Biarpun hampir setahun telah berlalu sejak fenomena Projek: High Council tercetus di Malaysia, penangan drama sepuluh episod itu masih diperkatakan dalam kalangan peminat drama Melayu. Malah, ramai turut mengulang tonton di platform penstriman halal yang disediakan.

Fenomena ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila melihat kepada kualiti produksi, kehebatan lakonan yang ditonjolkan oleh barisan pemain drama serta faktor relatability yang menjadi tunjang kekuatan Projek: High Council.

Para peminat sudah merinduinya, bagaimana pula dengan pelakonnya sendiri?

Ketika ditemui REMAJA di acara pembukaan butik Guess di The Exchange TRX baru-baru ini, Yusof Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Ucop berkata perasaan rindu itu tentulah ada terutamanya apabila dapat berinteraksi dengan mereka yang ‘masuk kepala’ di set tersebut.

“Kami Pernah Borak Fasal Ni..” Ucop Dedah Mungkin Ada Sekuel ‘Projek: High Council’
Ucop menggayakan persalinan daripada Guess.

“Akan selalu ada projek-projek baru yang mendatang, bukan? Dan ada je.. sebenarnya ada je.. Cuma ia masih perlu dirahsiakan,” pancing Ucop.

IKLAN

“Kami pernah berborak fasal ini, yang mana kami ingin menyambung sekuel (kepada Projek: High Council). Tetapi masih belum ada apa-apa pengesahan. Saya pun masih menantikan pengesahan daripada pihak produksi. Tetapi tentunya, saya merindui bonding yang terjalin di antara kami di set tersebut,” katanya.

“Kami Pernah Borak Fasal Ni..” Ucop Dedah Mungkin Ada Sekuel ‘Projek: High Council’
Ucop bersama beberapa barisan pelakon Projek: High Council.

Bercakap mengenai ketiadaan Ucop dalam kalangan barisan pelakon Projek: Exit yang kini sedang dalam fasa penggambaran, Ucop berkata itu tidak bermakna dia tidak akan memberi sokongan buat pelakon terpilih seperti Mierul Aiman dan Naim Daniel yang pernah bersama-samanya dalam Projek: High Council. Malah, Ucop turut teruja menantikan drama berkenaan untuk menjengah skrin tidak lama lagi.

Projek: Exit adalah kisah berbeza. Mengenali Mierul (Aiman), dia merupakan seorang pelakon lelaki berbakat. Saya percaya dia akan memberikan lakonan terbaik untuk drama tersebut, begitu juga dengan Naim serta para pelakon lain. Saya tidak sabar menontonnya nanti.”

IKLAN

Tonton video penuh temubual Remaja bersama Ucop.

Dalam perkembangan lain, Ucop kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri The Secret untuk platform penstriman VIU bersama-sama Siti Saleha, Remy Ishak dan Sara Mack Lubis.

IKLAN

Kongsi Ucop, drama tersebut mengisahkan tentang pembunuhan dalam kalangan pelajar kolej. Sedikit-sebanyak, Ucop berharap agar ia dapat mengubat rindu peminat Projek: High Council dengan naskah terbaru ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI