Kampung Baru Mambau, Seremban Bakal Jadi Port OOTD? Siapa Pelukisnya?

Share

Jika Georgetown, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak boleh berbangga dengan lukisan mural street art oleh Ernest Zacharevic, Seremban pun kini ingin mengikut jejak langkah yang mirip dengan dua bandaraya itu.

 

Tapi, siapa sebenarnya pelukis berbelas-belas mural ini?

Lukisan mural pada dinding bangunan dan di atas jalan raya bukanlah perkara baru di Malaysia.

Ia telah lama wujud, namun sejak kemunculan Ernest di Perak dan Pulau Pinang untuk menghasilkan mural kreatif yang bertukar popular di seluruh dunia, semakin banyak ‘port’ OOTD tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Di Shah Alam kita ada Laman Seni di Seksyen 7. Di Kuala Lumpur pula kita ada Lorong Panggung di Petaling Street.

BACA: Tak Perlu Ke Hong Kong, Petaling Street Ada Lokasi OOTD Baru

Kini, hadir pula lokasi OOTD baru di Seremban, atau lebih spesifik lagi di Kampung Baru Mambau.

Ia masih kurang diperkatakan oleh orang ramai lagi buat masa ini, tetapi berdasarkan kreativiti yang penulis lihat daripada beberapa keping foto, mural yang dilukis memang comel dan kreatif!

Antaranya termasuklah:

Margie Simpson

Dumbo

Spongebob Squarepants

Captain America

 

Jurasic Park

 

..dan beberapa lagi idea kreatif yang terhasil. Cuma persoalannya kini, REMAJA masih belum dapat mengagak siapakah pelukis yang bertanggungjawab ke atas mural tersebut.

Ibaratnya seperti pelukis grafiti Inggeris, Banksy yang selalu ‘hilang’ dari radar selepas menghasilkan karya seninya di jalanan.

Tambah menarik apabila pelukis menggunakan item sedia ada seperti lubang parit, paip dan tumbuhan semak untuk dijadikan sebahagian daripada karya seni.

Penulis yakin Kampung Baru Mambau di Seremban akan dikunjungi warga Negeri Sembilan terutamanya untuk merakam foto kenangan dan OOTD di sini.

Hhm, jangan sampai korang buat bising dan mengganggu penduduk di kejiranan tersebut, sudahlah.

IKLAN