Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki yang berasal dari Zhengzhou, wilayah Henan, China meraih perhatian di media sosial apabila nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap bapanya sendiri. Tindakan itu dibuat selepas beliau mendakwa wang angpau Tahun Baru Cina miliknya digunakan tanpa kebenaran bagi menampung kos perkahwinan baru si bapa.

Memetik laporan South China Morning Post, kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Xiaohui itu sebelum ini tinggal bersama bapanya selepas ibu bapanya bercerai dua tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, wang angpau yang diterima setiap kali perayaan dikumpulkan dan disimpan dalam akaun bank yang dibuka khas atas namanya.

Difahamkan, jumlah wang yang terkumpul pada sambutan tahun ini bukan sedikit, iaitu sebanyak 82,750 yuan (kira-kira RM47,180) termasuk faedah. Namun selepas bapanya berkahwin semula dan Xiaohui dihantar tinggal bersama ibunya, wanita itu mendapati keseluruhan wang tersebut telah dikeluarkan tanpa pengetahuan dan persetujuan anaknya.

Kanak-Kanak 10 Tahun Saman Bapa Sendiri Selepas Duit Angpau RM47,000 Digunakan Untuk Kahwin Baru
Gambar sekadar hiasan
Kanak-Kanak 10 Tahun Saman Bapa Sendiri Selepas Duit Angpau RM47,000 Digunakan Untuk Kahwin Baru
Gambar sekadar hiasan

Apabila diminta memulangkan semula wang berkenaan, si bapa enggan dan mendakwa duit itu sebenarnya pemberian daripada saudara-mara serta rakan-rakan dalam lingkungan sosialnya. Malah, beliau turut mendakwa tindakan saman tersebut adalah berpunca daripada bekas isterinya.

Ads

Tidak berdiam diri, Xiaohui akhirnya memfailkan saman terhadap bapanya. Dalam prosiding mahkamah, hakim memutuskan bahawa wang angpau itu adalah hak milik peribadi kanak-kanak tersebut dan dilindungi di bawah undang-undang sivil China.

Di samping itu, mahkamah turut menegaskan bahawa walaupun seorang bapa merupakan penjaga sah, beliau tidak mempunyai hak untuk menggunakan harta anak bagi tujuan peribadi dan tindakan mengeluarkan wang tanpa kebenaran dianggap sebagai pelanggaran hak harta kanak-kanak.

Ads
Kanak-Kanak 10 Tahun Saman Bapa Sendiri Selepas Duit Angpau RM47,000 Digunakan Untuk Kahwin Baru
Gambar sekadar hiasan
Kanak-Kanak 10 Tahun Saman Bapa Sendiri Selepas Duit Angpau RM47,000 Digunakan Untuk Kahwin Baru
Gambar sekadar hiasan

Susulan itu, mahkamah mengarahkan si bapa memulangkan semula keseluruhan 82,750 yuan termasuk prinsipal dan faedah. Kes ini sekaligus mencetuskan perbincangan hangat mengenai hak kanak-kanak terhadap wang angpau serta tanggungjawab ibu bapa sebagai penjaga sah.

Sementara itu, di media sosial, rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab. Serta terdapat segelintir yang mempersoalkan kewajarannya berkahwin semula sekiranya berdepan masalah kewangan, selain menganggap penggunaan simpanan anak untuk tujuan peribadi sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Ads

Pada masa yang sama, ada juga yang menegaskan bahawa wang angpau sepatutnya diurus demi kepentingan masa depan kanak-kanak dan bukannya dijadikan jalan penyelesaian kewangan orang dewasa.

Sumber: SCMP

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads