“Kau Ni Tak Tahu Malu Ke! Kau Ni Sund**!” -Amirah Akui Mental Terlalu Penat, Cuba Perbaiki Khilaf Diri

Share

Nama usahawan dan pempengaruh sensasi, View Chin dan staf wanitanya, Amirah Aqilah menjadi bualan hangat apabila didakwa menjalin hubungan istimewa.

Terbaharu, Amirah atau lebih disapa sebagai Meera mengakui keadaan mentalnya amat penat apabila dirinya teruk menerima kecaman dan kritikan daripada warganet.

BACA LAGI: Tak Cukup Dengan Dakwaan Curang, Bekas Staf View Chin Pula Dedah Tempat Kerja Lama Toksik

Pun begitu, Amirah sedang berusaha untuk bangkit kembali meskipun sedar ramai yang tidak menyukainya.

“Ramai yang tanya Meera (Kau ni tak ada perasaan ke! Kau ni tak tahu malu ke! Kau ni nak play victim ke! Kau ni sundal!) Banyak kata-kata negatif yang Meera dapat.

“Mental Meera sangat penat, doakan Meera okey. Meera cuba untuk bangkit balik,” coretnya.

Perkara tersebut dikongsikan gadis itu menerusi sebuah hantaran video terbaharu di entri Instagram miliknya.

Bagaimanapun menerusi coretan panjang lebar itu, dia turut mengakui kesilapan yang berpunca daripada dirinya. Jelasnya lagi, dia sedang cuba memperbetul dan ingin berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Meera ada silap dan sedang perbetulkan silap, kecaman, hinaan dan cacian. Semua ini sebab atas diri yang pernah buat silap. Meera akan berubah untuk yang lebih baik.

“Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber Foto: Instagram Amirah Aqilah

IKLAN