
Dunia hiburan Korea Selatan baru-baru ini dikejutkan dengan berita sedih apabila pelakon muda berbakat, Kang Seo-ha atau nama sebenarnya Kang Ye-won) disahkan telah meninggal dunia akibat kanser pada usia 31 tahun.
Kehilangan Seo Ha turut diratapi para kenalan rapat dan peminatnya apabila ramai yang meninggalkan ucapan takziah dan penghargaan terhadap kehidupannya di media sosial.

Salah seorang rakan menulis penuh emosi,
“Saya masih tak percaya. Walaupun menanggung kesakitan yang teramat, beliau tetap risaukan orang sekeliling dan diri saya. Dia pergi terlalu cepat… dia tak pernah abaikan waktu makan saya, suruh saya bayar guna kad kreditnya walaupun dia sendiri tak makan selama berbulan”
“Saya rasa malu bila ucap terima kasih walaupun beliau hanya bertahan dengan ubat tahan sakit. Beliau bekerja terlalu keras, dan saya harap awak bahagia di sana tanpa rasa sakit,” katanya.
View this post on Instagram
Dilahirkan pada tahun 1994, Kang Seo Ha merupakan graduan jurusan teater dari Korea National University of Arts. Beliau mula menceburi industri hiburan pada tahun 2012 menerusi penampilan dalam muzik video kumpulan Brave Girls berjudul ‘Getting Away’.
Semasa hayatnya, Seo Ha aktif dalam dunia lakonan dan dikenali menerusi peranannya dalam drama JTBC ‘Sunam Girls: High School Detective Team’ serta pernah membintangi drama-drama popular lain seperti Assembly, Again, First Love, Padoya Padoya, Okjunghwa, dan Thoracic Surgery.

Sebagai seorang pelakon yang sedang meningkat naik, Seo Ha baru sahaja menandatangani kontrak bersama Insight MCN, iaitu sebuah syarikat pengurusan bakat yang dibangunkan oleh Insight Entertainment dan Showtime Crew.
Walau bagaimanapun, filem terbarunya bertajuk ‘The Innocents’ yang baru selesai penggambaran dijangka akan menjadi karya terakhirnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




















