Jelitawan Bollywood dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya di India, Katrina Kaif selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Vicky Kaushal pada9 Disember 2021 di Rajasthan, India.
Pasangan ini memakai pakaian pengantin tradisional India. Katrina kelihatan cantik dalam persalinan pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi.
Seperti yang dilaporkan NDTV, perkahwinan Katrina Kaif dan Vicky Khausal telah dilaksanakan menerusi beberapa majlis yang diatur rapi. Bermula dengan acara mehendi atau lebih kita kenali sebagai malam berinai pada hari Selasa lalu (7/12/2021). Ia diikuti dengan acara sehrabandi & sangeet iaitu perayaan perhimpunan kedua-dua buah keluarga. pada sebelah malamnya.
Katrina dan Vicky juga tidak merahsiakan perkahwinan mereka apabila masing-masing memuat naik foto daripada setiap majlis mereka di akaun media sosial demi berkongsi momen istimewa ini bersama para peminat.
“Hanya rasa cinta dan syukur ada dalam hati kami yang membawa kami hingga ke saat ini. Semoga anda mencintai dan merestui kami dalam fasa baharu kami berdua sebagai suami isteri,” tulis Katrina di bahagian kapsyen.
Ruangan komen dibanjiri kata-kata tahniah daripada rakan selebriti Bollywood termasuklah Priyanka Chopra, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Alia Bhat, Deepika Padukone, Ranveer Singh dan ramai lagi.
Ads
Telefon bimbit tidak dibenarkan
Seperti yang boleh dijangka berlaku di majlis perkahwinan selebriti Bollywood, majlis Katrina dan Vicky juga mengenakan protokol keselamatan yang sangat ketat ke atas tetamu yang hadir. Majlis yang berlangsung di Six Senses Fort Barwara itu bukan saha dihadiri oleh jumlah tetamu terhad. Malah khabarnya, tetamu juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit.
Berbeza daripada selebriti Bollywood lain, pasangan sama cocok ini memilih cincin pertunangan dan cincin perkahwinan jenis platinum daripada jenama barangan kemas moden mewah, Tiffany & Co.
Cincin ‘Soleste’ pada jari Katrina dilaporkan mempunyai batu permata nilam (sapphire) berbentuk cushion cut di tengah dan ia dikelilingi batu berlian berniali Rs7,410,000 atau kira-kira RM41,341. Sementara itu, cincin Vicky pula lebih ringkas rekaannya dan dianggarkan bernilai RM7,171.
Ads
Sekilas pandang, cincin Katrina ini mirip cincin pertunangan yang disarungkan pada jari Duchess of Cambridge, Kate Middleton sewaktu beliau bertunang dengan Putera William. Cincin yang sama juga pernah disarungkan pada jari mendiang Puteri Diana.
Jika korang masih ingat, Katrina pernah dikaitkan dengan beberapa hero Bollywood terkenal seperti Salman Khan dan Ranbir Kapoor. Akhirnya, jelitawan berusia 38 tahun ini akhirnya menemui cinta sejati bersama pelakon, Vicky Kaushal yang berusia 5 tahun lebih muda daripadanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila lihat orang lain bahagia bersama pasangan, korang yang single dan masih mencari tu jangan la sedih gaiss.
Jangan pula disebabkan kawan-kawan lain dah berpunya, korang pun beria nak cari bf/gf dan mula la cari crush sana sini. Sudahnya bila kena reject sedih pula nanti.
Sebenarnya, tak ada apa yang nak disedihkan sebab crush je pun, bukan bf/gf kan? Tapi, kami faham macam mana perasaan bila cinta ditolak oleh crush. Haha!
Dah tu nak buat apa lagi, move on je la. Tak tau nak buat apa? Nah, 10 tip move on daripada crush yang korang kena buat.
1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio langsung sebab time tengah sedih macam ni la banyak pula lagu-lagu sedih yang keluar. Hiks!
2. Jangan stalk social media crush korang. Kalau boleh, block saja FB atau IG dia. So, tak ada la korang gatal-gatal nak tengok dia lagi.
3. Jangan tidur lambat sebab masa yang paling korang akan ingat dekat dia adalah waktu tengah malam. Betul tak?
4. Busykan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Pergilah ajak kawan-kawan lepak atau sesekali berkaraoke. Bila balik dah penat, terus tidur.
