Baru-baru ini, penyanyi popular, Jun SEVENTEEN mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai duta belia untuk edisi ketujuh Hainan Island International Film Festival (HIIFF) yang bakal berlangsung dari 3 hingga 9 Disember ini di Sanya, Hainan, China.
Menerusi sebuah kenyataan agensi PLEDIS Entertainment memaklumkan bahawa pelantikan Jun atau pemilik nama sebenar Wen Junhui (29), bertujuan untuk mendekatkan lagi golongan penonton muda kepada dunia sinema, khususnya dalam pasaran perfileman di rantau China. Selain itu, turut diumumkan sebagai duta festival ialah pelakon legenda Perancis, Juliette Binoche.
Difahamkan, pemilihan Jun sebagai figura utama festival ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan namanya semakin menyerlah dalam industri lakonan Asia. Tahun ini, beliau membintangi filem aksi thriller berjudul ‘The Shadow’s Edge’ bersama dua ikon besar, Jackie Chan dan Tony Leung Ka-fai.
Ads
Pada masa yang sama, selepas tayangan perdana di Beijing pada Ogos lalu, The Shadow’s Edge turut dipilih untuk ditayangkan dalam segmen Open Cinema di Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) ke-30 pada September, sekaligus mengukuhkan lagi kehadiran Jun di pentas perfileman serantau.
Terdahulu, nama Jun tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Beliau memulakan kerjaya filem pada usia muda menerusi sebuah drama bertajuk The Pye Dog pada tahun 2007, yang kemudian melayakkan dirinya memenangi anugerah Best New Performer daripada Hong Kong Film Directors’ Guild. Lebih membanggakan, Jun pernah menjadi pelakon kanak-kanak China pertama yang dicalonkan dalam kategori sama di Anugerah Filem Hong Kong ke-27.
Untuk pengetahuan, Hainan Island International Film Festival yang bermula sejak 2016 terus berkembang sebagai salah satu festival filem paling berpengaruh di rantau Asia yang menghimpunkan forum, perbincangan industri, tayangan khas serta pelbagai pertandingan sepanjang tempoh penganjurannya.
Ads
JUNHUI weibo update
“The 7th Hainan Island International Film Festival is about to open. Join me for a cinematic rendezvous in the Free Trade Port, and unlock your own winter cinematic highlights amidst the collision of sea breeze and films!” pic.twitter.com/piYsAd3FfW
Festival ini juga turut menjadi tumpuan ramai selebriti dan pembikin filem antarabangsa. Antara nama-nama yang pernah hadir sebelum ini termasuk bintang Bollywood Aamir Khan serta ikon Hollywood seperti Johnny Depp, Nicolas Cage dan Mads Mikkelsen.
Pemilihan Jun sebagai duta belia bagi edisi 2025 dilihat sebagai langkah strategik bagi memperluaskan capaian festival kepada generasi muda, sekaligus mencerminkan pengaruh besar idola K-Pop itu dalam dunia hiburan dan budaya pop Asia hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal Korea Selatan, Lee Jung Jae (53), baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan keprihatinan terhadap isu sosial dengan menyalurkan sumbangan bagi membantu gadis kurang bernasib baik mendapatkan produk haid. Tindakan ini bukan sahaja mencerminkan sikap empatinya, tetapi turut memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia.
11 Juta Won Untuk Program Kemanusiaan
Menurut laporan, Lee Jung Jae telah mendermakan sebanyak 11 juta Korea Won (kira-kira RM32,000) kepada program khas yang dijalankan oleh pertubuhan pembangunan antarabangsa G Foundation (CEO Park Chung Kwan). Program ini memberi tumpuan kepada penyediaan produk haid untuk remaja perempuan yang berdepan kekangan kewangan dan memerlukan bantuan segera.
