Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang baru masuk dunia pekerjaan.
Kajian oleh Malaysia Labour Market Insight Series melalui laporan bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk mendedahkan bahawa majoriti siswazah kini bekerja dalam sektor separa mahir atau tidak mahir.
Ini menunjukkan berlakunya ketidakpadanan antara kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang diperoleh.
Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, keadaan ini mencerminkan krisis struktur dalam pasaran kerja negara.
Isu gaji bulanan menjadi perhatian apabila lebih 65 peratus pemegang ijazah di Malaysia dilaporkan hanya menerima gaji bawah RM3,000 sebulan. Situasi ini menyebabkan ramai daripada mereka hidup dalam keadaan ‘cukup-cukup makan’, tanpa ruang untuk menyimpan, melabur atau memperbaiki taraf hidup.
Ads
Walaupun kadar kebolehpasaran siswazah dilaporkan melebihi 80 peratus, angka tersebut dianggap mengelirukan kerana ia tidak mengambil kira kesesuaian kemahiran dan tahap gaji.
“Ia juga membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus, laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.
“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya melalui kenyataan, pada Khamis.
Tambahnya lagi, ramai siswazah kini tidak dapat menikmati kelebihan pendidikan tinggi kerana pulangan yang diterima tidak sepadan dengan kos yang ditanggung.
Ads
Keadaan ini juga melemahkan semangat untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Apa Pilihan Yang Ada Untuk Belia?
Belajar kemahiran tambahan – Soft skill, digital skill, freelancing (design, coding, editing).
Cuba income sampingan (side hustle) – Jual makanan, servis freelance, TikTok affiliate pun boleh.
Belajar urus kewangan awal – Simpan sikit pun tak apa, yang penting konsisten.
Melabur ikut kemampuan – RM100 sebulan pun boleh mula (guna ASB, Tabung Haji, atau Robo-advisor).
Jangan terlalu bergantung pada satu sumber pendapatan.
Antara punca utama dikenal pasti ialah:
Pertumbuhan gaji yang perlahan
Kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan
Permintaan yang lemah dari sektor swasta
Bagi mengatasi masalah ini, laporan mencadangkan pelbagai reformasi seperti:
Menggantikan indikator kebolehpasaran yang mengelirukan dengan ukuran padanan kemahiran.
Mewujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang
Menyusun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan
Memacu pemodenan industri dan reka bentuk semula pekerjaan
Memperkenalkan garis panduan upah sebagai alat penasihat bagi menangani tekanan gaji rendah
Bukan semua orang ada permulaan hidup yang senang dan gaji bawah RM3K bukan kegagalan. Tapi penting untuk kita sedar realiti dan cari jalan keluar. Tak kiralah gaji RM2K ke RM5K, kalau tak tahu urus duit, tetap akan rasa tak cukup.
So… lepas ni, jangan down kalau gaji kecil. Sebaliknya, fikir apa langkah kecil yang kau boleh mula hari ni, untuk bantu ‘next version’ diri kau nanti.
Tidak dinafikan ada segelintir rakyat masih berdegil sekaligus engkar dengan arahan kerajaan agar duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian pendemik COVID-19. Sesudah melalui dua fasa dan bakal memulakan fasa ke 3 PKP mulai esok, kerajaan dilihat bertegas di mana tiada lagi denda sebaliknya pesalah PKP akan terus direman dan dihadapkan ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman oleh hakim.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil susulan sikap segelintir rakyat yang kini dilihat tidak mengendahkan arahan kerajaan untuk berada di rumah.
Katanya lagi, tindakan tegas dan keras akan diambil termasuk direman dan dihadapkan ke mahkamah sekiranya didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga bermula esok.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati melanggar arahan PKP fasa tiga dan diberi kuasa untuk menahan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.
“Kita lihat rakyat seolah-olah tidak takut dengan denda RM1,000 yang dikenakan kepada mereka yang ingkar dan menganggap denda itu sama seperi mereka disaman atas kesalahan lalu lintas.
“Jadi kerajaan bersetuju mulai esok tumpuan tidak akan diberikan kepada kompaun kerana sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.
