
Awal pagi tadi media Korea Selatan, Dispatch melaporkan bahawa artis solo, Kang Daniel dan ketua grup Twice, Jihyo kini bercinta.
Bukan sahaja mereka sering bertemu di rumah Kang Daniel malah, Jihyo juga dikatakan sangat menyokong teman lelakinya itu semasa debut solonya bulan lalu.

Dalam pada itu, Dispatch turut menyertakan beberapa foto dating mereka dan juga melaporkan hubungan tersebut bermula awal tahun ini memandangkan larangan dating untuk grup Twice tamat pada tahun 2019.

Susulan itu, kedua-dua agensi mereka iaitu Konnect Entertainment dan JYP Entertainment, mengesahkan perkara tersebut menerusi kenyataan agensi masing-masing.
“Jihyo dan Kang Daniel kini bercinta dengan baik,” tulis kenyataan daripada JYP.
“Helo, ini adalah Konnect Entertaiment, pertama sekali kami ingin meminta maaf kerana lewat memberikan kenyataan rasmi kerana masih lagi dalam proses mencari kebenaran.
“Kami boleh sahkan bahawa Kang Daniel dan Jihyo kini bercinta. Semoga anda semua boleh sama-sama menyokong mereka,” tulis kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, terdapat juga spekulasi bahawa hubungan tersebut hanyalah sekadar untuk menutup isu yang melanda kedua-dua syarikat itu seperti kes Mina dan saman Daniel terhadap agensi lamanya.
Apapun sebabnya, kita doakan yang terbaik sahaja untuk pasangan tersebut.
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jungkook BTS Disiasat Polis Gara-gara Langgar Teksi

Lelaki paling kacak di Asia iaitu Jungkook yang juga ANGGOTA kumpulan BTS , dilaporkan masih dalam siasatan polis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin yang lalu.

Melalui laporan Soompi, agensi pengurusan Big Hit Entertainment mengesahkan kemalangan itu berlaku disebabkan kesilapannya.
Berita kemalangan itu disahkan oleh agensi Big Hit Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

Menurut satu kenyataan polis pada 4 November, pihak berkuasa dari balai polis Seoul Yongsan juga mengesahkan kemalangan ini dan mengambil keterangan daripada Jungkook.

Jungkook dilaporkan memandu kereta beliau jenis Mercedes-Benz di kawasan perumahan Hannam, daerah Yongsan dan melanggar sebuah teksi.
Jungkook dan pemandu teksi berkenaan hanya cedera ringan dan lebam pada anggota badan.
Rata-rata Netizen Pertahankan Jungkook


Punca dan kos kemalangan masih lagi disiasat. Diharap hal ini dapat diselesaikan dengan lancar kepada dua-dua pihak.
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berubah Ikut Tabiat Pengguna, Twitter Uji Hadkan Perkongsian Artikel Yang Tak Dibaca

Media sosial perlu berubah mengikut peredaran zaman dan tabiat pengguna. Ada Sahaja content menarik yang mereka buat untuk kebaikan netizen!
Terbaru, menurut Twitter, mereka sedang menguji ciri baharu yang bertujuan mengehadkan perkongsian artikel oleh pengguna yang belum membacanya.

Ciri terbabit yang menanyakan kepada pengguna adakah mereka telah membaca artikel sebelum mereka tweet semula, ia bertujuan untuk melambatkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan tidak sahih.
Oleh tu Twitter pagi ini mengumumkan ujian yang membenarkan ciapan semula (retweet) sesebuah artikel hanya selepas ianya dibaca.
Sharing an article can spark conversation, so you may want to read it before you Tweet it.
To help promote informed discussion, we’re testing a new prompt on Android –– when you Retweet an article that you haven’t opened on Twitter, we may ask if you’d like to open it first.
— Twitter Support (@TwitterSupport) June 10, 2020
Ujian akan diberikan secara rawak kepada pengguna aplikasi Android pada waktu ini. Twitter akan dapat mengesan pautan telah ditekan di dalam aplikasi terlebih dahulu. Selepas ini dilakukan barulah pengguna dibenarkan untuk menciap semula ciapan asal.

Sebelum ini Twitter buat pertama kalinya memberikan amaran ciapan Donald Trump mengandungi maklumat yang salah. Sesuatu yang tidak berani mereka lakukan sebelum ini.
Jika dahulu media sosial menjadi medan merapatkan silaturahim ia kini menjadi alat yang mencincangnya semula kerana pendapat yang berbeza. Ujian yang dilakukan ini adalah menarik tetapi mungkin akan melecehkan proses menciap semula. Adakah ia perlu demi kebaikan bersama? Ini ialah soalan falsafah yang tak mampu kami jawab.
So korang sokong tak perubahan yang ingin Twitter lakukan ini?
SUMBER : @TWITTERSUPPORT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Lelaki Itu Ekori Saya Naik Lif Dan..” Naib Juara Ratu Hijabista ‘Dikacau’ Semasa Bercuti

Setelah dua bulan bertanding menerusi pencarian Ratu Hijabista 2020, remaja yang mesra dengan panggilan komersil Tina Aziz itu inginkan sebuah percutian yang mendekatkan dirinya dengan ahli keluarga setelah sekian lama tidak menghabiskan masa bersama.
Sekitar jam 3.30 petang, seperti mana-mana pengunjung di hotel penginapan, Tina dan keluarganya ke kolam renang yang terletak di tingkat 12 hotel tersebut. Tidak lama selepas itu, Tina menuju ke arah bilik hotelnya semua untuk mengecas telefon.
Kira-kira pada jam 4.00 petang, sedang dia menaiki lif, pintu lif terbuka dan seorang lelaki bertanya sekiranya lif sedang menuju ke tingkat atas. Here comes the horrifying part..
“Lelaki itu mula bertanyakan tempat-tempat yang pernah saya pergi di Malaysia. Dia mendakwa dirinya dari Singapura dan tidak begitu mengenali lokasi di Malaysia.
“Apabila lif tiba di aras bilik hotel saya, dia juga keluar dan mula bertanyakan nombor telefon saya. It was scary and yet I am well aware that something was wrong. Saya memberitahunya yang saya tidak memberikan nombor telefon saya kepada mana-mana orang asing,” kata Tina dalam perbualan mesej bersama penulis.

Tambahnya lagi, kejadian itu amat menakutkan walaupun Tina diapa-apakan kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja – lelaki mahupun perempuan. Lelaki tersebut juga sempat untuk ‘mencuba nasib’ dan ingin menghantar Tina ke bilik hotelnya.
Eww!
Sepanjang ‘berborak’ dengan lelaki itu, Tina membuat keputusan bijak untuk merekod video perbualan tersebut sekiranya apa-apa insiden buruk berlaku kepadanya. Setelah lelaki itu akhirnya meninggalkan Tina keseorangan, serta-merta dia menghantar video dan info trsebut kepada ahli keluarga dan rakannya.
Mereka pantas menghantar laporan kepada pihak hotel and guess what, pihak hotel memaklumkan bahawa lelaki itu bukannya penginap di hotel itu! Mereka memeriksa rakaman CCTV dan jelas, dia menaiki lif hotel dari lobi ke aras kolam renang untuk melihat siapakah yang boleh dijadikan mangsanya.
“Pada malam kejadian itu juga, aras bilik hotel saya sekeluarga dikawal oleh penjaga. Hari berikutnya, kami ke balai polis untuk melaporkan kejadian agar insiden seperti ini tidak berlaku kepada sesiapa,” jelas graduan jurusan perundangan dari UiTM Shah Alam itu.
Kemungkinan Sindiket ‘Sugar Baby’
Kita selalu membaca kes seperti yang berlaku kepada Tina ini di akhbar ataupun portal. Namun kita sama sekali tidak akan menyangka ia mampu berlaku kepada diri sendiri sehinggalah ia terjadi.
Kejadian seperti ini selalunya berlaku di hotel terkenal dan pelaku mungkin mempunyai motif untuk merompak, mencari mangsa sindiket seperti ‘sugar baby’ dan sebagainya. Apapun, Tina tidak menyalahkan pihak hotel dan berterima kasih apabila mereka menyatakan akan meningkatkan tahap keselamatan di hotel mereka.
“Sebagai mangsa keadaan, saya tahu ramai yang merasakan saya wajar untuk lari, menjerit dan tidak sesekali melayan perbualan pelaku.
“Tetapi apabila berada di tempat kejadian, my mind was lost and I felt very weak and scared.
“Kalau diikutkan hati, mahu saja saya melakukan sesuatu yang ‘bold’ untuk menakutkannya. Namun dalam hati saya, saya takut sekiranya dia akan melawan dengan cara berbahaya dan mengapa-apakan saya. He could do anything he wanted towards me within that 10 minutes.
“Sekiranya insiden seperti ini berlaku kepada perempuan mahupun lelaki di luar sana, girls especially, saya sarankan untuk membawa pepper spray ke mana-mana. Korang juga boleh lakukan apa yang saya lakukan, rakamkan perbualan tersebut sebagai bahan bukti dan terus hubungi keluarga setelah ia berakhir.
“Seperkara lagi, keluarga saya mengajar untuk cepat-cepat menghampiri mana-mana perempuan dan mula bercakap dengannya. Beritahu situasi kamu yang sedang diikuti oleh orang asing dan terus laporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. We do not want to provoke the predators if we are not skillful enough,” nasihatinya.
Kita semua boleh mempelajari pengajaran yang penting daripada kejadian yang menimpa Tina ini. Semoga emosinya lebih stabil selepas ini!
*
Sebelum ini, pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2018/19 iaitu Sherin Amiri juga pernah mengupas mengenai keperluan untuk perempuan mempertahankan diri.
Perempuan Perlu Tahu Seni Pertahankan Diri, Sherin Amiri Join MMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