Difahamkan, sumbangan tersebut merupakan gabungan hadiah kemenangan beliau daripada rancangan popular You Quiz on the Block bernilai 1 juta Korea Won, serta tambahan 10 juta Korea Won daripada dana peribadinya. Langkah ini sekali lagi menunjukkan komitmen pelakon Lee Jung Jae dalam menyokong kesejahteraan sosial, khususnya bagi golongan muda yang sering diabaikan dalam isu kesihatan wanita.
Pengiktirafan Dari G Foundation
Dalam kenyataan rasmi, pihak G Foundation memaklumkan bahawa mereka amat menghargai segala usaha bintang Squid Game itu atas sumbangan dan pengaruh positifnya terhadap masyarakat.
“Sumbangan penuh makna ini akan digunakan untuk membantu gadis-gadis muda yang menghadapi kesukaran akibat kekurangan produk haid,” jelas pihak G Foundation.
“Kami amat berterima kasih kepada pelakon Lee Jung Jae atas pengaruh positifnya yang membolehkan mereka menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat dan selesa ketika datang haid,” tambah kenyataan itu. Mereka juga menyatakan hasrat untuk terus menyokong usaha baik beliau di masa hadapan.
Untuk pengetahuan, Lee Jung Jae sebelum ini muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan popular You Quiz on the Block yang disiarkan pada 29 Oktober lalu. Dalam episod tersebut, beliau berjaya menjawab soalan terakhir kuiz dengan tepat sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai 1 juta Korea Won.
Menariknya, beliau juga sempat membuat janji spontan sewaktu temu bual itu berlangsung. “Kalau episod pertama drama ini melebihi rating 3%, saya akan berpakaian seperti Putera Suyang dan menandatangani autograf di Myeongdong,” katanya dengan nada berseloroh.
Lee Jung Jae dalam episod You Quiz On The Block yang disiarkan pada 29 October lalu
Mengikut perkembangan terkini, Lee Jung Jae kini sedang membintangi drama terbaharu berjudul Nice to Not Meet You yang disiarkan di saluran tvN. Kemunculan beliau dalam rancangan tersebut bukan sahaja menonjolkan sisi lucunya, malah menyerlahkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh pelakon berprofil tinggi itu.
Sumbangan yang dilakukan oleh bintang popular ini sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh selebriti boleh digunakan ke arah kebaikan. Dengan tindakan dermawannya, Lee Jung Jae terus menjadi contoh kepada ramai — bukan hanya sebagai ikon hiburan, tetapi juga sebagai individu yang prihatin terhadap masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya pawagam tidak menayangkan filem-filem terbaru kerana situasi pandemik COVID-19. Banyak juga filem yang telah pun menangguhkan tayangan kerana tidak mahu menanggung kerugian akibat tiada orang menonton di pawagam.
Namun, sedikit demi sedikit penerbit filem antarabangsa dan tempatan telah pun membenarkan filem mereka ditayangkan di panggung wayang. September ini ada beberapa filem baru yang boleh korang tonton.
Let’s check this out!
1. The Eight Hundred
Tarikh tayangan: 3 September 2020
Pelakon: Jiang Wu, Li Chen, Zhang Yi
Semasa perang di Shanghai pada tahun 1937, 800 orang tentera Cina perlu melindungi Gudang Sihang daripada tentera Jepun.
2. Mulan
Tarikh tayangan: 4 September 2020
Pelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li
Filem ‘live action’ ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.
3. Antebellum
Tarikh tayangan: 10 September 2020
Pelakon: Janelle Monáe, Marque Richardson, Eric Lange, Jack Huston, Kiersey Clemons, Tongayi Chirisa, Gabourey Sidibe, Robert Aramayo, Lily Cowles, Jena Malone
Menyedari dirinya terperangkap dalam realiti yang mengerikan, kini penulis terkenal Veronica Henley perlu mencari jalan keluar dan menyelesaikan misteri mimpi ngeri itu sebelum terlambat.
