Kemelut rumah tangga di antara kedua ibu bapa penyanyi terkenal Shila Amzah menjadi perhatian media massa apabila ibunya, Datin Fauziah Sarman memuat naik gambar seorang wanita yang dikatakan isteri baharu Datuk ND Lala.
Menjadikan konflik tersebut lebih rumit apabila dilaporkan bahawa wanita tersebut merupakan teman sekolah Shila sendiri dan pernah bertandang ke rumah keluarga mereka.
Kini, adik kepada Shila, Syada Amzah yang juga seorang penyanyi meluah perasaan di laman Instagram miliknya berkaitan hal tersebut. Menerusi hantaran tersebut, Syada menyatakan bahawa keputusannya membuat tindakan sebegitu disebabkan bapanya tidak dapat dihubungi.
“Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah. Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik,” ujarnya.
Dalam kenyataan itu lagi, gadis berusia 25 tahun itu turut berkongsi yang dia dan adik beradiknya yang lain sudah menghidu hubungan bapa mereka sebelum ini. Namun kini semuanya menjadi jelas.
Ads
Ads
“Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi. Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya lebih awal,” kongsi Syada menoktahkan ucapan buat bapanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon tampan, Atiq Azman berkongsi khabar paling bermakna dalam hidupnya apabila dia dan isteri tersayang, Alia Natasha, kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Atiq, menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram sempena ulang tahun kelahiran isterinya.
Dalam ucapan penuh emosi tersebut, Atiq menyatakan rasa syukur dan cinta buat wanita yang kini bakal bergelar ibu.
“Happy birthday sayang, wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku.
“Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga… zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang,” luahnya penuh makna.
Atiq juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kekuatan isterinya sepanjang fasa awal kehamilan.
“Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang. Ya Allah, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmatMu.
“Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur,” katanya lagi.
Dalam hantaran sama, Atiq turut menitipkan doa agar Alia terus diberi kekuatan dan menjadi ibu terbaik buat anak mereka nanti.
“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
“Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti. I love you,” kongsi pelakon berusia 24 tahun itu.
Sekadar info, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 21 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka di Instagram dan dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan artis yang tumpang gembira dengan perkhabaran manis itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amalan mandi bunga ini sebenarnya bukanlah asing dalam budaya masyarakat di Asia terutamanya bagi kaum wanita.
Sumber Gambar : Artem Beliaikin from Pexels
Nenek moyang kita dahulu-kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wanita, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.
Terbaru, perkongsian pelakon cantik Ruhainies menarik perhatian warganet apabila memuat naik foto-foto sedang merehatkan diri dengan berendam dalam tab mandi yang dipenuhi bunga. Senang kata mandi bunga la kan..hehe
Menurut beliau lagi, dia akan ke spa setiap bulan bagi mandi bunga dan juga merehatkan badan setelah penat bekerja.
Tapi ada juga dikalangan masyarakat kita keliru dan ragu-ragu tentang hukum mandi bunga ini, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mandi bunga dibenarkan dengan syarat ia tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat.
Tambahan lagi, amalan mandi bunga adalah bertujuan untuk sebagai ikhtiar diri bagi mendapatkan kesihatan badan, kesegaran dan terapi untuk memulihkan semangat.
Rata-rata warganet memuji kecantikan Ruhainies. pelakon tersebut bukan sahaja kelihatan cantik mengenakan alat solek ketika berendam, bahkan turut memakai mahkota di kepala.
Sumber : Instagram Ruhainies
Ooo ini la rahsia Ruhainies makin cantik dan glowing…okay penulis pun ank try la mandi bunga lepas ni…hiks
Dalam banyak-banyak port untuk meluangkan masa terluang di sekitar Kuala Lumpur, salah satu lokasi paling popular dan lama ditubuhkan ialah Taman Tasik Titiwangsa.
Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia tidak begitu digemari ramai terutamanya di kalangan remaja dek kerana keadaan yang tidak memuaskan.
Tapi itu dulu…
Bermula hujung minggu lalu, Taman Tasik Titiwangsa telah dibuka semula dengan imej baru untuk orang awam.
Instagram
Antara yang membuatkan penulis teruja adalah struktur ‘Canopy Bridge’ siap dengan asap kabus buatan lagi yang membuatkan pengalaman rekreasi di sana lebih menarik.
instagram
Ia mempunyai pokok Kemuning yang membentuk maze garden seperti yang selalu kita lihat di luar negara.
Bagi korang yang teringin untuk ke sana adik kecil sepanjang musim cuti sekolah ini, jangan risau kerana mereka telah menyediakan taman permainan air serba baru.
Ia juga berstatuskan mesra OKU dengan permainan yang direka khas untuk kanak-kanak autistik dan cerebral palsy (ketidakupayaan perkembangan di bahagian otak tertentu untuk mengawal pergerakan otot.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.