University of Nottingham Malaysia (UNM) terus-menerus ingin memberikan galakan dan dorongan buat mereka yang mempunyai aspirasi mengejar misi pendidikan mereka dengan pemberian biasiswa PENUH kepada enam orang anak muda cemerlang, baru-baru ini.

UNM sedar bahawa kos pengajian tinggi pada masa ini akan menghalang ramai pelajar berpotensi seperti mereka ini daripada melanjutkan pengajian. Justeru, pemberian biasiswa ini umpama ‘talian hayat’ untuk mereka mengubah masa hadapan diri, keluarga dan negara satu hari nanti.

Jurulatih KickBoxing 19 Tahun Salah Seorang Penerima Biasiswa University of Nottingham

Bersempena dengan ulang tahun ke-21 cawangan tempatan universiti tersebut di Semenyih, UNM telagpun memilih enam orang bakal pelajar ini yang bercita-cita untuk mengubah dunia menerusi minat dan pemiliihan bidang masing-masing seperti kejuruteraan alam sekitar hinggalah ke bidang sains perubatan.

Dengan tema ‘Normal Never Changed The World’, Biasiswa Ulang Tahun ke-21 UNM yang diterima enam anak muda ini bermaksud mereka akan 100 peratus dikecualikan daripada yuran pengajian program ijazah sarjana muda untuk kemasukan sesi September 2021. Fuh, untung sangat!

Enam anak muda tersebut terdiri daripada :

  1. Chong E-Jayn : pemegang biasiswa Sains Perubatan
  2. Ezekiel Alex George : pemegang biasiswa Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa
  3. Nur Sameera binti Shaik Ismail : pemegang biasiswa Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa
  4. Ong Hao Zhe : pemegang biasiswa Kejuruteraan Kimia dengan Kejuruteraan Alam Sekitar.
  5. Vanessa De Run Check : pemegang biasiswa Pendidikan
  6. Yap Yong Jin : pemegang biasiswa Kejuruteraan Mektronik.

Bercakap dengan Ezekiel Alex George, penerima biasiswa berusia 19 tahun itu memandang penerimaan biasiswa ini sebagai satu jaminan masa hadapan. Dia yang juga merupakan seorang jurulatih sukan tinju kickboxing percaya bahawa setiap usaha keras baik dalam bidang sukan atau pendidikan akan dibalas dengan hasil yang berbaloi.

Jurulatih KickBoxing 19 Tahun Salah Seorang Penerima Biasiswa University of Nottingham
Ezekiel Alex George.

Ezekiel yang pernah melalui pengalaman melihat sendiri ketidaksama rataan latar belakang sosioekonomi penduduk dunia semasa dia ke Kerala, tidak lama dahulu telah sedikit sebanyak mendorongnya untuk mengejar ijazah Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa di UNM agar belengu kitaran kemiskinan yang dialami oleh masyarakat dunia sejak dilahirkan dapat dikurangkan.

“Jika mereka terus hidup dalam kemiskinan, kita tidak dapat memanfaatkan potensi lebih setengah bilion manusia di seluruh dunia,” kata penerima sijil jurulatih kickboxing daripada Kesatuan Kickboxing Dunia.

Bagi seorang lagi penerima Biasiswa Ulang Tahun ke-21 UNM iaitu Chong E-Jayn, dia langsung tidak menyangka akan menerima biasiswa tersebut. Apatah lagi dia tidak meletakkan harapan pun semasa memohon dan hanya sekadar mencuba nasib. Namun pelajar perubatan ini percaya jika seseorang itu inginkan sesuatu, dia seharusnya tidak takut untuk mencuba.

Jurulatih KickBoxing 19 Tahun Salah Seorang Penerima Biasiswa University of Nottingham
Chong E-Jayn (tengah) di pameran World Young Inventors 2019 .

“Anda patut keluar dari zon selesa dan merebut setiap peluang anda. Mencuba sesuatu yang baru itu mungkin membimbangkan tapi jangan letakkan sempadan di sekeliling anda. Everything happens for a reason and it is another phase in your life,” ulas pelajar ijazah Sains BioPerubatan itu.

Tahniah sekali lagi kepada enam orang anak muda ini! Haa, korang lebih bersemangat tak untuk mencapai keputusan cemerlang demi mendapatkan biasiswa seperti mereka ini?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI