Penyanyi terkenal K-Pop, Kai dan Sehun daripada kumpulan EXO baru-baru ini mencuri perhatian apabila kedua-duanya disahkan akan bergandingan sebagai unit baharu pada Disember ini. Pengumuman tersebut pastinya mengundang keterujaan peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan gabungan dua anggota popular itu menerusi projek muzik istimewa.

Menerusi sebuah kenyataan rasmi daripada SM Entertainment, Kai atau pemilik nama sebenar Kim Jong-in dan Sehun atau Oh Se-hun bakal melancarkan mini album pertama mereka sebagai unit baharu EXO pada Disember ini. Bagaimanapun, pihak agensi masih belum berkongsi maklumat lanjut mengenai judul album serta tarikh rasmi pelancarannya.

Untuk rekod, Kai dan Sehun yang masing-masing dilahirkan pada tahun 1994 cukup sinonim dengan gelaran ’94z’ dalam kalangan peminat. Kedua-duanya juga dikenali menerusi kehebatan dalam tarian, penampilan visual yang menawan serta karisma tersendiri setiap kali membuat persembahan di atas pentas.

Digelar '94z', Kai & Sehun EXO Bakal Lancar Mini Album Pertama Sebagai Duo Disember Ini Digelar '94z', Kai & Sehun EXO Bakal Lancar Mini Album Pertama Sebagai Duo Disember Ini

Ads

Meskipun bakal membuat debut rasmi sebagai unit buat pertama kali, hubungan akrab dan keserasian antara mereka bukanlah sesuatu yang asing buat peminat. Sebelum ini, Sehun pernah membuat kemunculan istimewa di konsert solo Kai pada September 2025, sekali gus berkongsi pentas menerusi persembahan bersama.

Selain itu, mereka turut beberapa kali dipertemukan menerusi kandungan hiburan termasuk rancangan web ‘Jeongwating’ yang dikendalikan oleh Kai. Lebih menarik, kedua-duanya juga bakal bergandingan sebagai rakan pengembaraan menerusi program hiburan terbitan ENA, ‘World Dice Tour 4’.

Ads

Dalam pada itu, projek terbaru ini turut menandakan perkembangan menarik buat perjalanan kerjaya individu mereka. Kai sebelum ini telah menghasilkan empat EP solo, manakala Sehun pula melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa menerusi pelancaran single pertamanya dalam bahasa Mandarin pada Julai 2026.

Digelar '94z', Kai & Sehun EXO Bakal Lancar Mini Album Pertama Sebagai Duo Disember Ini

Ads

Malah, kemunculan unit baharu ini bakal menjadi aktiviti subunit rasmi pertama buat Kai, sementara Sehun pula akan mencatatkan penglibatan keduanya selepas pernah bergandingan bersama Chanyeol menerusi EXO-SC. Perkembangan ini pastinya membuka ruang kepada peminat untuk menikmati sisi muzik berbeza daripada kedua-dua penyanyi berkenaan.

Sementara itu, EXO turut meraikan ulang tahun ke-14 penubuhan kumpulan mereka pada tahun ini menerusi pelancaran album studio kelapan berjudul ‘REVERXE’ pada Januari lalu. Album yang menampilkan lagu utama ‘Crown’ itu berjaya mencatatkan jualan melebihi satu juta unit, selain kumpulan berkenaan turut menjayakan 27 persembahan di 14 wilayah menerusi siri jelajah konsert ‘EXO PLANET #6 – EXhOrizon’ sebelum dijadualkan mengadakan tiga konsert encore di Seoul dari 6 hingga 8 November ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads