
Pelakon sensasi, Fathia Latiff tampil menafikan dakwaan ramai bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.
Pelakon naskhah hit Ariana Rose itu berkata, tuduhan dirinya kini sudah murtad yang dibuat warganet hanya berdasarkan video di TikTok adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang…” -Fathia Latiff

“Saya masih mengamalkan ajaran Islam, tetapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa berasas.
“Kafir adalah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 37 tahun itu turut menegaskan semua perkongsiannya adalah cara menzahirkan luahan, bukan meminta ditafsirkan khalayak.

“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri, cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Fathia di aplikasi berkenaan menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya sehinggakan dia memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam.
Menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu keadaan mentalnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Fathia Latiff
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengajaran Kisah Lockdown Nabi Yunus Dalam Perut Ikan, Ini Masa Umat Islam Kena Muhasabah Diri

Ramai merasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan kerajaan bagi memutuskan wabak COVID-19 menghalang kebebasan yang mereka nikmati selama ini. Ramai tidak betah duduk berkurung di dalam rumah biarpun ia dilakukan untuk kesihatan mereka sendiri. Tidak hairanlah lebih banyak tangkapan dibuat dari hari ke hari bagi golongan engkar PKP ini termasuk golongan remaja.
Di sebalik PKP ini, sebahagian dari kita tahu akan kisah Nabi Yunus a.s yang terperangkap 40 hari di dalam perut ikan. Ternyata kisah ini amat menarik untuk kita perhalusi dan inilah masanya umat islam kena muhasabah diri masing-masing. Allah memberi kita peluang dan lebih banyak masa untuk dekat padaNya di saat ini. Jangan jadi orang yang kerugian masa kerana masa tidak pernah menunggu kita walau sesaat.
Bacalah perkongsian bermanfaat ini. Semoga kita lebih istiqomah dalam kehidupan.
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya petik dari wasap oleh Dr Aman Rashidi Hussain. Moga menjadi pelajaran bagi kita.
Nabi Yunus terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen. Tiada wifi, tiada handphone, tiada bantuan makanan, tiada cahaya, tiada segala-galanya. Hanya beliau dengan Allah sahaja.
Nabi Yunus bukan di LOCKDOWN di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di LOCKDOWN di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara fizikal dan logiknya.
Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus.
Mari kita perhalusi dan menghayati perjalanan dan proses Nabi Yunus sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari LOCKDOWN yang ada.
- Bermula dari kemarahan Nabi Yunus kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah.
- Nabi Yunus mengancam kaumnya akan diberikan Azab apabila tidak beriman juga.
- Nabi Yunus pergi meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang berpenumpang penuh.
- Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.
- Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus lalu ditelan oleh ikan paus.
- Nabi Yunus akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan menyalahkan kaumnya.
- Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus bertaubat dengan kalimat “Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin”, yang ertinya “Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.
Inilah kalimat taubat Nabi Yunus ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah, sehingga selamatlah ia dari cengkaman LOCKDOWN Ikan Paus.
Mari kita maknai secara mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk kita mengambil pengajaran dan hikmah.
- Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya Tidak ada Tuhan kecuali Engkau.
Penyakit: Situasi hari ini ketika kita telah di LOCKDOWN, masih banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour, like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.
Taubat….Ya Allah saya sedar sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.
- Subhaanaka
Ertinya : Maha Suci Engkau.
Penyakit : Masih banyak yang menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang menganggap Ustadz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.
Taubat: Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah salah, tak pernah zalim.
- Innii kuntu minazh zhaalimiin
Ertinya : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).
Penyakit : Masih banyak orang yang suka menyalahkan takdir Allah, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk yang menimpa dirinya.
Taubat: : Berhentilah menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah, berhentilah berdebat merasa paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun, berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.
Di Era saat seperti ini, maka perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus ini, bukan sekadar dibaca tapi difahami dan dihayati sepenuh hati.
Inilah masa untuk kita BERUBAH DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus, dengan mental mengurangi cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justru menambah cinta kepada Allah sehingga rindu jannahNya Allah yang dipenuhi kegembiraan.
“Laa Ilaaha Illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin…”
bacalah sebanyak-banyaknya, sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin kepada Allah
Jika Kita merutinkan zikir ini maka, insyaa Allaah, Allah akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkraman LOCKDOWN PANDEMIK COVID-19 ini.
Aaminn.
– Kak Bett
Sumber : Fb Majlis Ilmu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ramai Askar Bekerja Keras Untuk Melindungi Negara,” J-Hope BTS Berjaya Selesaikan Latihan Ketenteraan

