Pelakon muda yang sebelum ini giat melopori rancangan Astro Ceria seperti Elly & Epit dan Strawberry Karipap The Series kini tular baru-baru ini apabila muncul di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lalu.
Rykarl Iskandar atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang kini menginjak dewasa.
Kini berusia 18 tahun, kehadirannya di uji bakat tersebut mencuri perhatian ramai pihak terutamanya warganet yang terkejut akan penampilannya yang semakin matang.
“Saya dah lama ‘ditinggalkan’ maka saya merasakan platform Hero Dewi Remaja ini sebagai satu peluang terbaik untuk naikkan balik nama saya di dalam industri.
Ads
“Sebab kali terakhir saya berlakon adalah ketika masih kanak-kanak maka mungkin uji bakat ini dapat menjadi peluang baharu kepada saya untuk menjadi lebih dewasa,” komennya menjelaskan sebab utama dirinya hadir ke uji bakat tersebut.
Turut menerujakan apabila pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini juga mahu menonjolkan bakatnya dari aspek nyanyian kepada para juri yang hadir.
“Selain dari berlakon, saya juga sudah lama berjinak-jinak untuk menyanyi,
Ads
“Kalau ada perasan di media sosial, saya ada kongsi video nyanyian saya sedikit, main alat muzik sedikit. Jadi mungkin itu antara bakat yang dapat saya kongsikan kepada juri nanti,” jelasnya lagi.
Dirinya turut akui bahawa namanya makin kelam di dalam industri lakonan dan jarang ditawarkan peranan di dalam mana-mana drama mahupun filem.
“Sebab saya tidak sesuai di mana-mana role buat masa sekarang. Selalunya pihak produksi akan sedikit rungsing untuk meletakkan saya di peranan kanak-kanak atau dewasa,
Ads
“Bidang lakonan akan sentiasa menjadi passion saya. Kalau saya tiada job sekalipun atau fokus buat perkara lain, lakonan akan sentiasa menjadi fokus utama saya sebab itu jiwa saya,” komennya kepada pihak REMAJA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila dah meningkat dewasa, mesti ada hasrat nak beli rumah. Takkan la selamanya nak hidup menyewa. Betul tak?
Harga rumah sekarang pun bulan 50 atau 100 ribu je, paling-paling pun korang kena sedia dalam RM300,000. Nak harapkan duit sendiri tak berapa cukup, jadi untuk yang dah berkahwin tu ada la juga ikhtiar lain yang korang boleh buat.
Misalnya, berkongsi buat loan rumah bersama pasangan bagi meningkatkan peluang pinjaman diluluskan. Kalau tak pasti di mana nak buat perbandingan loan, boleh layari iMoney.my dan bandingkan tawaran pinjaman terbaik dan sesuai dengan korang.
Tapi sebenarnya, adakah cara ini betul atau sebaliknya? Tentu ada pros and cons kan?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh Mohd Kautharr tentang isu ini.
Apa-apa pun, pilihan tetap di tangan korang. Berbincanglah baik-baik dengan suami/isteri. Tapi bagi mereka yang belum kahwin tu, jangan dok gatai pulak pi kongsi nama untuk beli rumah. Kalau tak jadi kahwin, dah cerita lain pulak. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ia dianugerahkan sebagai Stadium Terbaik Dunia 2018!
Dicalonkan di dalam kategori Stadium Sedia Ada, Bukit Jalil berjaya mengenepikan saingan 3 buah stadium dari Peranci di Kongres Anugerah Stadium Dunia 2018 Amsterdam. 3 buah stadium tersebut termasuklah U Arena, Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux.
Rasa bangga ketika mendengar khabar gembira ini pastilah tak dapat dielakkan kerana #KitalahMalaysia. Sukan merupakan salah satu pengikat utama netizen negara ini.
REMAJA ingin mengimbas kembali momen bersejarah di Stadium Nasional Bukit Jalil yang tak dapat dilupakan oleh rakyat sepanjang kewujudannya sejak tahun 1998.
01
Sukan Komanwel ke-16 1998
20 tahun yang lepas, Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka dan digunakan secara rasmi untuk kali pertama bagi acara Sukan Komanwel 1998.
Bermula 11 hingga 21 Septermber secara rasmi, bagaimanapun ada juga acara yang bermula lebih awal pada 7 September. Ini merupakan acara sukan moden terbesar yang dianjurkan oleh Malaysia kerana ia menghimpunkan 3,638 orang atlet dari 69 negara Komanwel.
Kalau korang masih belum lahir lagi pada waktu itu, serius meremang bulu roma sepanjang acara pembukaan kerana belum pernah lagi netizen menyaksikan kemampuan Malaysia untuk menganjurkan acara sebesar ini.
Rindu pula dengan maskot Wira & logo bunga raya 98 tu. Hehe.
Seperkara lagi yang menarik mengenai acara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini adalah penyertaan 7,000 peserta yang bertugas untuk formasi ‘gambar bergerak’ pada tempat duduk penonton.
Fun fact, Brunei yang menganjurkan Sukan SEA pada tahun 1999 menggunakan idea ‘gambar bergerak’ ini semasa acara pembukaan mereka juga. Ternyata ia memberi impak pada Sukan Komanwel ini.
Selepas itu, rasa bangga sebagai anak Malaysia terus terasa semasa ratu rock negara, Ella menyanyikan lagi Standing In The Eyes Of The World. Lirik lagu tersebut masih dapat diingati oleh netizen lalu membuktikan 1998 merupakan tahun yang cukup bersejarah di stadium ini.
02
Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel
Haa, bagi millenial yang tak pernah dengar dengan telemovie ini, ruginya korang! Sempena menyambut countdown kepada Sukan Komanwel pada tahun 1998, telemovie Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel telah menemui penonton di NTV7 dan ia memang hit pada masa itu!
Apa kaitannya dengan momen bersejarah Stadium Nasional? Pada bahagian akhir telemovie tersebut selepas Cik Kiah dan rombongannya selamat juga tiba di Bukit Jalil, paparan Stadium Nasional Bukit Jalil yang tak sampai seminit itu membuatkan ramai netizen lebih bersemangat untuk menantikan acara pembukaan.
Ini kerana pada waktu tersebut, tidak ramai netizen yang pernah menyaksikan stadium ini secara live. Kebanyakannya hanyalah penduduk di Lembah Klang saja. Jadi, paparan sekejap itu sudah memadai untuk mereka merasa excited.
03
Sukan SEA ke-21 2001
Selepas tamat acara Sukan Komanwel pada tahun 1998, tidak banyak acara lain yang dianjurkan di sana berikutan status bola sepak rasmi yang masih dipegang oleh Stadium Negara.
Oleh sebab itu, hanya selepas 3 tahun, Stadium Nasional Bukit Jalil kembali happening dengan penganjuran Sukan SEA 2001. Acara pembukaan utama dilangsungkan di Bukit Jalil (walaupun berskala lebih kecil berbanding Sukan Komanwel).
Pada masa yang sama, ada juga acara pembukaan yang dilakukan di Stadium Larkin, Johor dan PISA, Pulau Pinang. Antara kemuncak yang paling diingati adalah semasa YDP Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melaungkan ‘Let the Games Begin’ sambil 10 bidikan pistol berbunyi.
04
Friendly Match Malaysia – Brazil 2002
Penulis ingat lagi gambar team bola sepak Brazil pada tiket perlawanan ini. Diketuai oleh Ronaldo, Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldiho dan Rafu pada ketika itu, memang Brazil merupakan team ketiga terbaik dunia pada tahun 2002 berdasarkan ranking di belakang Perancis dan Argentina.
Sebagai persediaan sebelum ke Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun, Brazil berkunjung terlebih dahulu pada 25 Mei ke Bukit Jalil untuk perlawanan persahabatan antara Brazil dan Malaysia yang pada ketika itu di bawah kendalian Allan Harris.
Perlawanan ini merupakan satu penghormatan kerana pemain Malaysia dapat beraksi dan menimba pengalaman bersama pemain all-stars. Harga tiketnya juga tidaklah semahal yang disangka, hanya RM200, RM70 dan RM40 saja.
Seramai 65,000 orang penonton memenuhi stadium pada waktu itu.
05
Perlawanan Final Suzuki Cup 2010
Okay, siapa boleh lupakan kemenangan 3-0 Malaysia ke atas seteru Indonesia pada saingan final Piala Suzuki 2010. Kedua-dua pasukan memang tak nak kalah kepada pesaing masing -masing sepanjang babak pertama.
Namun memasuki minit ke-60, barulah gol pertama diledakkan oleh Safee Sali diikuti 2 lagi jaringan oleh Safee dan Ashari. Kesemua tiga gol dalam tempoh hanya 13 minit.
