Baru-baru ini, tular sebuah komen seseorang mengenai penyanyi terkenal, Seungkwan Seventeen ketika dijemput sebagai tetamu dalam temubual di saluran Youtube BDNS.
Individu yang dikenali sebagai @user-zz5lv9sl4p telah mengaku sebagai kawan sekolah kepada anggota Seventeen tersebut dan berkongsi kisah tentang bagaimana penyanyi itu berani untuk menghadapi pembuli ketika ada pelajar sekolahnya dibuli.
Menurut individu tersebut, ketika di zaman sekolah dia telah dibuli oleh pelajar lain dan dia berasa nasib baik kerana pada saat dirinya dibuli, Seungkwan terlihat kejadian tersebut dan terus membantunya.
“Ketika sekolah rendah dan menengah, saya bersekolah di sekolah yang sama dengan Seungkwan. Kami kenal antara satu sama lain tetapi kami tidaklah terlalu rapat”
“Semasa tahun pertama sekolah menengah, hampir semua pelajar berusaha untuk mendominasi sekolah, tiba-tiba ada seorang pelajar ‘A’ yang saya tak pernah kenal sebelum ini meminta saya wang 100 won tetapi sebab duit saya pada hari tersebut sudah habis. Saya beritahunya bahawa saya tiada duit”
“Disebabkan geram, ‘A’ mencengkam dan menarik baju saya dan memaki saya sebelum dia bergerak semula ke kelas,” katanya.
Ads
Jelas individu yang meninggalkan komen itu lagi, dia kecewa apabila diperlakukan seperti itu sehingga Seungkwan yang pada ketika itu belajar di sekolah yang sama dengannya datang mendekati dan membantu dirinya.
“Saya menceritakan semua hal saya dibuli kepada Seungkwan dan dia (Seungkwan) memegang tangan saya dengan erat dan berjanji bahawa kami akan mencari ‘A’ untuk menuntut permintaan maaf”
“Pada awalnya saya menolak sebab takut tapi Seungkwan yakinkan saya jika saya abaikan hal itu. Mungkin saya akan dibuli lagi. Sehingga kami berdua pun pergi ke kelas ‘A’”
Seungkwan dikatakan telah mengajak individu yang juga merupakan mangsa buli itu berjumpa dengan pembuli tersebut dan meminta pembuli untuk membuat permohonan maaf.
Ads
Bukan setakat itu, jelasnya penyanyi itu juga berbicara dengan tenang dan memberitahu kesalahan yang dilakukan ‘A’ dengan baik tanpa menghina pembuli tersebut.
Ads
Dalam pada itu, individu berkenaan juga mengungkapkan bahawa Seungkwan juga telah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi idola K-Pop sejak sekolah.
Sementara itu di bahagian komen individu tersebut juga ramai yang memuji tindakan Seungkwan kerana berani untuk membela rakan sekolah dengan baik tanpa perlu memburukkan pembuli tersebut.
Walau apa pun, cara Seungkwan menyelesaikan masalah buli seperti ini memang patut dipuji dan dijadikan contoh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikea merupakan pusat sehenti pembelian barang kelengkapan rumah yang cukup popular di Malaysia. Memiliki empat cawangan di seluruh Malaysia, pihak Ikea Malaysia baru-baru ini telah membuat pengumuman penarikan semula dua produk keluaranya.
Produk yang dikenali dengan nama Talrika dan Heroisk itu ditarik balik penjualannya atas beberapa faktor keselamatan. Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi mereka,
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki piring, mangkuk, dan cawan HEROISK atau TALRIKA agar berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.
Keselamatan adalah keutamaan utama IKEA dan oleh itu kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menarikbalik piring, mangkuk, dan cawan HEROISK dan TALRIKA kerana ia boleh pecah dan berpotensi menyebabkan luka terbakar kerana kandungan panas.
Semua produk kami diuji dan mematuhi piawaian dan perundangan yang berlaku. Walaupun begitu, kami telah menerima laporan mengenai kerosakan produk. Setakat ini tiada kejadian yang diketahui dilaporkan di Malaysia.
HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan ke mana-mana kedai IKEA di kaunter Exchanges & Returns untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan. IKEA meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan oleh penarikan balik ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di talian 03-7952 7575.
Menurut tinjauan Remaja, dalam laporan portal Channel News Asia, dua jenis produk ini yang merangkumi rekaan pinggan, mangkuk dan cawan mempunyai kemungkinan untuk pecah dan menyebabkan luka terbakar jika diisi dengan makanan dan minuman panas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemewahan selebriti Hollywood tidak dapat dinafikan lagi buat sekian lama. Lihat sahaja dari jenama kasut dipakai sehinggalah ke barisan kenderaan mewah yang silih berganti digunakan.
Artis seperti Taylor Swift, Kanye West dan Kim Kardashian sudah semestinya memiliki nilai bersih harta yang mencecah ratusan juta ringgit. Jadi bagi mereka untuk melaburkan puluhan juta bagi membeli rumah adalah perkara enteng di mata mereka.
Namun, baru-baru ini dunia hiburan dikecohkan dengan pembelian rumah yang berharga 200 juta ringgit oleh pasangan sensasi, Beyonce dan Jay-Z!
Rumah agam konkrit besar itu dikatakan terletak di atas tanah seluas 8 ekar di luar pantai California Selatan dan mempunyai pantai persendirian, kolam renang dan ciri airnya sendiri sebagai tambahan kepada kediaman seluas 40,000 kaki persegi ini. Wow hebat!
Selain itu, rumah agam moden ini menggunakan lebih daripada 7,645 ela padu konkrit tembus mesra alam untuk membinanya. Struktur yang direka oleh arkitek Jepun, Tadao Ando itu telah mengambil masa hampir 15 tahun untuk dibina.
Oleh kerana rumah itu disenaraikan secara persendirian, jumlah bilik tidur dan bilik mandi masih menjadi tanda tanya. Namu, kawasan halaman yang menenangkan di rumah agam itu semestinya dapat memberi ketenangan kepada kedua insan terkenal tersebut.
Haaa…..‘another level’ kan pasangan selebriti ini? Kalau kita nak beli rumah semahal itu, simpan duit dari bayi pun mungkin takkan berpeluang. Haih
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Vanity Fair
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bercakap mengenai Jennifer Lopez, bukan sahaja kerjayanya yang cemerlang dalam industri muzik antarabangsa. Tetapi wajahnya yang cantik sering menjadi perhatian.
Sumber Gambar : Page Six
Kerana penyanyi berusia 51 tahun itu masih kelihatan cantik dan awet muda setanding korang yang berusia 20-an itu. J. Lo selalu tampil menawan dengan pelbagai solekan di wajahnya dan juga badannya yang seksi.
Minyak Zaitun Kuncinya
Dalam video yang dikongsi oleh Jennifer di akaun Instagramnya, Jennifer menyatakan bahawa penggunaan minyak zaitun adalah kunci rahsia kejelitaannya.
Petua ini diberikan oleh ibu Jennifer sendiri di mana minyak zaitun banyak kegunaannya seperti untuk penjagaan rambut, kulit, kuku dan dalaman wanita.
Kini Jennifer Lopez dapat berkongsikan rahsia kecantikannya itu menerusi produk penjagaan wajah yang dihasilkannya, iaitu JLO Beauty yang bakal mengambil tempat di pasaran dunia pada 1 Januari 2021 nanti.
Sumber Gambar : Instagram JLO Beauty
Menurut Jennifer Lopez, produk JLO Beauty yang dihasilkannya mengandungi minyak zaitun semulajadi dan sumber bahan yang dapat memberi kulit bukan saja sihat tetapi juga bersinar dari dalam.
Sumber Gambar : Pixabay from Pexels
Okay, penulis nak pergi cari minyak zaitun ni sat, mana tahu nanti boleh dapat kulit macam Jlo ni…
Sumber : Instagram Jlo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!