Argentina berjaya menepiskan keraguan peminat bola sepak sedunia setelah mereka menewaskan pasukan Perancis 3-3 (sepakan penalti 4-2) pada awal pagi tadi di Piala Dunia 2022 Qatar.
Sewaktu acara penyampaian pingat dan trofi keramat Piala Dunia di tengah-tengah padang kepada Argentina, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dilihat menyarungkan sehelai pakaian berwarna hitam mirip ‘kardigan’ kepada kapten pasukan, Lionel Messi.
Lantas, ramai tertanya-tanya pakaian apakah itu, mengapakah ia hanya diberikan kepada Messi dan apakah simbolik di sebaliknya?
‘Kardigan hitam’ telus pandang (transparent) ini sebenarnya dikenali sebagai jubah Bisht. Dijahit dengan perincian kolar dan benang ‘piping’ emas, ia merupakan pakaian tradisional yang akan dipakai golongan lelaki di Qatar dan di negara Arab lain.
Ia merupakan simbol kemenangan seorang pahlawan Arab selepas memenangi pertarungan di medan perang serta dipakai oleh kerabat diraja.
Tujuan Emir Qatar menyarungkannya pada Lionel Messi adalah sebagai tanda hormat ke atas kehebatan gerak-geri perlawanan pemain jersi bernombor 10 itu sebelum menyerahkan trofi Piala Dunia 2022 kepadanya dan pasukan Argentina.
Biarpun tindakan menyarungkan jubah Bisht ini dilihat normal pada pandangan masyarakat Arab dan mereka yang berada di atas padang, siapa sangka ia juga telah menerima respon negatif oleh segelintir pemerhati antarabangsa.
Ads
Wartawan sukan dari United Kingdom, Oliver Young-Myles berkata, “Messi telah menunggu seluruh hidupnya untuk menjulang Piala Dunia dalam jersi biru-putih Argentina dan bila momen itu tiba, dia disarungkan jubah hitam keemasan.
Sentimen yang dirasakan oleh Oliver ini juga dipersetujui oleh pemerhati sukan lain di Twitter. Rata-rata berpendapat ‘gimik’ ini adalah satu lagi percubaan Qatar untuk menjadikan kejohanan kali ini sebagai bahan promosi masyarakat di sana dan bukannya mengenai sukan bola sepak.
Tariq Panja: “Ada sesuatu yang pelik tentang Messi dalam persalinan Bisht.”
Amar Singh: “Mengapa mereka membuatkan mereka memakai jubah ini? Ia menjengkelkan. Imej utama sepatutnya menunjukkan Messi menjulang piala dengan jersi Albiceleste (nama gelaran Argentina). Momen in melebihi agenda Qatar.”
Ads
James Melville: “Saya merupakan penyokong tegar Lionel Messi. Namun perbuatan ‘hijack’ orang kenamaan Qatar untuk menyarungkan jubah hitam ini meninggalkan impresi yang tidak menyenangkan.”
Jubah Bisht itu bagaimanapun tidak dipakai oleh Lionel Messi sepanjang sesi bergambar.
Ads
Dia telah menanggalkannya selepas sesi penyampaian trofi rasmi bersama kenamaan Qatar di atas pentas dan meneruskan sesi bergambar dalam persalinan jersi Argentina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seminggu tempoh waktu yang getir untuk senarion politik Malaysia, barulah pada hari ini, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan secara video pada sebelah pagi tadi.
Menerusi muat naik tersebut, beliau menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dalam kerajaan yang dianggotai oleh ‘golongan perasuah’.
Pendirian tersebut bukan soal parti atau majoriti sebaliknya menyentuh soal identiti dan integriti.
“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia.
“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.
“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” kata beliau lagi.
Difahamkan, ‘golongan perasuah’ itu merujuk kepada parti yang dahulunya di blok pembangkang iaitu UMNO.
