“Kahwin Ke Tak, Lizzy Masih Sama..” Majlis Elizabeth Tan Dihadiri 10 Orang Saja

Share

 

Ura-ura bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagi Police Entry ini telahpun selamat menamatkan zaman bujangnya telahpun diiyakan oleh empunya badan.

Foto dan video yang menunjukkan majlis perkahwinan Elizabeth Tan atau Lizzy yang tular sejak pagi tadi adalah benar.

Dalam sebuah majlis sederhana yang dilangsungkan di Gombak, Selangor itu, Lizzy dan pasangannya, Siew Jim memilih tarikh 20 Mac 2021 sebagai tarikh istimewa untuk disatukan.

Bercakap kepada rakan media di Harian Metro

, Elizabeth atau Lizzy memilih untuk mempunyai sebuah majlis yang hanya dihadiri oleh 10 orang ahli keluarganya dan kenalan rapat saja.

Lizzy juga menidakkan kononnya ingin menyembunyikan status dirinya kini sebagai isteri kepada ahli perniagaan tersebut dan berkata kisahnya terlebih dahulu telah tular sejak pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN : Kali Ini Bukan Gimik Klip Video, Elizabeth Tan Benar Sudah Kahwin? – REMAJA

“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.”

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil saja.

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi SOP,” kata penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu.

Dalam hantaran terbaru Lizzy menerusi Instagram Story, dia beranggapan bahawa statusnya kita tidak sesekali akan mengubah kariernya dan cintanya kepada peminat yang sentiasa menyokong dari dahulu.

“Lizzy kahwin ke tak kahwin ke, sama saja.

“Lizzy hanya akan memilih suami yang menyokong karier dan semua peminat Lizzy dengan sesungguhnya,” catatnya.

Anyway, we are so happy for you Lizzy!

IKLAN