5. Tak perlulah nak buat diari sedih tulis semua kenangan korang bersama. Benda yang lepas jangan dikenang sis.
6. Jangan benci dia. Selagi korang benci dia, selagi tu korang akan sentiasa teringat-ingat tentang mereka. Jadi, maafkan saja jika mereka terpaksa reject korang. Hehe! Barulah korang boleh hidup dengan tenang.
7. Belajar daripada kesilapan. Jangan mudah jatuh hati pada orang. Jangan ulangi perkara yang sama setiap kali korang jumpa seseorang.
8. Paling penting, jangan tunggu dia. Beri peluang pada orang lain yang betul-betul sayang dan menghargai korang.
9. Doa yang baik-baik. Jangan kutuk atau hina dia. Bila dah tak suka mulalah mengata macam-macam. Sebaliknya, cuba doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga dia.
10. Redha. Jangan menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah.
Mudah kan? Korang tak payah la nak sedih-sedih nangis sampai mata bengkak. Anggaplah dah memang bukan jodoh korang dan pastinya akan ada yang lebih baik untuk korang nanti. InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nervous nak jumpa bakal mak mertua? Rileks. Semua orang pun akan ada perasaan yang sama bila pertama kali melalui saat ini.
Kalau tiba-tiba kekasih hati nak bawa jumpa dengan family dia, apa yang harus kita buat? Gelabah? Acah-acah cool? Atau cuba untuk mengelak?
Tak payah nak takut sangat, asalkan korang dah cukup bersedia dan tahu cara berkomunikasi yang baik , insyaAllah semuanya pasti ok!
Ambil kesempatan ini untuk mengenali lebih rapat keluarga bakal pasangan korang. Sambil-sambil tu, boleh la cuba tip yang kami nak share kan ni. Tak ada la kalut sangat nanti depan pak mertua. Hiks!
1. Kenali keluarga pasangan sebelum berjumpa
Tak nak nampak awkward sangat, sebelum berjumpa tu apa kata korang tanya siap-siap tentang keluarga si dia. Adik beradik berapa orang, mak ayah dia suka apa dan apa saja tentang mereka. Bukan apa, nanti senang la nak ambil hati kalau kita tahu apa yang mereka suka dan tidak suka.
2. Berpakaian sopan
Jangan pakai pakaian yang menonjolkan bahagian badan, sebaliknya cuba sesuaikan dengan pakaian-pakaian yang sopan dan berdandan la sikit biar nampak menarik. Paling penting, pakai ikut keselesaan korang ya.
Gambar hiasan
3. Bawa buah tangan
Cukup sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih atau kek untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Tak payah la sampai nak bagi jam tangan atau handbag pada mak mertua. Nanti mereka fikir yang korang nak ‘beli’ mereka pula.
4. Hormati tempat tinggal mereka
Kalau keluarga pasangan korang berasal dari kampung dan korang tu pulak orang ‘key ell’, jangan pula tunjuk muka geli bila masuk dapur mereka, buat-buat panas duduk dalam rumah. No, jangan sesekali tunjuk perangai macam tu. Cover sikit ok? Hormati keluarga dan tempat tinggal mereka.
5. Tak segan untuk jadi lebih mesra
Bila dah sampai rumah mereka, jangan pula hanya senyum daripada awal sampai balik. Sesekali berjenaka la sikit dan lakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarganya. Secara tak langsung, boleh hilang gugup tu nanti.
Gambar hiasan
6. Selitkan pujian
Ketika berbual bersama mereka, selitkan sedikit pujian contohnya seperti memuji masakan ibunya yang dihidangkan pada hari itu. Tentu sekali calon mak mertua rasa happy dan senang bila korang suka akan masakannya.
7. Masuk dapur
Bagi perempuan, selepas makan jangan sesekali berat tulang dan tidak mahu menolong keluarganya membersihkan pinggan mangkuk. Tak salah korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Time ni juga adalah waktu yang tepat untuk korang mengenali mereka dengan lebih rapat.
8. Jangan lupa kekasih di sebelah
Sebab risau sangat tentang bakal mak dan ayah mertua, korang terlalu fokus pada mereka sampaikan lupa kekasih di sebelah. Asyik layan mak ayah dia je, jangan sesekali abaikan pasangan juga. Layan dia dengan baik kerana ini dapat memberikan persepsi positif kepada bakal keluarga mertua tentang bagaimana korang melayan anak mereka.