Sebuah dokumentari yang memaparkan rakaman konsert jelajah kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BTS, “Love Yourself: Speak Yourself” yang berlangsung di Los Angeles, Chicago, New York, São Paulo, London, Paris, Osaka, Shizuoka, Riyadh, dan Seoul pada 2019.
Mereka juga merupakan kumpulan muzik Korea pertama yang membuat persembahan di Stadium Wembley, London. Selain itu, ia turut menampilkan klip dan rakaman di sebalik tabir konsert, serta kisah-kisah peribadi yang diceritakan sendiri oleh tujuh ahli kumpulan itu.
Dua tahun selepas berjaya menyelamatkan diri daripada kuasa jahat yang menghancurkan keluarganya, Alfie dan adiknya Nara cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Biarpun cuba melupakan masa lampaunya, namun dia masih dihantui gambaran-gambaran menakutkan. Alfie menyedari akan bahaya yang bakal dihadapi bersama rakan-rakannya apabila muncul satu entiti jahat yang ingin membunuh mereka.
Berlatarbelakangkan tahun 2030 di Jepun, di mana kepintaran buatan (AI) digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk bidang perubatan, kewangan dan keselamatan. Saintis pintar Kosuke Kiryu telah mencipta sebuah sistem AI untuk digunakan bagi tujuan perubatan. Namun ciptaannya tidak diterima pihak kerajaan memandangkan tiada bidang kuasa yang berkaitan, menyebabkan dia gagal menyelamatkan isterinya yang sakit tenat. Dia membuat keputusan untuk bersara dan meninggalkan Jepun selepas kematian isterinya.
Beberapa tahun berlalu dan ciptaannya akhirnya diiktiraf dan digelar NOZOMI, yang mana ia berjaya menyelamatkan orang ramai. Bagaimanapun, apabila dia bersedia untuk pulang ke Jepun, selepas dihubungi abang iparnya, yang juga rakan penyelidikannya, ciptaan Kosuke mula hilang kawalan dan memilih orang untuk dibunuh. Dituduh sebagai pengganas, kini Kosuke perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan ciptaanya sebelum ia mula membunuh.
7. Ada Apa Dengan Dosa
Tarikh: 10 September 2020
Pelakon: Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi
Aurora merupakan remaja berusia 19 tahun yang dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam. Namun, setelah mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah anak luar nikah, Aurora hampir bunuh diri akibat tertekan.
Dia kemudiannya dibantu oleh Khaliq dan pulang ke Malaysia untuk mencari ibu dan bapa kandungnya. Sementara itu, ibu kandungnya, Siti Zahrah, masih dihantui dengan dosa silam, manakala ayah kandungnya pula, Ustaz Aariz, seorang ustaz terkenal, cuba lari dari dosa silam dan tidak mengaku Aurora adalah anak kandungnya demi menjaga reputasinya.
Selama 30 tahun, ramai orang didapati hilang di dalam kawasan hutan di utara St. Petersburg, Rusia. Hanya beberapa mayat sahaja yang ditemui, dan selebihnya hilang begitu saja. Penduduk tempatan percaya ia adalah angkara satu roh jahat yang tinggal di sana. Sekumpulan sukarelawan mengembara ke hutan itu pada 14 Oktober 2017 untuk mencari seorang remaja yang hilang tetapi sejak hari itu tiada lagi khabar berita mengenai mereka. Mereka dipercayai telah diculik oleh roh jahat yang sama, dikenali sebagai The Widow.
9. Deliver Us From Evil
Tarikh tayangan: 17 September 2020
Pelakon: Hwang Jung-Min, Lee Jung-Jae, Park Jung-Min, Choi Hee-Seo
Setelah menyelesaikan kontrak terakhirnya, pembunuh upahan In-nam bergegas ke Thailand apabila mendapat tahu bahawa kemungkinan salah seorang ahli keluarganya telah menjadi mangsa kes penculikan yang berlaku di sana. Dia disertai oleh Yui, yang bekerjasama untuk menyiasat dan mencari mangsa penculikan tersebut. Pada masa yang sama, In-nam turut berada dalam buruan Ray, selepas mendapati adiknya telah dibunuh oleh In-nam.
10. Kutuk
Tarikh tayangan: 17 September 2020
Pelakon: Shandy Aulia, Alice Norin, Stuart Collin, Vitta Mariana
Maya kerap terhidu bau busuk di biliknya dan mendengar suara-suara aneh setiap malam di rumah jagaan warga emas tempatnya baru mula bekerja. Dia turut diganggu satu kelibat wanita yang berpakaian jururawat sama sepertinya. Pemilik rumah itu, Elena, cuba membantunya, namun kehadirannya tidak disenangi oleh Gendis.
Pada masa yang sama, dia turut mengenali seorang pekerja rumah jagaan warga emas bernama Reno, yang memberi amaran kepadanya supaya segera meninggalkan rumah itu. Apabila seorang demi seorang orang di sekelilingnya mati, Maya cuba mencari jalan untuk menamatkan gangguan-gangguan aneh yang menghantui rumah itu, tanpa menyedari bahaya yang menantinya.
Sebuah filem seram arahan Nevin Hiong. Ia dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Ariel, yang ingin menyiasat misteri taman tema terkenal pada tahun 1990-an, Mimaland. Taman tema yang dibuka sejak 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tanah runtuh pada tahun 1994.
12. The Specials
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Vincent Cassel, Reda Kateb, Hélène Vincent, Bryan Mialoundama
Bruno dan Malik melakukan kerja-kerja sosial selama 20 tahun di bawah dua buah syarikat organisasi tidak berasaskan keuntungan, The Hatch dan The Shelter. Mereka mengambil kanak-kanak, remaja autism serta golongan tidak berkemampuan untuk dijaga. Mereka tidak bimbang dengan kekurangan yang ada pada golongan ini, sebaliknya melihat ia sebagai peluang untuk meneroka potensi yang ada pada setiap insan istimewa ini.
13. Unhinged
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Russell Crowe, Gabriel Bateman, Caren Pistorius
Perbuatannya membunyikan hon kereta kepada seorang lelaki tidak dikenali ketika bergegas ke tempat bekerja menyebabkan Rachel, seorang ibu tunggal, kini berdepan bahaya. Sejak itu, Rachel mendapati lelaki misteri itu sering mengekorinya dan orang-orang yang rapat dengannya menjadi mangsa serangan lelaki itu.
14. Let It Snow
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Ivanna Sakhno, Alex Hafner, Tinatin Dalakishvili
Ketika menyelinap masuk ke sebuah kawasan larangan untuk meluncur salji, Mia terpisah dengan tunangnya. Kini dia bukan sahaja perlu meneruskan hidup di dunia luar, tetapi juga menyelamatkan diri daripada seorang lelaki misteri bertopeng dan berpakaian hitam yang sedang memburunya.
15. Re: Zero- Starting Life In Another World
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Setelah memasuki sebuah dunia lain ketika pulang ke rumah dari kedai serbaneka, pelajar sekolah tinggi Natsuki Subaru mendapati dirinya keliru dan sesat di dalam dunia tersebut. Dia kemudiannya bertemu seorang gadis jelita berambut perak, satu-satunya orang yang ingin berkawan dengannya. Sebagai tanda terima kasih atas kebaikannya, Natsuki membuat keputusan untuk membantu gadis itu mencari barang kepunyaannya yang hilang.
“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu”
Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana mengejutkan para peminat apabila memuatnaik gambarnya di puncak tertinggi Asia Tenggara tersebut sambil memegang bendera Astro.
“6 pagi hari ini di Gunung Kinabalu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, bintang Real Men Malaysia itu turut berkongsi pemandangan indah sepanjang laluan trek pendakian tersebut.
Sekadar info, Hawa atau nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Redzuan merupakan seorang penyampai berita Malaysia yang pernah menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Hawa Rizwana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.