10 Kedai Bundle Popular Wajib Dikunjung Di Sekitar Klang Valley

Share

Baru-baru ini, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beberapa sektor perniagaan peruncitan dimaklumkan boleh dibuka seperti biasa berkuat kuasa semalam 10 Februari 2021.

Antara sektor perniagaan peruncitan ini termasuklah kedai barangan pakaian terpakai ataupun bundle. Hal ini sudah tentu cukup mengembirakan terutamanya “kaki menyelam” atau orang yang suka barangan terpakai ini.

 

Bersempena pembukaan semula semua kedai bundle ini, kami senaraikan beberapa kedai bundle popular yang patut korang kunjungi disekitar KL dan Selangor.

Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.

 

1. Baden Baden Bundle

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 Malam

Lokasi/Cawangan: Setapak, Gombak, Seksyen U3 Subang, Taman Maju Jaya Petaling Jaya, Jalan Sungai Keranji, Port Dickson Batu 4 Dan 8, Tanjung Malim, Taman Indah Batu Gajah dan Masjid Tanah

2. JBR Bundle

Waktu operasi: Setiap Hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Klang, Sri Damansara, Balakong, Shah Alam, Hulu Langat, Kanchong Darat, Banting, dan Kajang

3. Brick & Bundle

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam

Lokasi/Cawangan: Sungai Chua Kajang

4. OKGO Store

Waktu operasi: Selasa – Ahad, 12 tengah hari – 7 petang

Lokasi/Cawangan: Subang Jaya

5. Family Bundle

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Kuala Lumpur, Selangor dan Perak

6. Bandoru Store

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Shah Alam, Cheras, Bangi, Ipoh, Johor Bahru, dan Tesco Seremban 2

7.Klumby

Waktu operasi: Setiap hari

Lokasi/Cawangan: Tiada, kedai dalam talian (online)

8. Buntil Nostra Supply

Waktu operasi: Setiap hari, 3 petang – 12.20 pagi

Lokasi/Cawangan: Batu 10 Kuala Lumpur

9. Jalan Jalan Japan

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: One City Sky Subang Jaya, KIP Mall Bangi, M3 Taman Melati, Shamelin Mall Cheras dan Rawang

10. 2nd Street

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Subang Jaya, Bandar Utama dan KLTS

So, tak rugi pun beli di bundle ni tapi pastikan korang pandai menyelam. Kebanyakkan barang-barang dan baju  terpakai ini masih cantik dan elok.

 Apa tunggu lagi, lets la serbu kedai bundle ini pada hujung minggu nanti tapi SOP dan keselamatan diri jangan dilupa. Kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan, ingat tu!

IKLAN