulia memberikan sumbangan tatkala negara dalam keadaan tidak stabil. Semoga kebaikan mereka dibalas berganda-ganda dan terus menabur bakti kepada masyarakat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

