
Edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) pastinya meninggalkan kenangan manis buat kapten skuad lelaki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.
ARTIKEL BERKAITAN: World Class! Skuad Hoki Negara Cipta Sensasi Layak Final Piala Dunia

Dia bukan sahaja berjaya membantu Malaysia mencipta sejarah muncul naib juara malah turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman itu.
Akhimullah mempamerkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan diharungi skuad negara dengan dia turut merekodkan 11 gol sepanjang kejohanan berlangsung.

Dia juga berjaya meledak satu gol ketika aksi final menentang pasukan gergasi Eropah, Belanda, awal pagi semalam.
Dalam perlawanan itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas 2-5 di tangan Belanda yang juga pasukan nombor satu dunia.

Sementara itu, pemain Pakistan, Waheed Ashraf Rana muncul penjaring terbanyak kejohanan apabila merekodkan 23 gol manakala rakan sepasukannya, Hannan Shahid dipilih sebagai pemain muda terbaik.
Pemain Belanda, Joey van Walstijin pula dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Gigih Tahan Motor Tepi Jalan Ke Majlis Konvo

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah selama bertahun belajar hingga bergelar graduan.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Tamat Pengajian Di Universiti Stanford. Maudy Ayunda Cantik Berkebaya Merah Ketika Majlis Konvokesyen
Namun, tak semua yang dirancang berjalan lancar. Seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) mengalami situasi mencemaskan sehingga meminta bantuan mana-mana penunggang motosikal yang sudi memboncengnya ke majlis konvokesyen yang berlangsung pagi semalam.

Melalui perkongsian Facebook Rasmi USM, lelaki ini terpaksa melakukan perkara ini selepas kenderaannya terkandas dua jam akibat kesesakan luar biasa di Jambatan Pulau Pinang kerana kemalangan maut membabitkan lori dan treler.
Jelas sekali foto Kevin Rayappan, 28, yang lengkap bersut sambil memegang jubah konvokesyen berdiri di tepi jambatan dengan mencuba nasib menahan penunggang motosikal yang menghala masuk ke pulau tular di media sosial. Malah, kisah lelaki itu dikongsikan dalam laman media sosial rasmi USM.
Akhirnya, Kevin selamat tiba di USM untuk menghadiri konvokesyen atas bantuan orang ramai dan pihak USM sendiri melewatkan upacara itu 30 minit berikutan kesesakan tidak dijangka itu.
Dalam temu bual, Kevin mengakui panik apabila kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya masih tersekat dalam kesesakan walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 pagi.

Mula-mula saya harapkan kesesakan tidak berpanjangan, tetapi selepas melepasi jam 9 pagi kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad turun dan mencari alternatif kerana impian saya cuma ingin naik ke pentas terima skrol hari ini.
“Saya tidak sempat berbual panjang dengan insan mulia tersebut yang sanggup tumpangkan saya kerana dalam keadaan tergesa-gesa, namun saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada beliau.
“Tanpa bantuan beliau, saya mungkin tak sempat merasa naik ke pentas pada hari ini,” kata Kevin.
Kevin turut memberitahu ibu bapanya yang meneruskan pemanduan sempat tiba ke USM dan menyaksikan dia menerima ijazah.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Kevin dan pihak USM.

Jadi kesimpulannya disini, jangan pernah berputus asa dengan ujian yang melanda diri dan sentiasa mencuba yang terbaik untuk diri kita. Tahniah juga kami ucapkan kepada Kevin dan semua graduan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Facebook USM/ 1
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ustaz Ebit Lew Terus Datang Hulurkan Bantuan Keluarga Duduk Dalam Khemah Di Negeri Sembilan

Terima kasih ustaz. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.
Sejak semalam viral kisah seorang pelajar PhD yang tinggal di dalam khemah bersama keluarganya yang kami ada kongsikan di web kami. Keperitan dan kepayahan serta permintaan untuk rumah PPRT yang dimohon tidak kunjung tiba memaksa keluarga ini terus tinggal di dalam khemah.
Ternyata, tengahari ini, Ustaz yang dikasihi ramai, Ustaz Ebit Lew sudah pun ditiba di lokasi khemah keluarga ini dan mahu mencarikan mereka rumah. Namun disebabkan bantuan rumah bakal dibuat, beliau menghulurkan bantuan kewangan buat keluarga ini. Bacalah catatannya.
Sebak dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini di Malan N.Sembilan. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini. Mereka semua ambil berat hal abang ini. Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Keluarga ini semua kenal saya. Terima kaseh ustaz datang jauh-jauh. Rezeki bertemu disini.
Beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya duduk disini semenjak PKP ini. 2 anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil. Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh zakat selangor. Mereka tersangkut terus disini sebab PKP. Ini tapak rumah arwah mak ayahnya yang terbakar 2015. Sedang menunggu keputusan memohon rumah pprt. Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta. Tenang jer. Tadi sampai tengah mengaji Al-Quran.
Saya datang nak cari rumah sementara tapi saya dimaklumkan yb dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini.
Pagi ini Yb setempat kata pada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke klang dulu. Mereka siapkan van. Terima kaseh pada Yb dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya.
Syukur Alhamdulillah Yb, DO, zakat selangor,
BaitulMal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya.
Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina selepas pkp ini.
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[VIDEO] Lagi Kes Mabuk Di Akhir Ramadan, Berlaku Rempuhan Kereta Di PPR Pekan Batu 5 Jalan Ipoh
![[VIDEO] Lagi Kes Mabuk Di Akhir Ramadan, Berlaku Rempuhan Kereta Di PPR Pekan Batu 5 Jalan Ipoh 16 [VIDEO] Lagi Kes Mabuk Di Akhir Ramadan, Berlaku Rempuhan Kereta Di PPR Pekan Batu 5 Jalan Ipoh](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/183090.jpeg)
Jika semalam tular di media sosial insiden seorang pemandu hilux merempuh kawasan penjaja di Bazar Ramadan Bukit Sentosa, sekitar jam empat pagi ini pula berlaku satu lagi kes rempuhan melibatkan pemandu mabuk yang berlaku di PPR Pekan Batu 5, Jalan Ipoh.
Dalam satu video yang tular di media sosial, dapat menyaksikan kenderaan mewah jenis MPV ini merempuh beberapa buah kereta namun sudah terhalang kerana ada kenderaan polis di lokasi tersebut.
Dari insiden ini dapat dilihat pemandu kenderaan mewah ini cuba mengundur namun tersekat dan orang ramai terus membaling topi keledar selain menjerit menyuruhnya memberhentikan kenderaan. Namun dia terus mengundur dan merosakkan kenderaan di sekitar sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri sambill dikejar oleh penduduk setempat..
Walau tiada maklumat bagaimana kes ini bermula tetapi berdasarkan komen dari netizen rata-ratanya mahu arak di haramkan.
Ia bukan saja membahayakan nyawa orang lain apabila kesedaran akal tidak mampu berfikir tetapi ia juga ternyata menjejaskan kehormonian kaum kerana setiap kali insiden sebegini berlaku, pastinya ada komen-komen melibatkan kaum terjadi.
Jika ianya berterusan dan hanya kes terpencil namun ia ibarat api di dalam sekam. Kecil tapi tidak pernah terpadam. Jika situasi sebegini terus berlaku, perpaduan dan kehormonian yang sejak sekian lama kita nikmati, selama lebih 60 tahun kita mencapai kemerdekaan, sedikit sedikit sebanyak akan mula terhakis.
Sebaiknya dalam kes sebegini, kita menyerahkan kepada pihak berkuasa yang lebih arif menanganinya.
Tonton video kejadian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