Pada 17 Oktober, anggota kumpulan BTS, j-hope baru-baru ini berjaya menamatkan perkhidmatan latihan ketenteraan selama 18 bulan di Korea Selatan.
Menurut laporan, j-hope atau nama sebenar Jung Ho Seok (30) merupakan anggota kedua daripada tujuh ahli kumpulan itu yang sudah menyelesaikan perkhidmatan wajib negara selepas Jin atau Kim Seok Jin menamatkan tugasannya pada Jun lalu.
Penyanyi lagu ‘Arson’ dan ‘More’ itu lengkap berpakaian seragam tentera dan beret hitam dilihat tersenyum ketika disambut oleh Jin, 100 peminat BTS ARMY yang bersorak dan beberapa wartawan di pangkalan tentera di Wonju, wilayah Gangwon.
ARTIKEL BERKAITAN: Tamat Latihan Ketenteraan, 4000 Peminat Bakal Dapat Pelukan Jin BTS!

“Terima kasih kepada ARMY. Saya dapat menyelesaikan perkhidmatan ini dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat”
“Apa yang saya rasakan sepanjang satu tahun setengah ini adalah ramai askar bekerja keras, mendedikasikan diri dan melakukan banyak perkara untuk melindungi negara,” ujarnya kepada mereka yang hadir untuk meraikan penamatan latihan ketenteraannya.
ARTIKEL BERKAITAN: J-Hope BTS Beli Penthouse Di Afer Hangang Bernilai RM40 Juta Secara Tunai!

Dalam pada itu, j-hope turut meminta masyarakat untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja yang sedang berkhidmat dalam ketenteraan.
Sementara itu, empat ahli lain iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kim Kardashian Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Nama Marilyn Monroe

Jika sebelum ini, gaun ikonik Marilyn Monroe bernilai RM18.2 juta telah rosak selepas dipakai oleh usahawan dan selebriti, Kim Kardashian.
ARTIKEL BERKAITAN : Gaun Marilyn Monroe Dikhabarkan Rosak Selepas Dipakai Kim Kardashian
Terbaru, Kim Kardashian sekali lagi dikaitkan dengan artis Hollywood terkenal itu dalam video jenama fesyen Dolce & Gabbana. Ibu kepada empat orang anak itu mengambil inspirasi daripada mendiang Marilyn dalam sebuah video bagi mempromosikan pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana.
Dolce & Gabbana adalah jenama fesyen agung yang tidak pernah menghampakan para peminatnya dengan rekaan yang berjiwa feminin.

Kim dilihat menikmati piza sambil dirinya diperhatikan oleh sekumpulan jurugambar.
Klip yang dihasilkan itu sempena pertunjukan fesyen musim panas Milan Fashion Week 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Kim yang berkolaborasi dengan jenama mewah itu menampilkan video promosi dengan tema hitam putih yang diberi judul Ciao Milano, #CiaoKim #DolceGabbana.
“Saya tidak sabar menunggu koleksi ini dilancarkan. Ini akan menjadi sangat luar biasa. Tidak sabar menunggu pertunjukan itu, sudah hampir waktunya!” tulisnya di Instastory.



Sama tak? Dah namanya Kim Kadashian, apa sahaja yang dilakukan selebriti ini pasti menjadi perhatian ramai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