Namun setelah petang tadi, ternyata Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Sekaligus, ia menyaksikan kepimpinan kerajaan yang baru ditubuh bersama UMNO, PAS, MCA dan beberapa lagi parti lain. In other words, parti yang disertai Syed Saddiq kini secara rasmi bergabung dengan golongan yang ditentang oleh beliau.
Jadi apa yang akan berlaku selepas ini?
“Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.
Setelah Syed Saddiq pernah menerajui Kementerian Belia & Sukan sejak 2018, mungkinkah kita akan melihat kelibat beliau sebagai seorang ahli politik dan menteri lagi?
Tonton video penuh kenyataan Syed Saddiq di bawah.
Ini bukan lagi soal parti atau majoriti.
Ini soal identiti & integriti.
Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.
Kes jenayah penipuan melibatkan pembelian online dilaporkan meningkat dan jumlah itu akan menunjukkkan peningkatan lebih ketara apabila menjelangnya Ramadan kurang sebulan dari tarikh sekarang.
Kecederungan masyarakat yang gemar membeli secara online khususnya melibatkan pembelian telefon bimbit, cenderamata, pakaian dan sebagainya dilihat sebagai satu peluang untuk penjenayah memerangkap mangsa.
Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta. Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12 (Utusan 2011).
Atas inisiatif menyedari pembeli ramai tertipu, Polis DiRaja Malaysia dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial melancarkan satu portal iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi memudahkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.
“Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya. Mereka hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.
Sekali pun portal ini masih dalam tempoh percubaan tetapi ia telah dilayari lebih dari 629, 950 orang.
Bagaimana nak semak sama ada akaun peniaga online itu palsu atau tidak.
Selepas itu, boleh click di Others dan korang akan ternampak ini.
Tekan Check For Scams. Kalau peniaga ini ada jenayah penipuan online sebelum ini, akan tertera bahawa akaun ini pernah terlibat dengan jenayah penipuan. Langkah selamat, jangan buat belian dengannya kerana ianya fake akaun.
Jadilah pengguna bijak ya, jangan sebarangan membuat bayaran kerana bukan mudah mencari wang hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas dihentikan operasi selama beberapa bulan akibat PKP, pawagam di seluruh Semenanjung Malaysia kini sudah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Untuk hari pertama pembukaan panggung wayang, Remaja berkesempatan menghadiri tayangan perdana Raya and the Last Dragon bersama teman media yang lain.
Filem keluaran Walt Disney Pictures ini telah pun berada di pawagam dan ia menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu.
Untuk menyelamatkan bapanya, Raya berusaha keras menggembara bagi mengumpulkan lima permata yang mampu mewujudkan kuasa sakti bagi menyelamatkan bumi. Dalam penggembaraannya, Raya bertemu dengan si naga (Susi) dan beberapa karakter lain yang banyak membantu menjayakan misinya.
Secara keseluruhannya, apa yang kami boleh katakan adalah filem menegaskan tentang nilai kepercayaan yang perlu diberikan terhadap orang lain. Raya yang sudah tidak mempercayai manusia kerana pernah diperdaya oleh Puteri Namaari membuatkan dia tidak mahu lagi meletakkan kepercayaan sewenang-wenangnya terhadap orang lain.
Namun, atas nasihat yang diberikan oleh Susi, Raya akhirnya akur dan memegang prinsip untuk memberi kepercayaan kepada individu lain.
Jalan cerita filem ini juga straight forward dan mudah untuk difahami. Watak-watak seperti Susi, Tuktuk dan Boun juga mencuit hati. Korang pasti terhibur melihat telatah mereka sekawan.
Disebalik gelak tawa, ada misi besar yang perlu mereka sempurnakan.
Nah, apa lagi guys! Hujung minggu ni bolehlah korang pergi menonton. Jangan risau, semua penonton perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dan perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di pawagam. Tempat duduk pun selang satu kerusi untuk setiap penonton. Ok la kan?
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!