Kajian Dedah 40 Kerjaya Di Ambang Pupus: AI Dah Ambil Alih Dunia Kerja

Share

Kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi perkara masa depan malah ia sedang berlaku sekarang. Kajian terbaru oleh Microsoft bersama LinkedIn dan OpenAI mendedahkan bahawa 40 kerjaya sedang berada dalam risiko tinggi untuk digantikan oleh teknologi AI, terutamanya dalam bentuk AI generatif seperti ChatGPT.

Laporan berjudul Work Trend Index 2024 itu memberi fokus kepada bagaimana AI mengubah cara manusia bekerja, kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja masa kini, dan bagaimana sesetengah pekerjaan semakin kurang relevan akibat automasi.

Apa Yang Membuatkan Sesetengah Kerjaya Berisiko?

Kerjaya yang melibatkan tugasan berulang, rutin, berasaskan data dan pemprosesan maklumat merupakan yang paling mudah digantikan oleh teknologi. AI kini mampu menaip, menterjemah, menghasilkan kandungan, malah berinteraksi dengan pelanggan melalui chatbot tanpa rasa penat dan tanpa cuti.

Gambar Hiasan AI

Menurut laporan tersebut, pekerjaan yang tidak memerlukan interaksi emosi, kreativiti mendalam atau sentuhan manusia sebenar akan menjadi ‘mangsa’ utama kepada automasi.

Senarai 40 Kerjaya Yang Terjejas Oleh AI

Berikut ialah senarai kerjaya yang dikenal pasti dalam kajian ini sebagai berisiko tinggi digantikan oleh AI:

  1. Penulis Kandungan / Artikel

  2. Penterjemah Bahasa

  3. Pembantu Tadbir

  4. Setiausaha

  5. Penganalisis Data

  6. Jurutaip / Transkrip

  7. Pegawai Khidmat Pelanggan (Chatbot)

  8. Akauntan Junior

  9. Pereka Grafik Asas

  10. Pegawai Pemasaran Digital

  11. Penyunting Video Asas

  12. Pembuat Slide / PowerPoint

  13. Penulis Skrip Iklan

  14. Juruhebah Radio (Automated DJ)

  15. Penulis Caption Media Sosial

  16. Juruteknik IT Asas

  17. Juruanalisis Kewangan Asas

  18. Pereka Laman Web Asas

  19. Pegawai Entri Data

  20. Jurujual Talian (Telemarketer)

  21. Penyelidik Internet / Pasaran

  22. Penulis Resume / Surat Iringan

  23. Operator Telefon

  24. Pegawai Perundangan Asas

  25. Pengurus Jadual

  26. Guru Tuisyen Online (Subjek Asas)

  27. Editor Teks / Proofreader

  28. Penilai Kandungan Sosial Media

  29. Jurutera Sokongan Pelanggan

  30. Pegawai Sumber Manusia (Urusan Awal)

  31. Pengumpul Data Kajian

  32. Pekerja Kaunter (Check-in Automatik)

  33. Penganjur Acara Asas

  34. Pegawai Laporan Jualan

  35. Penulis Manual / Dokumentasi

  36. Pegawai Proses Tender

  37. Pencipta Kandungan Automatik (AI Tools)

  38. Penghantar E-mel Kempen (Auto Campaign)

  39. Pekerja Arkib Dokumen

  40. Pegawai Laporan Media (AI News Brief)

Adakah Semua Kerja Akan Digantikan AI?

Jawapannya: Tidak. Walaupun AI mampu menggantikan banyak tugas teknikal dan rutin, kerja yang memerlukan kreativiti, empati, kepimpinan dan pengalaman manusia tetap relevan. Misalnya, kerjaya dalam seni kreatif, psikologi, perundingan, pendidikan awal kanak-kanak, dan kesihatan mental masih memerlukan sentuhan sebenar yang tidak dapat direplikasi oleh mesin.

Apa Yang Remaja Boleh Buat Sekarang?

Sebagai generasi yang akan mewarisi dunia kerja baharu ini, remaja perlu bijak bersedia. Ini beberapa langkah yang boleh diambil sekarang:

  • Kuasai teknologi & AI literacy: Belajar asas pengaturcaraan, automasi dan alatan AI moden.

  • Asah soft skills: Komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal adalah kemahiran manusia yang tiada pengganti.

  • Pilih bidang masa depan: Fokus kepada kerjaya yang AI sukar kuasai — bidang seni, manusiawi, pendidikan atau inovasi.

  • Belajar sepanjang hayat: Dunia kerja akan terus berubah, jadi kita juga perlu kekal belajar & adaptasi.

Masa Depan Milik Mereka Yang Bersedia

Kehadiran AI bukan musuh, tetapi isyarat untuk kita ubah cara bekerja. Mereka yang cepat menyesuaikan diri, terbuka belajar kemahiran baharu dan berani teroka bidang baru akan terus relevan dalam dunia kerja moden.

Jangan takut pada AI tapi takutlah jika kita tidak berubah.

Kerjaya mungkin berubah, tapi semangat untuk berjaya tak akan pernah pupus.

Sumber: MicrosoftThe Economic Times

BACA LAGI : AI Dijangka Mempengaruhi 30% Pekerjaan Di Malaysia Dalam Tempoh 10 Tahun

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana