Kebiasaannya, program realiti televisyen di Malaysia berkisarkan kepada pencarian bakat hiburan, kecantikan mahupun skil kreatif seperti memasak dan menari. Namun kali ini, sesuatu berlainan bakal menemui korang!
Buat julung kalinya, Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd menerusi jenama Maskulin muncul dengan program realiti televisyen berkonsep fitness, Maskulin Who’s Your Bro dengan menampilkan 12 jejaka sado lagi kekar bertanding bagi mencari siapakah yang paling gagah di antara mereka.
Menariknya, bukan semuanya terdiri daripada ahli gimnasium, pelatih peribadi (personal trainer) ataupun atlet. Turut serta ialah pelakon, model, doktor, pempengaruh dan usahawan yang mementingkan penjagaan fizikal dalam gaya hidup mereka.
Menerusi sepuluh episod yang bakal ditayangkan, penonton akan disajikan dengan kandungan yang mencerminkan nilai maskuliniti dalam hubungan persaudaraan lelaki ataupun dalam bahasa modennya, ‘bromance’.
Biarpun ada emosi yang tercalar dan ketahanan diri yang tercabar, kesemua 12 peserta tetap mencerminkan keberanian serta daya saing sihat yang sememangnya memberi inspirasi kepada korang yang menonton.
Terdahulu jika korang masih ingat, Maskulin pernah muncul dengan Pencarian Lelaki Maskulin. Seiring dengan perubahan zaman dan kehendak penonton masa ini, Maskulin Who’s Your Bro mencipta satu lagi dimensi baharu dalam sejarah 24 tahun wujudnya jenama majalah Maskulin itu sendiri.
Haa, nak tahu tak siapa pesertanya? Nah! Siapakah antara mereka ini menjadi peserta kegemaran korang?
Saddam Pittli (31 Tahun)
Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA dan merupakan seorang ahli tentera.
Biarpun hadir tanpa seorang pengacara tetap, Maskulin Who’s Your Bro diserikan dengan kehadiran empat orang commentator yang akan memberi ulasan mengikut kepakaran masing-masing dalam setiap episod.
Mereka terdiri daripada Dr Say Shazril, Mat Redho, Hariz Hamdan dan Siti Khadijah Halim.
Jangan lupa untuk menonton persaingan 12 peserta ini menerusi sepuluh buah episod program realiti Maskulin Who’s Your Bro bagi melihatkan siapakah di antara mereka yang akan memenangi hadiah utama berupa RM30,000 bagi duo terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keempat-empat ahli terakhir dari kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang masih belum menjalani perkhidmatan tentera wajib mereka dikhabarkan telah memulakan proses pendaftaran.
Buat makluman, semua lelaki yang sempurna tubuh badan di Korea Selatan diwajibkan berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.
Meskipun sering kali isu berkaitan sama ada BTS layak mendapat pengecualian dibangkitkan dalam kalangan peminat, Jin, ahli tertua dalam kumpulan itu sudahpun mendaftar khidmatnya tahun lalu, diikuti oleh rakan sepasukannya J-Hope pada bulan April.
Manakala, ahli ketiga mereka iaitu Suga bakal memulakan perkhidmatannya pada bulan September.
Kini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut yang masih tinggal iaitu RM, Jimin, V, dan Jung Kook turut dilaporkan akan segera memulakan perkhidmatan mereka, menurut kenyataan label mereka, BIGHIT MUSIC.
“Kami ingin memberitahu peminat bahawa RM, Jimin, V, dan Jung Kook telah memulakan proses pendaftaran tentera,” jelas label syarikat tersebut.
“Kami meminta agar anda teruskan memberi sokongan kepada RM, Jimin, V, dan Jung Kook sehingga mereka berjaya menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan kembali dengan selamat,” sambung kenyataan itu.
Hmmmmm…kwenchana ARMY! Pejam celik, pejam celik BTS pasti akan kembali menghiburkan kalian semua sebagai satu kumpulan lengkap okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pentas Big Stage 2022 berakhir pada malam ini dengan penuh gemilang setelah kejuaraan menjadi pemilik penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin.
Sekaligus, penyanyi berusia 22 tahun ini telah membawa pulang hadiah wang tunai bergelar RM100,000 berserta trofi.
Elica pada malam ini telah membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh pada malam ini dan ternyata, ‘risiko’ yang diambil oleh Elica tersebut berbaloi!
Pada awal minggu ini, Elica mengakui dirinya sedikit terbeban untuk membawakan lagu itu kerana dia tahu ramai yang akan membandingkannya dengan Marsha disebabkan tempat asal kelahiran mereka.
Begitupun, Elica telah melakukan persembahan yang cukup menyakinkan tanpa terlalu memikirkan mengenai soal perbandingan tersebut.
Malah, Elica juga memberitahu kepada rakan media bahawa Marsha sendiri telah menghantar rakaman video kepadanya dan memberikan pesanan serta tip sebelum membawakan lagu Cinta.
Selain lagu tersebut, pada malam ini Elica juga telah bergandingan dengan Hael Husaini menerusi lagu Believer.
Kemenangan Elica Paujin ini sekaligus membuatkan ramai warganet merasakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun kegemilangan semula penyanyi wanita dari Sabah selepas Marsha Milan berjaya bergelar pemenang kedua serta persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-36, baru-baru ini.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Danial Chuer manakala Aisha Retno terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.
Berikut merupakan markah keseluruhan para peserta Big Stage 2022 pada malam ini :
Peserta : (Markah Juri) + (Markah Undian Atas Talian), Markah Penuh
Elica Paujin : 66.22% + 12.71%, 78.93%
Daniel Chuer : 66.64% + 5.98%, 72.62%
Aisha Retno : 66.57% + 4.47%, 71.04%
Yazmin Aziz : 57.05% + 2.3%, 59.35%
Tegar Septian : 54.6% + 4.57%, 59.17%
Untuk pengetahuan, sebelum ini Elica pernah memenangi program Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi, Akim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop sensasi, RM BTS baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian selepas mengukuhkan kedudukan beliau bukan sahaja sebagai ketua kumpulan popular dunia, BTS, malah sebagai antara penulis lagu dan komposer paling berpengaruh di Korea Selatan ketika ini.
Difahamkan, berdasarkan data terkini Korea Music Copyright Association (KOMCA), RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (32) berada di kedudukan ketujuh dalam senarai 10 penerima royalti hak cipta tertinggi di Korea Selatan. Pencapaian tersebut turut melayakkan beliau dinobatkan sebagai salah seorang ‘Copyright King’ dalam industri muzik K-Pop.
Pada masa yang sama, kejayaan ini dilihat cukup signifikan memandangkan senarai penerima royalti tertinggi kebiasaannya didominasi oleh penerbit veteran, CEO syarikat hiburan serta pemuzik senior yang telah bertapak dalam industri selama puluhan tahun. Kehadiran RM dalam kelompok elit ini menandakan perubahan ketara dalam landskap K-Pop masa kini.
Lebih menarik lagi, RM kini tersenarai sebagai antara idol K-Pop dengan nilai hak cipta terbesar dalam industri muzik Korea. Fenomena ini mencerminkan peralihan era K-Pop, di mana idol bukan lagi sekadar penyanyi dan penghibur, tetapi turut menjadi pencipta karya utama yang menggerakkan kekuatan industri muzik.
Di samping itu, menurut rekod rasmi KOMCA, pelantun lagu ‘Wild Flower’ itu kini memiliki lebih daripada 200 buah lagu yang didaftarkan atas nama beliau. Karya-karya tersebut merangkumi lagu-lagu BTS, projek solo, kolaborasi bersama artis daripada pelbagai genre, serta karya eksperimental yang menyerlahkan sisi musikaliti dan lirik reflektifnya.
Sejak debut bersama BTS pada tahun 2013, RM dikenali sebagai penulis lirik utama kumpulan tersebut dan terlibat secara langsung dalam penghasilan hampir keseluruhan katalog muzik BTS. Lagu-lagu ciptaannya merangkumi title track dan B-side ikonik yang bukan sahaja mencatat kejayaan komersial, malah mendapat pengiktirafan kritikal serta menjadi asas kepada populariti global BTS.
Sementara itu, kerjaya solo RM turut mencuri perhatian dunia muzik antarabangsa apabila album solo pertamanya berjudul Indigo yang dilancarkan pada tahun 2022, menerima pujian meluas daripada pengkritik global atas kedalaman tema, kualiti produksi serta keberanian artistik yang dipamerkan.
Kemudian, album terbarunya berjudul ‘Right Place, Wrong Person’ (2024), yang menampilkan single seperti ‘Come Back to Me’ dan ‘Lost!’, turut mengukuhkan reputasi RM sebagai artis versatil. Album ini juga menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan dianggap sebagai antara album paling mendapat pujian pada tahun 2024, sekali \gus menyumbang kepada pengumpulan royalti jangka panjang yang kukuh dan berterusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!