9. Ikhlas dan terima seadanya
Tidak salah berbuat baik kepada calon mertua tapi biarlah dengan ikhlas. Jangan hanya di depan mereka saja tunjuk baik. Ingat, korang nak kahwin dengan anak mereka sampai akhir hayat kan, so kalau setakat berlakon jadi baik time tu, sampai bila korang nak berlakon? Terima mereka seadanya, sebagaimana korang mahu mereka menerima kehadiran korang juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada siapa pun yang mahu berdepan dengan pengalaman putus cinta. Walaupun ia berbeza-beza untuk setiap individu namun percayalah ia merupakan pengalaman pahit yang tiada siapa pun mahu alaminya.
Terdapat pelbagai alasan mengapa sebuah hubungan itu berakhir. Ada yang berpisah disebabkan kemunculan orang ketiga, tiada persefahaman dan juga sudah muak atau tidak tahan dengan perlakuan si dia yang telah lama dipendam.
Fasa patah hati merupakan tempoh yang sangat fragile atau rapuh bagi setiap orang tidak kiralah untuk lelaki atau perempuan. Tapi kali ini Remaja ingin perkatakan untuk golongan perempuan.
Ada sesetengah daripada kamu dapat menerima perpisahan dengan baik dan terus move on. Namun, ada juga orang yang lakukan perkara bukan-bukan. Kadangkala bukan sahaja boleh memalukan diri sendiri tapi boleh beri kesan kepada orang lain.
Contohnya lima perkara di bawah. Girls, tolong jangan lakukan perkara-perkara yang Remaja nyatakan di sini ya! 🙂
1. Mengadu domba di laman media sosial
Baru sahaja break up tidak sampai sejam terus dikongsikan di laman media sosial. Segala cerita bersifat peribadi juga dikongsi bersama ratusan rakan-rakan di laman media sosial. Ketahuilah perbuatan ini hanya memalukan dirimu sendiri. Jangan mengharapkan orang menaburkan kata simpati kerana perbuatan ini dianggap gila perhatian. Malah, kamu juga mungkin akan diterrtawakan kerana membawa hal peribadi ke tempat tidak sesuai!
2. Mengata dan mengutuk bekas kekasih
Bila bersama apa sahaja yang dilakukan oleh si dia buat kamu manis belaka. Nah, bila sudah putus segala perihal buruk di mata kamu dikongsikan kepada umum. This is a big NO, guys! Tak kiralah sama ada kamu mengata bekas kekasih secara langsung atau di laman media sosial sekaipun, perbuatan ini hanya memburukkan imej kamu. Malah, mungkin ada yang beranggapan kamu ini tidak boleh move on. Just get over with it, be positive dan terus melangkah ke depan. You’re better than that sister!
Semua orang akan ambil masa berbeza untuk menyembuhkan luka akibat perpisahan. Itu semua orang akan faham. Malah, rakan-rakan kamu juga akan berikan ruang untuk kamu melupakan apa yang terjadi. Tapi ingatlah jangan disebabkan seorang lelaki kamu menjadi murung terlalu lama. Ini kerana ia boleh menjejaskan hubungan kamu dengan orang lain juga. Tidak perlu untuk meratap sedih sepanjang masa. Yang lepas biarkan berlalu, mungkin ada lelaki yang lebih baik daripada dia untukmu di luar sana! Bak kata Elsa, let it gooo, let it gooo!
4. Pantas cari pengganti yang bersifat rebound
Kata orang putih, bila putus cinta maka kamu laju saja cari pengganti yang akhirnya bersifat sebagai ‘rebound’ sahaja. Elakkan daripada menjadi begini. Tidak salah untuk cepat jatuh cinta dan move on dengan segera selepas putus cinta. Tetapi janganlah kamu lakukan itu semata-mata untuk lupakan kekasih lama. Ini bukan sahaja tidak adil buat jejaka baru dalam hidupmu tetapi ia buat kamu menjadi seorang gadis tidak jujur dengan diri sendiri.
5. Sering stalk laman media sosial bekas kekasih
Ini juga antara perkara yang perlu kamu jauhi. Selepas berpisah, ambil esdikit masa untuk kamu lupakan dia dan terus move on. Jika dalam sehari empat, lima kamu stalk Instagram dia sampai bila boleh move on? Jangan jadikan bekas kekasih kamu sebagai titik fokus hidup kamu. Adakah berbaloi untuk kamu menyeksa diri demi seorang lelaki yang sudah berpisah dengan kamu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.