Baru-baru ini, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beberapa sektor perniagaan peruncitan dimaklumkan boleh dibuka seperti biasa berkuat kuasa semalam 10 Februari 2021.
Antara sektor perniagaan peruncitan ini termasuklah kedai barangan pakaian terpakai ataupun bundle. Hal ini sudah tentu cukup mengembirakan terutamanya “kaki menyelam” atau orang yang suka barangan terpakai ini.

Bersempena pembukaan semula semua kedai bundle ini, kami senaraikan beberapa kedai bundle popular yang patut korang kunjungi disekitar KL dan Selangor.
Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.
1. Baden Baden Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 Malam
Lokasi/Cawangan: Setapak, Gombak, Seksyen U3 Subang, Taman Maju Jaya Petaling Jaya, Jalan Sungai Keranji, Port Dickson Batu 4 Dan 8, Tanjung Malim, Taman Indah Batu Gajah dan Masjid Tanah
2. JBR Bundle
Waktu operasi: Setiap Hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Klang, Sri Damansara, Balakong, Shah Alam, Hulu Langat, Kanchong Darat, Banting, dan Kajang
3. Brick & Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam
Lokasi/Cawangan: Sungai Chua Kajang
4. OKGO Store
Waktu operasi: Selasa – Ahad, 12 tengah hari – 7 petang
Lokasi/Cawangan: Subang Jaya
5. Family Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Kuala Lumpur, Selangor dan Perak
6. Bandoru Store
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Shah Alam, Cheras, Bangi, Ipoh, Johor Bahru, dan Tesco Seremban 2
7.Klumby
Waktu operasi: Setiap hari
Lokasi/Cawangan: Tiada, kedai dalam talian (online)
8. Buntil Nostra Supply
Anda mungkin berminat dengan
Waktu operasi: Setiap hari, 3 petang – 12.20 pagi
Lokasi/Cawangan: Batu 10 Kuala Lumpur
9. Jalan Jalan Japan
UPDATE: JJJ is pleased to announce that starting from 4th September all JJJ Stores operation hour from 10:00am – 10:00pm.
Posted by Jalan Jalan Japan on Thursday, 3 September 2020
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: One City Sky Subang Jaya, KIP Mall Bangi, M3 Taman Melati, Shamelin Mall Cheras dan Rawang
10. 2nd Street
https://www.instagram.com/tv/CELk7TxB871/?utm_source=ig_web_copy_link
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Subang Jaya, Bandar Utama dan KLTS
So, tak rugi pun beli di bundle ni tapi pastikan korang pandai menyelam. Kebanyakkan barang-barang dan baju terpakai ini masih cantik dan elok.
Apa tunggu lagi, lets la serbu kedai bundle ini pada hujung minggu nanti tapi SOP dan keselamatan diri jangan dilupa. Kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan, ingat tu!
∞
Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak ke seluruh negara.

Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.

Arah lakukan solat hajat
Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin telah mengarahkan agar semua surau dan masjid kerajaan di negeri Johor melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada virus Influenza A.

Dilakukan selepas solat Jumaat
Surat rasmi yang ditulis dalam tulisan jawi itu juga memberitahu bahawa solat hajat akan dilakukan pada esok hari iaitu selepas solat Jumaat diadakan.

Ramai yang beri sokongan
Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini kerana dlam kegawatan menghalang virus tersebut daripada terus menular, doa memohon kesembuhan kepada Sang Pencipta adalah jalan yang paling utama untuk dilaksanakan.

Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.
Moga virus ini cepat hilang di negara kita. Take care guys!
Sumber : Sinar Harian
∞
Selepas kejayaan kumpulan K-Pop popular, BTS menerusi lagu Dynamite yang menduduki tangga teratas dalam carta lagu Amerika Syarikat, Billboard Hot 100, timbul pula satu spekulasi tentang penangguhan latihan ketenteraan oleh salah seorang anggota mereka.

Big Hit Entertainment memberi spekulasi bahawa pendaftaran latihan ketenteraan Jin BTS mungkin akan ditangguhkan sehingga akhir tahun hadapan.
Menurut agensi, Jin yang sepatutnya menyertai latihan tentera sebelum hujung tahun ini ber’kemungkinan besar’ dapat menangguhkan pendaftarannya sehingga akhir tahun 2021.

Khabarnya, Akta Perkhidmatan Tentera sedang disemak semula untuk memberi pertimbangan terhadap selebriti yang banyak menyumbang daripada segi budaya dan ekonomi bagi senarai individu-individu yang layak menangguhkan latihan ketenteraan.
Walaupun belum disahkan secara rasmi, namun label tersebut menyatakan bahawa situasi ini berkemungkinan besar akan berlaku.
Jadi, sama-sama kita nantikan sama ada Jin sah menangguhkan latihan tenteranya atau tidak.
Sumber: allkpop.com
∞
Kalau korang peminat Coney Dog di restoran A&W, kami nak cadangkan satu resipi yang dikongsi oleh Mohamad Fakhrul Aiman dalam page Suami Masak Apa Hari Ini? Di Facebook.
Lihat pada gambarnya sahaja dah membuatkan korang terliur. Kalau nak beli di A&W harga tak lari daripada RM7 ke RM8 sebiji. Jadi, lelaki ini mengambil inisiatifnya sendiri dengan berkongsi resipi membuat coney dog yang pastinya dengan modal yang lebih berbaloi.

Jom kita try resipi yang telah dikongsi oleh Mohamad Fakhrul Aiman.
Bahan-bahan:
– Roti sosej
– Sosej
– Daging kisar lembu
– sebiji bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– Sebiji tomato
– 5 biji cendawan butang
– 2 sudu serbuk cili
– 2 sudu sos tomato
– 2 sudu serbuk jintan putih
– 1 sudu serbuk kari
– 1 sudu serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
1. Potong dan cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato serta cendawan butang. Tomato tu rebus dulu sebab nak buang kulit dia dan isi tengah.
2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu. Basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar untuk buang air.
3. Kemudian tumis sekejap bahan-bahan yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masukkan daging kisar yang disejat.
4. Selepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resipi. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam dan gula bagi secukup rasa.
5. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
6. Roti sosej tu kukus terlebih dahulu supaya roti tersebut lembut. Lebih kurang 1-2 minit.
7. Sama juga dengan sosej. Kukus dalam 5 minit. Sosej tu pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum kukus, kelar/hiris sosej terlebih dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
6. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu diatasnya. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging. Kalau tak mahu pun tak apa.
7. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je tiada masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah. Hiks!
Selamat mencuba!
Sumber: Mohamad Fakhrul Aiman
∞