Selepas kejayaan filem Mat Kilau, kini tiba pula giliran filem tempatan yang baru sahaja ditayangkan pada 25 Ogos lalu iaitu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mencatat kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Berita gembira tersebut dikongsi melalui akaun Instagram rasmi filem aksi ketenteraan Pasukan Khas Udara (PASKAU) itu, semalam.
Malah, filem arah Zulkarnain Azhar dan Frank See akan juga ditayangkan di Korea, Jepun dan Taiwan tidak lama lagi.
Filem ini berkisarkan tentang pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan misi bantuan bagi menyelamatkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di sebuah negara yang sedang bergolak, Namburi selepas kapal terbang yang dinaiki mereka ditembak oleh musuh.
Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti:
Walaupun tidak sampai seminggu ditayangkan, namun filem ini sudah mendapat ‘tempat’ di hati masyarakat tempatan.
Rata-rata mereka memberi reaksi positif terhadap filem berunsur ketenteraan ini.
Wah, hebat! Korang dah tonton ke filem ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.