06
Linkin Park Living Things World Tour LIVE 2013
Serius kami katakan, ini adalah antara konsert penyanyi atau band antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil yang paling diingati oleh peminat di Malaysia. Semuanya kerana persembahan padu oleh Linkin Park selama 2 jam berturut-turut.
20,000 orang penonton (5,000 dari luar negara) kembali semula ke Malaysia selepas satu dekad dan hari hujan pada malam Isnin (19 Ogos) itu tidak melunturkan semangat peminat.
Tengok sajalah kepada barisan penonton yang beratur sebelum memasuki stadium. Mereka sanggup untuk membeli tiket Rock Zone (RM450) dan VIP (680) semata-mata untuk menyaksikan Linkin Park.
07
AFF Suzuki Cup 2014 Malaysia – Thailand
Ini merupakan antara aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dinanti-nantikan peminat bola sepak negara apabila era kegemilangan Harimau Malaya ketika ini dirai-raikan.
Setelah menang 3-1 ke atas Singapura dan kemudian kalah 2-1 kepada Vietnam, Malaysia bertemu dengan Thailang di saingan final. Semua terkejut dengan 3 jaringan gol oleh Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin kerana ia menjadikan agregat 3-2 memihak kepada Malaysia.
Permainan ini juga diingati ramai kerana ia merupakan kali terakhir Malaysia memenangi perlawanan di Bukit Jalil.
08
Sukan SEA ke-29 #KL2017
Tidak banyak yang dapat diperkatakan tentang penganjuran Sukan SEA 2017 melainkan wow! Bermula dengan perubahan wajah Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kali pertama sejak tahun 1998, ia kini mempunyai facade baru berwarna perak.
Pada waktu malam pula, lampu LED akan menerangi stadium seperti yang dilakukan sepanjang penganjuran Sukan SEA 2017, tahun lalu. Bukan saja bahagian luar stadium, bahagian yang lebih tersorok seperti bilik persalinan, ruang panaskan badan, koridor, pintu masuk dan ruang media juga telah diubah menjadi lebih moden.
Tak hairanlah apabila 80,000 penonton yang hadir semasa acara pembukaan dan penutup semuanya memuji persediaan yang telah dilakukan oleh negara untuk menyambut acara sukan tersebut.
Pada Sukan SEA ini juga, antara nama yang sering mengungguli carta paling trending di Twitter ialah Menteri Belia Dan Sukan pada waktu itu, YB Khairy Jamaluddin kerana prestasi atlet negara serta persediaan rapi di bawah kendalian beliau.
Bukit Jalil, you will always be our Sports City because #KitalahMalaysia !
Tahniah di atas pencapaian ini dan REMAJA harapkan lebih banyak momen indah yang akan berlangsung di stadium ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Korea Miracle In Cell No 7 yang pernah viral sebelum ini khabarnya bakal diadaptasi oleh negara jiran kita, Indonesia.
Drama ini mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana jalan cerita seorang ayah yang mempunyai masalah mental berkorban untuk si anak sangat menganggu emosi penonton sehingga membuatkan korang bakal menangis.
Sebelum ini, Turki, India dan Filipina telah membuat filem remake bagi Miracle In Cell No.7 dan kini khabarnya Indonesia juga turut mengadaptasi filem ini.
Versi Indonesia ini diarahkan oleh Hanung Bramantyo yang dibintangi barisan pelakon seperti Vino Bastian, Bryan Domani, Mawar De Jongh, aktris cilik Graciella Abigail, Indro Warkop, Tora Sudiro, Deni Sumargo, Rigen dan Indra Jegel.
Walau bagaimanapun, menurut pengarah filem Hanung Bramantyo, ini adalah tugas besar yang perlu digalas dan bukannya mudah untuk mengarahkan filem remake kerana pastinya bakal berhadapan dengan perbandingan yang akan dibuat oleh penonton.
Beliau juga mengatakan akan ada penyesuaian beberapa babak agar penonton dapat merasa lebih dekat dengan filem Miracle In Cell No.7 dari Korea itu.
Namun begitu, hukuman yang akan dilakonkan nanti adalah fiktif dan tidak terkait dengan hukuman di negara Indonesia.
Wah tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan nanti. Biasanya filem-filem sentuhan Indonesia ni pun tak kurang hebatnya dalam menyentuh emosi sedih penonton.
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.