
Congrats Justin & Hailey! Pasangan merpati dua sejoli ini telah mengesahkan perkahwinan mereka kepada umum semalam.
Justin merupakan orang pertama yang mengumumkan berita gembira itu kepada peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya. Ia disusuli dengan pengumuman daripada Hailey menerusi Twitter.
Dengan pengumuman itu ramai peminat dan rakan-rakan selebriti mereka menberikan ucapan dan reaksi gembira di laman media sosial masing-masing.
Jom kita lihat beberapa reaksi daripada mereka!








Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen ke-93 Mac Ini Akibat Peningkatan Kes COVID-19

Sehingga semalam, kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan jumlah sebanyak 27,831 kes dan hal ini menyebabkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.
UiTM memaklumkan keputusan penangguhan ini dibuat selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang diadakan. Melalui mesyuarat berkenaan, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan istiadat konvokesyen yang membabitkan seramai 27,287 graduan.

Penangguhan ini melibatkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak serta UiTM Cawangan Sabah dan dijangka akan dilaksanakan semula pada Jun hingga Julan 2022.
Menurut kenyataan UiTM, keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan keprihatinan Kementerian Pengajian TInggi berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara.

Penangguhan itu juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. Pihak pengurusan UiTM turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami graduan dan ibu bapa serta turut berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini.
Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau boleh hubungi 03-55443110 atau 03-55443114.
Walau bagaimanapun, keputusan ini nampaknya mendapat reaksi berbeza daripada segelintir masyarakat yang kesal dengan penangguhan tersebut.



Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar segala urusan para graduan dipermudahkan dan semoga penularan COVID-19 dapat dikurangkan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nekad Tinggalkan OnlyFans! Model Malaysia Popular Akui Keterujaan Hilang, Ingin Fokus Jadi DJ

Model dan pempengaruh berimej seksi, Ms Pui Yi tampil dalam sebuah video YouTube baharu bagi mengumumkan dirinya tidak lagi akan berkecimpung dalam dunia OnlyFans bermula tahun hadapan.
Ms Pui Yi, atau nama sebenarnya Siew Pu Yi, 24 dikenali jutaan lelaki (dan wanita) dengan imej provokatif sejak awal pembabitannya sebagai seorang pempengaruh. Platform tersebutlah yang telah menjadikannya popular hingga tahap sekarang serta menjadi punca pendapatannya.

Di platform Instagram-nya yang memaparkan foto serta video yang ‘masih berlapik’ sahaja, Pui Yi telah berjaya mengumpul lebih 20 juta pengikut lalu menjadi salah seorang personaliti paling popular di laman media sosial itu dari Malaysia.
Begitupun, tidak ramai yang tahu bahawa kerjaya OnlyFans sebenarnya bukanlah pilihan pertama Pui Yi untuk mencari rezeki.

Sekitar tahun 2016, gadis yang mempunyai kelulusan dalam jurusan perniagaan ini pada asalnya bekerja sebagai seorang pelayan.
Malangnya tiga tahun kemudian, dia terpalit dengan insiden foto bogel yang tersebar tanpa kebenarannya setelah dia menghantarkan komputer untuk dibaiki. Foto yang dijual pada harga RM50,000 itu akhirnya membuka jalan bagi Pui Yi berkecimpung sebagai pempengaruh OnlyFans.
Namun kini katanya, dia tidak lagi merasakan keterujaan untuk meneruskan kerjaya tersebut dan ingin beralih angin ke bidang lain iaitu sebagai seorang DJ profesional.

Keputusan Pui Yi untuk berubah ini juga didorong oleh pandangan negatif dan kritikan orang ramai terhadapnya sebagai seorang pempengaruh OnlyFans. Semua itu terpaksa ditelan olehnya sepanjang tiga tahun ini dan dia kini merasakan sudah tiba masa yang sesuai untuknya menceburi sesuatu yang diminatinya iaitu bidang muzik.
Impian tersebut telah dipendam oleh Pui Yi sejak 2019 lagi dan ia terhenti akibat pandemik Covid-19. Sepanjang tempoh perlu berkuarantin itu, Pui Yi rupa-rupanya telah mengasah bakat serta skilnya sebagai seorang DJ.
Selain karier baharu ini, Pui Yi juga tidak sabar untuk bergelar seorang pelakon setelah dia terlibat dalam penggambaran filem tempatan berjudul KL Love Story.
FOTO: Instagram Ms Pui Yi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
n
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Starbucks Lancar Minuman Nasi Lemak? Atau Sekadar Cubaan April Fools

Adakah ini benar atau sekadar cobaan?!
Menerusi satu muat naik di akaun Instagram rasminya tengah malam tadi, Starbucks Malaysia mungkin bakal menawarkan minuman berbentuk Nasi Lemak tidak lama lagi.
Adakah ia bersempena dengan Hari Raya Aidilfiti yang akan menjelang bulan Mei ini?
Ataupun ia adalah minuman istimewa bagi menyambut Hari Kebangsaan ke 64 pada tahun ini? Itu tidak dapat dipastikan.
Malah, REMAJA juga kurang pasti sekiranya Starbucks Malaysia benar-benar akan mengeluarkan minuman berintikan nasi lemak ini.
Iyalah, hari ini kan hari sambutan April Fools. Jadi, tidak mustahil taktik seperti ini digunakan mereka bagi tujuan pemasaran jenama.
ARTIKEL BERKAITAN : innisfree ‘Bergurau’ Henti Keluaran Serum Green Tea – REMAJA
Hanya tanda pagar #akandatang berserta caption berbunyi, “Makanan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia akan mempunyai pendekatan baharu. Boleh kamu teka namanya?”
Apa yang pasti, warganet berbelah bahagi sekiranya mereka dapat menerima minuman nasi lemak seperti ini.
Tak Boleh Terima!
Ada yang sudah dapat mengagak taktik ini?

Malah, Starbucks sempat menjawab satu pertanyaan warganet.

Sambil itu, ramai tampil kreatif dengan pengenalan nama baru sekiranya minuman nasi lemak ini dilancarkan.
Antara yang dicadangkan mereka termasuklah Lemak Latte, Starice, Santan Frappe, Starnasi Bucklemak dan Nasi Lemak Frappe With Upside Down Sambal Drizzle With Timun & Telur On Top. Amboi, berbelit lidah nak pesan!
Sebelum ini, sudah ada beberapa jenama yang pernah mengenalkan menu berasaskan Nasi Lemak. Antaranya termasuklah Nasi Lemak Burger oleh McDonald’s, Nasi Lemak Gelato oleh Cielodolci, Nasi Lemak Sushi oleh Ruyi & Lyn, Nasi Lemak Spaghetti oleh LuckyBoKL dan hey, Nasi Lemak sneakers oleh Asics Malaysia!

*
*
Terdahulu, Starbucks Malaysia telah menobatkan gadis bernama Loh Cheah Ying sebagai pemenang utama pertandingan Starbucks Sip & Win yang pernah dibuka kepada orang ramai bermula dari 1 September hingga 30 November 2020.
Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, saudari Cheah Ying telah membawa pulang sebuah kereta jenis Peugeot 3008 SUV Plus setelah mengenepikan hampir 80,000 penyertaan dari seluruh Malaysia.


Beberapa pemenang lain yang dipilih kelmarin juga pulang dengan hadiah menarik seperti Sony WH-1000MX Wireless Headphones dan tumbler Starbucks Holiday Swarovski.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


