Sejak minggu lalu tular mengenai keadaan sebuah kereta yang agak uzur dalam satu video yang tular di media sosial di mana pemandunya dilihat perlu mengangkat pintu untuk memasuki kenderaan terbabit.
Berikutan itu, netizen menggelar kancil tersebut sebagai Kancil Lejen kerana keadaan kenderaan terbabit yang masih mampu bergerak di jalan raya sekalipun keadaan kenderaan tersebut sudah nampak terlalu uzur. Ada netizen yang turut mendoakan agar pemiliknya dimurahkan rezeki berikutan kenderaan dipandunya.
Keadaan kenderaan ini sudah agak uzur di mana sudah banyak kelompongan pada struktur bentuknya. Gambar FB Buzze Azam.
Namun hari ini menerusi Harian Metro, dikhabarkan Kancil Lejen ini sudah disita pihak berkuasa dan perlu menjalani pemeriksaan Puspakom bagi memastikan Kancil tersebut selamat berada di jalan raya. Namun sesuatu yang amat memeranjatkan, pemandunya tidak mempunyai lesen memandu selain kenderaan terbabit juga sudah tamat cukai jalannya sejak tahun lalu lagi.
KEADAAN fizikal terlalu teruk menyebabkan Perodua Kancil lusuh yang tular di media sosial sebelum ini disita polis, 20 September lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kereta itu tidak sesuai digunakan di jalan raya berikutan keadaannya terlalu teruk.
“Kami sita kereta itu mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana ia tidak sesuai berada di atas jalan.
Ia bukan saja membahayakan nyawa individu yang memandu kereta itu, malah boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Kancil Lejen ini dalam keadaan amat uzur dan sudah disita. Gambar FB Buzze Azam
Azman berkata, pemilik kereta itu dibenarkan untuk menuntut semula kenderaan berkenaan, namun perlu melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.
“Kereta itu perlu melakukan pemeriksaan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan atau sebaliknya.
“Jika tidak, pemilik perlu menyelenggara kenderaan itu mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk digunakan di atas jalan,” katanya. Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk memiliki dan menggunakan kenderaan model lama, namun ia harus diselenggara dengan kerap bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya.
Ads
“Ramai individu yang mempunyai minat memiliki kenderaan model lama. Namun, mereka harus tahu bahawa ia perlu diselenggara dengan kerap dengan melakukan pemeriksaan di agensi tertentu.
“Langkah itu penting bagi memastikan kenderaan yang diguna tidak mendatangkan bahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Perodua Kancil lusuh itu disita polis selepas ditemui di bahu jalan di Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Gombak pada 20 September lalu.
Balutan kulit di sterengnya juga sudah separuh hilang. Gambar Fb Buzze Azam.
Ads
Beginilah keadaan di dalam kenderaan terbabit. Gambar FB Buzze Azam.
Semakan mendapati cukai jalan kereta berkenaan sudah tamat tempoh sejak September tahun lalu selain pemandu kenderaan itu berusia 45 tahun didapati tidak memiliki lesen memandu.
Berdasarkan rekod, kereta itu dimiliki seorang lelaki berusia 75 tahun dipercayai ahli keluarga pemandu berkenaan.
Sebelum ini, kisah mengenai kereta yang turut digelar warganet sebagai ‘Kancil lejen’ itu tular di media sosial selepas didakwa dipandu dalam keadaan tidak sempurna di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih berbekas lagi kejadian seekor kucing bunting yang dipukul oleh seorang wanita sehinga mati hanya disebabkan haiwan terbiar itu membuang najis di hadapan kediamaanya di Pulau Pinang, akhir Disember lalu.
Dalam kejadian tersebut, broker hartanah berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Hah Chong Kheng dilihat memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor mati dan seekor lagi cedera di bahagian mulut.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah disedari oleh penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran.
Hasil daripada aduan mereka, sepasukan pegawai Jabatan Veterinar hadir ke tempat kejadian, melakukan pemeriksaan dan mengambil bangkai serta kucing yang cedera balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar.
Hari ini, wanita tersebut dihadapkan dengan pertuduhan memukul dua ekor kucing di Mahkamah Seksyen Butterworth di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
Wanita tersebut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan diikat jamin RM10,000. Terdahulu, beliau telah direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
*
Haih, memang kejam betul tindakan wanita ini sekiranya benar didapati bersalah. Tak perlulah sampai tahap nak pukul dengan batang besi sekiranya kucing menaburkan najis di hadapan rumah.
Antara cara termudah adalah meletakkan botol berisi air merah di hadapan rumah. Ini kerana kucing dikatakan takut untuk menghampiri warna merah. Ada juga petua orang tua-tua yang menyuruh menyiram minyak tanah di kawasan bertanah yang selalu dihampiri kucing kerana mereka tidak suka dengan bau kuat seperti ini.
Bagi korang yang penat melayan kucing yang sesuka hati ‘melabur’ ini, sudah tiba masa untuk korang menyemburkan beberapa jenis air semburan yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. DIY je!
Jenis semburan pertama adalah campuran air, cuka dan sedikit sabun cecair. Semburan jenis campuran air dan peluntur pun popular kerana ia mempunai bau yang kuat.
Sekiranya korang tidak berapa gemar dengan bau kuat clorox dan cuka, tempatkan saja daun serai wangi di kawsan luar dan dalam rumah kerana ia boleh menghalau haiwan dan serangga.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.
Tapi, seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq menerusi video yang disiarkan di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dua kali pada tahun 2030.
Hal ini tentu memeranjatkan korang?
Menurut sumber, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan Bumi mengelilingi matahari.
Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregorian. Bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.
30 Tahun Sekali
Tapi ia bukanlah yang pertama berlaku, perubahan ini akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.
Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030, iaitu bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.
Kalendar Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregorian sebanyak 365 hari.
Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.
Lapan tahun lagi korang dah umur berapa ye?hehehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam media memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal buat kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada dirinya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana selama ini.
Suasana itu berlangsung dalam penuh emosi malah dalam tulisannya di entri fbnya atas nama NAJIB RAZAK, bekas Perdana Menteri itu menulis sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).
Susulan kes ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis Iftar bersama warga PDRM di Masjid Bukit Aman malam tadi memberikan jawapan kenapa khidmat pengiring DS Najib ditarik balik.
Menurut Tun Mahathir, Najib kini disiasat berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau turut menambah selepas siasatan selesai dan didapati tidak bersalah, Najib akan mendapat semula faedah yang dinikmati sebagai bekas perdana menteri.
Turut hadir pada majlis iftar itu ialah isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. SUMBER : BERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada majlis Iftar Bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman hari ini.Turut sama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. –fotoBERNAMA
Dalam majlis yang sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan itu.
“Setiap bekas perdana menteri mempunyai kelayakan tertentu namun, jumlah anggota yang bertugas tidak sama seperti sebelumnya. Kita hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Bagaimanapun anggota yang bertugas seperti ADC, pemandu serta pengawal peribadi masih ditempatkan bagi mengawal keselamatan beliau dan Datin Seri (Rosmah Mansor),” katanya.
Beliau turut menafikan bahawa kerajaan telah menarik balik kesemua pegawai keselamatan kecuali seorang pegawai Aide De Camp (ADC) yang ditugaskan untuk beliau dan keluarganya seperti mana yang dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak bahawa kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan, yang ditugaskan kepadanya telah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC, sejak beberapa minggu lepas.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.