“Biar mahkamah dan hakim yang menentukan hukuman yang boleh dikenakan tidak melebihi dua tahun penjara untuk kesalahan pertama dan lima tahun untuk kesalahan seterusnya,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, polis menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP yang merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala seramai 418 individu direman dan 25 individu dijamin polis.
“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam seramai 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 4,036.
“Daripada jumlah itu juga seramai 427 individu sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP,” katanya.
Tambahnya, polis juga diberi kuasa budi bicara untuk menentukan keperluan seseorang itu perlu dibawa ke mahkamah atau sebaliknya.
Beliau berkata, sehingga kini tahap pematuhan PKP juga tidak mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan dan berharap rakyat menerima ketegasan yang akan dilaksanakan dalam fasa tiga ini bagi memastikan Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya. Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer lagu popular ‘Tergantung Sepi’, Haqiem Rusli berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang kepada mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Haqiem Rusli, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Terkenal dengan genre lagu pop, antara yang popular adalah Lembah Kesepian, Tergantung Sepi, Selamat Tinggal Sayang dan banyak lagi.
Terbaru, Haqiem Rusli menerusi laman Twitter nya berkongsi khabar gembira bersama peminat apabila dia kini telah memiliki sebuah kereta.
Memuat naik foto dirinya di sisi kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 200 itu, Haqiem turut menganggap ianya sebagai hadiah buat dirinya yang selama ini telah bekerja keras di dalam industri. Dianggarkan kereta mewah itu bernilai RM286,378.77 dan merupakan model SUV bagi jenama kereta mewah tersebut.
Rata-rata peminatnya turut mengagumi dan memuji kejayaan Haiem di usia muda. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:
Jelaslah, jika kita meletakkan impian dan cita-cita sejak usia muda lagi, tak mustahil untuk kita mencapainya pada usia remaja. Seperkara lagi, tidak semua orang mampu untuk ‘beringat’ dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Betul tak gaiss.. hehe.
Tahniah Haqiem Rusli moga terus success di masa akan datang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini.
Ikhtiarnya kini membuahkan hasil apabila pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Lenggong, Perak itu berjaya meraih keputusan cemerlang 9A bagi semua mata pelajaran.
Menurut Muhammad Afif Syakirin Rahimi (18), beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila melihat hasil usahanya kini menjadi satu kejayaan boleh dibanggakan.
Mek Nab yang pernah tular di media sosial kerana membaca yasin sambil menunggu cuuc di luar dewan peperiksaan.
Pelajar itu turut mengakui tidak menyangka menerima keputusan sedemikian walaupun pihak sekolah memang meletakkan sasaran semua A bersama 35 rakan-rakan lain.
“Pada awalnya selepas habis peperiksaan saya rasa hanya dapat 9A sahaja kerana ada mata pelajaran yang sukar dan tak pasti jawapannya betul atau tidak”
“Alhamdulillah, selepas tengok keputusan itu saya tak sangka dapat empat subjek A+ manakala selebihnya 5A,” katanya.
“Ini mungkin berkat doa nenek, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Sinar HarianKredit foto: Instagram @rizalhakimm_punyer
Dalam pada itu, Afif Syakirin juga memasang impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, perniagaan dan perubatan.
Sementara itu, neneknya, Mek Nab Abdul Rahman (82) juga meluahkan rasa gembira atas kejayaan cucunya kerana memang sudah menjadi amalannya untuk mendoakan anak serta cucu.
Meskipun kini tinggal di Kelantan, beliau kerap datang meluangkan masa ke Lenggong jika berkelapangan untuk menjenguk anaknya di rumah sambil melawat cucu di MRSM.
Sementara itu, bapa kepada Afif, Rahimi Ashari (56), meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya telah melakukan yang terbaik sekaligus membanggakan keluarga dengan keputusan cemerlang.
“Rumah kami ke sekolah dekat sahaja dalam 15 minit. Jadi saya memang kerap ke MRSM Lenggong untuk lawat anak, bagi semangat kalau pihak sekolah benarkan,” katanya.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.